Buffon Dedah Beliau Sering Menangis Keseorangan

Penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon mengakui menangis banyak membantu beliau tetapi punca  beliau menangis bukan kerana bolasepak semata-mata.

Buffon turut berkata menangis membantunya menjadi ‘seorang manusia manusia’. Kenyataan ini dibuat Buffon ketika penggambaran ‘First Team: Juventus’, dokumentari 3 episode dari Netflix. Dokumentari ini menceritakan kejayaan yang dicapai oleh Juventus di dalam dan luar padang.

Bolasepak bukan punca Buffon menangis

Buffon telah menggapai pelbagai trofi sepanjang kariernya tetapi masih gagal menambah Liga Juara-Juara dalam koleksi trofinya. Beliau telah memenangi 8 kejuaraan Serie A dan merupakan watak penting ketika Itali menjulang Piala Dunia pada tahun 2006 di Jerman.

Buffon juga tidak terlepas daripada mengalami kekecewaan di atas padang. Beliau tewas dalam 3 perlawanan akhir Liga Juara-Juara sepanjang kariernya. Walaubagaimanapun, pemain veteran ini mendakwa keputusan buruk di atas padang tidak akan menyebabkan beliau mengalirkan air mata.

Buffon mengalirkan airmata jantan, tetapi bukan sebab kalah !

“Saya sering menangis dan saya menangis keseorangan. Menangis banyak membantu saya – ia dapat membebaskan kamu dari segala masalah dan membuatkan kamu menjadi lebih ‘manusia’.”

“Saya tidak pernah menangis kerana bolasepak. Saya boleh tersentuh dengan beberapa perkara tetapi ia tidak berkaitkan dengan kekalahan yang dialami pasukan saya. Ianya lebih kompleks dan romantik.”

Buffon akhirnya mengumumkan persaraan beliau dari arena bolasepak antarabangsa selepas gagal membantu Itali layak ke Piala Dunia 2018 Russia. Mereka disingkirkan oleh Sweden dalam perlawanan play-off dan bakal menyaksikan aksi Piala Dunia musim panas ini dari kerusi sofa yang empuk, sama seperti yang dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia.

BACA:  Ultras PSG Ancam Kerat Jari Vlahovic Jika Pindah Ke Kelab Itu