Manchester United sekali lagi berdepan dengan kekalahan yang sungguh mengaibkan ketika beraksi bertemu Watford awal pagi tadi.
Skuad setan merah itu dibelasah 4-1 di Vicarage Road dengan para pemain turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mendukacitakan.
Ekoran dari kekalahan itu, pihak kelab akhirnya telah memenuhi hasrat hati para penyokong Manchester United, yang terdesak mahu Ole Gunnar Solskjaer dipecat.
👏 “I think Brendan Rodgers would be the right man for the #MUFC job.”
😳 “His first job? Get rid of Ronaldo. He has to usher him out…”
Carlton Cole explains his big claim about why Rodgers would need to move Cristiano Ronaldo out of Man Utd if he got the job pic.twitter.com/cLrHV3mqnm
— talkSPORT (@talkSPORT) November 20, 2021
Antara nama yang paling hangat dikaitkan bakal menggantikan Ole Gunnar Solskjaer adalah, pengurus Leicester City Brendan Rodgers.
Bekas pengurus Liverpool itu walau bagaimanapun telah diberi amaran, yang mana beliau dinasihatkan supaya menjual saja Cristiano Ronaldo seandainya beliau bersetuju untuk mengendalikan United.
Pada jendela perpindahan musim panas lalu, semua mata tertumpu ke kem Manchester United yang dilihat berbelanja sakan untuk mendapatkan pemain berprofil tinggi.
Setan merah telah menandatangani salah seorang pemain sayap terbaik dunia, Jadon Sancho dengan mereka turut diberi kekuatan tambahan dari pertahanan terbaik dunia, Raphael Varane.
Zinedine Zidane and Brendan Rodgers remains top favorites to replace Ole Gunnar Solskjaer at Manchester United. 👔
Meanwhile the club hopes Ronaldo and Varane could help convince free agent Zidane to join. 🔴⚪#mufc!https://t.co/qzYnXihBZc
— CloudNine Sports (@cloudninesports) November 14, 2021
Tidak cukup dengan dua penandatanganan berprofil tinggi, Man Utd kemudiannya mengumumkan penandatanganan semula pemain terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo.
Melihat kepada persiapan Manchester United, ramai yang percaya mereka selayaknya dianggap sebagai calon juara dan bakal mendominasi saingan Premier League.
Selepas 11 perlawanan dalam saingan Premier League musim ini, United hanya mampu untuk berada di kedudukan ke-6 sahaja, dengan mereka turut sembilan mata dibelakang pendahulu, Chelsea.
Melihat kepada persembahan setan merah di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, ramai peminat yang meminta agar pihak kelab memecat pengurus dari Norway itu.
🚨 NEW: Manchester United figures are impressed by Ajax coach Erik Ten Hag and the Spain coach Luis Enrique, but former Liverpool boss Brendan Rodgers has been provisionally identified as the most suitable successor to Solskjaer. #awlive [@samuelluckhurst] pic.twitter.com/s6X6NhbPXz
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) November 20, 2021
Brendan Rodgers merupakan calon kegemaran untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford, dengan bekas pengurus Liverpool itu telah diberi nasihat berguna untuk beliau jadikan sebagai bekalan.
Bekas bintang Premier League, Carlton Cole menyokong sepenuhnya Brendan Rodgers untuk menjadi pengurus Manchester United.
Beliau turut mendedahkan kepada talkSPORT tentang mengapa beliau percaya yang Rodgers sepatutnya menjual saja Cristiano Ronaldo sebaik beliau tiba di Old Trafford nanti.
“Penyokong Leicester tentang akan benci saya tentang ini, tapi saya rasa Brendan Rodgers boleh masuk dan saya rasa dia merupakan individu yang tepat untuk mengendalikan Man Utd.”
Jelas bekas penyerang West Ham itu di The Sports Bar.
“Buang Ronaldo, dia (Rodgers) perlu untuk singkirkan dia terlebih dahulu.”
“Alasannya adalah kerana jika kamu ada seseorang seperti Brendan, dia sudah tentu mahu membina skuad untuk masa hadapan.”
🆕Manchester United make former Liverpool manager Brendan Rodgers 'preferred candidate' to replace Ole Gunnar Solskjaer #LFC https://t.co/ffxP41jTxW
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 20, 2021
“Mereka ada beberapa prospek dalam skuad yang mana mereka tak dapat main pun, pemain yang sangat bagus dan saya dengar ada berita yang kata Jude Bellingham juga akan sertai mereka.”
“Kamu perlu rancang untuk masa depan, adakah Ronaldo masa depan Man Utd?”
“Kita tahu bagaimana dia mahu bermain, Brendan Rodgers suka bermain high press, dia suka pemain yang ada tenaga, bekerja keras dalam situasi off the ball, dia suka semua itu.”
“Dia akan tendang saja pemain yang tak sesuai dengan formasi atau sistem dia, dia memang perlu melakukan itu jika tidak dia seolah-olah melanggar prinsip dia sendiri.”
Di usia Ronaldo yang kini berusia 36 tahun, pressing dan bekerja keras untuk memenangi bola bukan keutamaan untuk pemain dari Portugal itu.
Brendan Rodgers was not happy to be asked about the Manchester United job 👀 pic.twitter.com/UwrXctyX1D
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 19, 2021
Kerana itu jugalah Cole percaya yang Rodgers tak ada pilihan selain dari melepaskan Cristiano Ronaldo, walaupun ia tugas yang sukar untuk dilakukan.
Rodgers telah sudah membuktikan sebelum ini yang beliau sentiasa bersedia untuk membuat keputusan yang besar demi kebaikan pasukan.
Itulah apa yang telah beliau lakukan ketika kariernya bersama Liverpool sebelum ini bersama legenda kelab, Steven Gerrard.
Berkait Ronaldo, Cole kemudiannya menyatakan bahawa:
“Dia selalu menjaringkan gol, tapi kamu perlu main ikut kekuatan dia dan bermain mengikut kekuatan dia adalah bukan kekuatan untuk Manchester United.”
🚨 Brendan Rodgers has moved a step closer to the Manchester United job by going house-hunting in Cheshire.
(Source: Sunday Mirror) pic.twitter.com/xz3zZYFMgl
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 14, 2021
“Man Utd perlu bermain high pressing, mereka perlukan tenaga, sejujurnya mereka ada benda itu pada musim lalu, mereka memang ada.”
“Kemudian masuk musim ini dan mendapatkan Ronaldo, sebab ia jelas kamu tidak akan menolak kalau Ronaldo mahu datang, jadi sebab itu mereka terima.”
“Ole, saya tak rasa dia mampu fikirkan cara bagaimana untuk bermain macam musim lalu dengan adanya Ronaldo untuk membina skuad yang baik.”
“Ronaldo merupakan pemain utama sekarang dan dia menjaringkan semua gol penting, tapi itu tak membantu dia langsung, memulakan saingan musim ini dengan Ronaldo, bagi saya ia bukan yang baik untuk United.”
Walaupun Rodgers mengelak untuk dikaitkan dengan United, namun terlalu banyak laporan yang menyatakan ia akan berlaku dalam masa terdekat ini.
🚨 Brendan Rodgers is the favourite to succeed Ole Gunnar Solskjaer at Manchester United and he has a clause in his Leicester contract allowing him to leave should a Champions League side come calling.
(Source: Metro) pic.twitter.com/pQVGAOKZ8o
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 13, 2021
Seandainya hal itu benar-benar menjadi kenyataan, ia tentunya akan sedikit memberi kesan kepada penyokong Liverpool, dengan bekas pengurus mereka selepas ini bakal berkhidmat untuk musuh utama mereka.
Cole pula merasakan yang ia tidak akan menjadi masalah kerana pengurus bebas untuk menerima tawaran dari mana-mana sahaja kelab yang mereka suka.
Tiada istilah tak boleh sertai pasukan seteru untuk pengurus, lihat saja Antonio Conte dan Rafael Benitez dengan masing-masing menyertai Tottenham Hotspur dan Everton selepas sebelum ini pernah mengurus Chelsea dan Liverpool.
“Saya tak nampak alasan mengapa Rodgers tak boleh sertai United, ya dia pernah bersama Liverpool, tapi pengurus memang sentiasa berpindah randah sekarang.”
Brendan Rodgers has been offered some advice on one of the first things he should do if he’s given the Man United job – 'get rid of Cristiano Ronaldo' 😬 #MUFC
— talkSPORT (@talkSPORT) November 21, 2021
Tambah Cole lagi.
“Pengurus terbaik pergi ke mana saja sekarang, jika mereka diperlukan dan jika corak permainan sesuai, mereka akan pergi.”
Sumber: talkSPORT