Bruno Guimaraes Jadikan Arsenal Barang Mainan Dan Troll Ketika Umum Sertai Newcastle

“Meletakkan nama nama kelab saya [Arsenal] adalah sangat tak perlu. Benda macam ni tak kekal lama. Penyingkiran menanti kamu,” kata seorang penyokong Arsenal yang terluka dengan video dimuatnaik oleh Bruno Guimaraes.

Di mana dalam video pengenalan tersebut dimulakan dengan berita bahawa Arsenal sedang berusaha mendapatkannya, selaku pemain idaman Edu Gaspar yang merupakan Pengarah Teknikal pasukan Arsenal yang hebat dan terkenal di seluruh dunia.

Bruno Guimaraes akhirnya rasmi menjadi milik Newcastle selepas pemain itu tak hingin datang ke Arsenal. Pemain yang pernah dikaitkan dengan kelab seperti Manchester United itu sememangnya produk berkualiti.

Dalam jendela perpindahan kali ini, Arsenal telah berusaha untuk mendapatkan Guimaraes untuk mengisi posisi bahagian tengah bagi menguatkan lagi pasukan untuk mencabar slot ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Melihatkan situasi Guimaraes yang terus gagal diselesaikan antara Arsenal dan Lyon, maka pasukan kaya raya yang baru, Newcastle macam biasa, datang menawarkan pakej mereka. Selepas gagal dalam percubaan mereka mendapatkan pemain pemain lain sebelum ini, Newcastle akhirnya menemui ada insan berhati dan berjiwa besar mahu membantu mereka keluar daripada zon penyingkiran.

Tetapi Lyon akhirnya menerima bidaan daripada Newcastle dan Guimaraes menyatakan dia setuju untuk menolak tawaran daripada kelab lain demi fokus kepada Newcastle.

Luka peminat Arsenal ditambah lagi dengan video dimuat naik Guimaraes dengan troll pasukan Arsenal. Maka berlaku sesi sumpah seranah ke atas pemain yang dianggap tidak cukup bagus sebenarnya.

Ramai peminat Arsenal benar benar kecewa kerana nama kelab mereka dipetik dalam video tersebut. Sangat tidak profesional.

Guimaraes nampaknya tiba di England terus mencari musuh iaitu dengan Arsenal. Pasukan yang dikaitkan dengan ramai pemain pada jendela perpindahan kali ini dan akhirnya terpaksa menerima hakikat, satu persatu sasaran mereka dirembat kelab lain. Sebelum ini Dusan Vlahovic disailang oleh Juventus, ketika Arsenal cuba menjual cinta sejati mereka kepada pemain tersebut.

Namun kemudian Arsenal dipermainkan oleh presiden kelab Lyon yang mengesahkan mereka tak berunding pun dengan Newcastle.

Selepas mengaku kalah, Arsenal bangkit semula tanpa putus asa, semangat seperti Xhaka yang sentiasa mencari kad merah di atas padang itu kembali membuak buak.

Dan peminat Arsenal menyatakan bahawa, Guimaraes ke Newcastle hanyalah permainan media. Lihat, presiden Lyon sendiri pun menafikannya.

Malangnya, hanya sehari selepas mereka kembali bangkit, mereka terngadah sekali lagi apabila Newcastle mengesahkan pembelian Guimaraes. Apa dosa Arsenal diperlakukan sebegitu? Satu satunya kelab Inggeris yang ada trofi emas EPL.

Kemudian Arsenal kalah pula kepada kelab yang sedang bertarung penyingkiran dalam mendapatkan Guimaraes.

Arsenal yang beberapa minggu lalu ceria meraikan seri di Anfield kini terpaksa menukar topik kepada memaki Guimaraes di ruangan komen.

The Magpies terdesak mahukan penandatanganan tambahan dalam usaha mereka untuk memperkuat skuad sedia ada, agar mampu untuk keluar dari zon penyingkiran.

Eddie Howe pada ketika ini sedang berada di Arab Saudi dengan beliau turut menegaskan yang pihak kelab sedang melakukan sehabis daya mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

“Terlalu banyak kerja keras yang sedang dilakukan oleh mereka di England sekarang.”

Jelas Howe menurut The Shields Gazzette.

“Saya tak ada berita baru mahu beritahu semua orang pada ketika ini, tapi days akan terus beri perkembangan berkait jendela perpindahan ini.”

“Jelas sekali ia merupakan jendela perpindahan yang agak sukar dan kami harap pihak kelab akan berjaya mendapatkan lagi satu ke dua pemain untuk perbaiki skuad sedia ada.”

BACA:  Siapakah Yang Dimaksudkan Wenger Sebagai 'Penguasa' Kepada Diving Dalam Bolasepak Hari Ini?