Cara Aneh Jack Grealish Pegang Pen Mencuri Perhatian Peminat

Ramai peminat yang terkejut dan terkedu melihat cara aneh bagaimana Jack Grealish memegang pen dan turut mempersoalkan adakah teknik yang beliau gunakan itu betul atau tidak.

Pemain midfield berusia 26 tahun itu menandatangani perjanjian selama enam tahun bersama Manchester City pada musim panas lalu.

Beliau ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta dari Aston Villa dan ia merupakan nilai perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Ketika gambar bintang kebangsaan itu sedang menandatangani perjanjian gaji £300,000 seminggu bersama City, para peminat mula mempersoalkan tentang cara bagaimana beliau memegang pen.

Dan sebulan sebelum Grealish menandatangani perjanjian bersama City, tular video yang menunjukkan bekas bintang Aston Villa itu menurunkan tandatangan pada jersi peminat ketika beliau sedang beraksi di kejohanan Euro 2020.

Dalam video tersebut, wartawan, Josh Denzel turut bertanya sendiri kepada Jack Grealish tentang teknik dan cara beliau memegang pen.

“Jack, bagaimana cara kamu memegang pen kamu?”

Grealish kemudiannya dengan santai menunjukkan kepada Denzel cara bagaimana beliau memegang pen tersebut.

Bahkan itu juga bukanlah satu-satunya rakaman yang menunjukkan bagaimana anehnya cara Grealish memegang pen, dengan ramai lagi peminat turut pernah memuat naik video seperti itu sebelum ini untuk mempersoalkan bagaimana Grealish memegang pen.

Bahkan pada tahun 2015 lagi, pemain midfield kelahiran Birmingham itu sudah mula mencuri perhatian ramai dengan cara aneh beliau memegang pen.

Mungkin setengah pihak akan menganggap ia sebagai satu hal yang biasa, namun untuk manusia normal yang lain, cara Grealish memegang pen itu sememangnya agak aneh.

Grealish pada ketika ini sudah berjaya untuk kembali beraksi bersama skuad Man City selepas beliau sebelum ini sering diketepikan kerana Pep Guardiola tak gembira dengan sikapnya.

Pep Guardiola beri amaran kepada Jack Grealish dan Phil Foden

Pep Guardiola telah memberi amaran kepada Jack Grealish dan Phil Foden tentang sikap mereka di luar padang dengan kedua-dua mereka kantoi berhibur di kelab malam.

Kedua-dua pemain itu telah digugurkan dari senarai kesebelasan utama Man City ketika bertemu Newcastle pada hujung Disember tahun lalu, dan turut tidak diturunkan walau sebagai pemain gantian dalam perlawanan tersebut.

Manchester City dalam perlawanan itu berjaya membelasah Newcastle United 4-0, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu saingan Premier League.

Selepas kejayaan Manchester City menewaskan Leeds United 7-0 pada minggu sebelum itu, telah tular di media sosial gambar kedua-dua bintang England itu berpesta di kelab malam.

The Times melaporkan yang Man City sendiri tidak gembira dengan hal tersebut, dan turut tidak berpuas hati melihat keadaan kedua-dua pemain itu ketika mereka kembali sertai sesi latihan keesokan harinya.

Guardiola dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa:

“Ia bukan rotation. Saya memilih pemain yang berhak untuk bermain hari ini, mereka semua berhak dan yang tak berhak tidak akan bermain.”

“Ketika Krismas, saya banyak beri perhatian kepada tingkah laku mereka baik dalam mahupun luar padang. Dan ketika di luar padang mereka tak senonoh, maka mereka tidak akan dapat bermain.”

“Jadi kita perlu sentiasa beri tumpuan walaupun ada gangguan ketika Krismas atau apa saja yang berlaku, kamu tetap perlu beri perhatian.”

Grealish berjaya menjaringkan gol ketika beraksi bertemu Leeds United pada minggu sebelum itu lagi, dan gol tersebut merupakan gol ketiga beliau sepanjang kariernya di Etihad.

Ia sepertinya bukan angka yang baik untuk seorang pemain yang ditandatangani dengan nilai £100 juta dari Aston Villa pada musim panas lalu.

Bintang berusia 21 tahun, Phil Foden pula sudah berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan enam assists sepanjang musim ini dan beliau turut sentiasa mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Ini bukanlah kali pertama Foden dan Grealish terlibat dengan hal-hal melibatkan salah laku luar padang seperti ini.

Pada tahun 2015, Jack Grealish kantoi menggunakan barang terlarang dan turut pernah ditangkap terlebih khayal dengan terbaring di jalanan di Tenerife.

Tahun lalu juga beliau turut mencetus sensasi di internet kerana beliau pergi ke rumah sahabatnya untuk berpesta ketika pandemik sedang teruk melanda UK.

Bukan hanya langgar perintah kawalan pergerakan, bahkan Grealish turut melanggar sebuah kereta yang sedang parking di kawasan kediaman sahabatnya itu.

Foden pula pernah dihantar pulang ketika sedang bersama skuad kebangsaan England bersama Mason Greenwood pada tahun lalu, selepas kedua-dua mereka kantoi bawa perempuan masuk bilik hotel.

Kedua-dua pemain ini tidak dinafikan lagi sememangnya sangat berbakat dan mempunyai potensi besar untuk menjadi bintang handalan dalam dunia bola sepak.

Foden terutamanya turut dianggap antara calon yang berpotensi untuk memenangi anugerah Ballon D’or di masa hadapan dek kerana melihatkan bakat yang beliau miliki.

Walau bagaimanapun, masalah disiplin kedua-dua mereka jelas sekali bakal menjadi penghalang untuk kedua-dua pemain pergi lebih jauh dalam karier masing-masing.

Mereka perlu meninggalkan sikap-sikap keji dan tidak bermoral itu demi untuk memastikan karier masing-masing berada di landasan yang betul.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Reaksi Grealish Selepas Dihentam Oleh Roy Keane