Jack Grealish Dapat Nama Samaran Baru Selepas Tamat Aksi Di Wanda Metropolitano

Jack Grealish dapat nama samaran baru selepas beliau terlibat dengan isu pergaduhan bersama Stefan Savic ketika aksi pertembungan Manchester City bertemu Atletico Madrid dalam saingan Champions League.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan itu tidak dinafikan lagi sememangnya perlawanan yang penuh dengan insiden panas dan layangan kad.

Bahkan aksi panas yang berlaku berlanjutan hingga tamat perlawanan dengan para pemain kedua-dua pasukan sambung bergaduh di dalam terowong menuju ke bilik persalinan.

Semuanya semakin teruk selepas Felipe mengasari Phil Foden dan pemain penyerang City itu kemudian mengambil sedikit masa untuk melengahkan permainan.

Bekas bintang City, Savic tak gembira melihat tindakan Foden itu dengan beliau kemudiannya memutuskan untuk memaksa bintang England itu bangun dan kembali meneruskan permainan.

Grealish dilihat seolah-olah menggelar Savic dengan gelaran baru sebelum rambutnya yang cantik itu ditarik penuh nafsu oleh bintang Atletico Madrid itu.

Pergaduhan antara mereka berdua menyebabkan Jack Grealish dapat nama samaran baru dari rakan sepasukannya di Man City.

The Mirror melaporkan yang para pemain Man City kini memanggil Jack Grealish dengan gelaran ‘Peaky Jack’.

Jelas sekali nama itu merujuk kepada siri terkenal Peaky Blinders dengan cerita itu juga banyak menceritakan tentang Birmingham.

Dan ia jelas sangat sempurna dengan Jack Grealish kerana beliau berasal dari Birmingham dan beliau sememangnya sentiasa berani untuk terlibat dengan apa saja perbalahan yang berlaku di atas padang.

Perseteruan antara Grealish dan Savic sebenarnya sudah bermula sejak minggu lalu lagi, ketika aksi leg pertama yang berlangsung di Etihad.

Rakaman aksi pergaduhan pemain City dan Atletico

Tular di media sosial pada ketika ini rakaman kekecohan yang berlaku di dalam terowong di Wanda Metropolitano selepas tamat aksi tersingkirnya Atletico Madrid dari saingan Champions League.

Atletico Madrid terpaksa akur tersingkir dari saingan Champions League selepas ditendang keluar oleh gergasi saingan Premier League, Manchester City.

The Citizens berjaya layak ke peringkat separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan 1-0 secara aggregate dan satu gol itu berjaya mereka perolehi ketika aksi di Etihad sebelum ini.

Perlawanan yang berlangsung di Wanda Metropolitano itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun harus diakui pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sangat panas.

Dari awal aksi leg pertama membawa ke aksi pada hari ini, pertembungan antara kedua-dua pasukan ini memang penuh dengan aksi bergaduh dan penuh dengan kebencian.

Pemain pertahanan Atletico Madrid, Felipe menerima layangan kad kuning kedua selepas mengasari Phil Foden yang mana bintang England itu sendiri bermain dengan kepalanya dibalut dengan bandage.

Selepas dikasari oleh Felipe, Foden kemudiannya dikasari pula oleh Stefan Savic yang memaksa beliau untuk terus bangun ketika beliau sedang menahan kesakitan.

Savic kemudiannya dilihat turut sempat headbutt Raheem Sterling dan turut menarik rambut Jack Grealish ketika kekecohan sedang berlaku.

Aksi panas berlarutan selepas tamat perlawanan dengan para pemain kedua-dua pasukan sambung bertumbuk di dalam terowong.

Menurut video dari UEFA, Savic dilihat berusaha untuk tibai Jack Grealish di dalam terowong dan beliau nampak benar-benar mahu membelasah bintang England itu.

Pemain full back, Sime Vrsaljko turut melempar objek ke arah pemain dan staff Manchester City dan hal itu membuatkan keadaan semakin huru-hara.

Kyle Walker yang sedang bergelut dengan masalah kecederaan itu juga turut beremosi dan mahu membalas dendam namun mujur sahaja beliau ditenangkan oleh rakan sepasukannya, Ederson.

Lapan orang pegawai polis terpaksa diarahkan untuk berkawal di dalam terowong dan meleraikan situasi tegang di sana.

Savic tarik rambut Jack Grealish

Stefan Savic telah melakukan aksi kontroversi selepas beliau dilihat menarik rambut Jack Grealish ketika kesemua pemain terlibat dalam satu insiden panas di penghujung minit permainan.

Aksi pertembungan antara Manchester City bertemu Atletico Madrid jelas sekali merupakan perlawanan yang penuh dengan aksi panas baik di kalangan pemain mahupun pengurus.

City berjaya melayakan diri ke pentas separuh akhir saingan Champions League selepas kejayaan mereka menewaskan Atletico Madrid 1-0 secara aggregate.

Man City berjaya mendahului permainan dengan keputusan 1-0 ketika aksi leg pertama di Etihad, dan mereka mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika aksi leg kedua di Wanda Metropolitano awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut sememangnya sangat panas dengan banyak aksi pergaduhan, layangan kad dan pengadil perlawanan, Daniel Siebert turut dilihat berdepan kesukaran untuk mengendalikan perlawanan tersebut.

Phil Foden berulang kali menjadi sasaran pemain pasukan lawan hingga menyebabkan beliau terpaksa menghabiskan permainan dengan memakai bandage di kepala.

Beliau terpaksa memakai bandage tersebut selepas dikasari oleh pemain pertahanan Atletico Madrid, Felipe pada awal permainan.

Kedua-dua mereka sekali lagi terlibat dengan insiden panas di hujung-hujung minit permainan dengan Felipe dilihat menendang Foden dan menyebabkan pemain kebangsaan England itu tersungkur mencium tanah.

Selepas melihat Foden jatuh, Savic tampil untuk segera mengangkat bintang Man City itu supaya kembali bangun dan meneruskan permainan.

Melihat hal itu berlaku, Oleksandr Zinchenko terpaksa turut masuk campur dalam usahanya mahu melindungi rakan sepasukannya itu.

Tindakan aggressive Savic itu telah mencetuskan kekecohan di atas padang dengan para pemain kedua-dua pasukan mula berkerumun di tempat kejadian.

Beliau kemudiannya menerima layangan kad kuning dari pengadil perlawanan, sementara rakan sepasukannya, Felipe pula dilayangkan dengan layangan kad merah.

Grealish dalam perlawanan ini kekal berada di bangku simpanan dan tidak dimasukkan oleh Pep Guardiola, namun hal itu sama sekali tidak menghalang beliau untuk sekali lagi mencari pasal dengan Savic.

Ketika aksi leg pertama di Etihad, kedua-dua mereka sebenarnya sudah terlebih dahulu ada masalah dan hampir bertumbuk.

Grealish ketika insiden pergaduhan pada awal pagi tadi beliau sebenarnya berada di tepi padang untuk memanaskan badan dan sebaik insiden itu berlaku, beliau terus pergi ke arah Savic.

Savic kemudiannya dilihat menarik rambut Jack Grealish dengan penuh ghairah dan jelas sekali kedua-dua mereka turut hampir bertumbuk dalam perlawanan ini.

Walaupun berdepan tekanan yang sangat tinggi dari Atletico Madrid, namun City tetap tenang menyerap semua tekanan dan memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Keputusan seri tanpa jaringan itu secara tak langsung membantu Man City untuk layak ke peringkat separuh akhir dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu seteru utama Atletico Madrid, Real Madrid.

BT Sport ada melaporkan yang selepas tamat perlawanan tersebut, Grealish dan Savic dilihat bertumbuk berdua di dalam terowong hingga menyebabkan pihak polis terpaksa masuk campur.

Ketika artikel ini ditulis, masih belum jelas apa sebenarnya yang berlaku di dalam terowong dan bagaimana pihak polis mengendalikan hal tersebut.

Bercakap selepas tamat perlawanan, pemain pertahanan Man City, John Stones menyatakan yang beliau berbangga dengan rakan sepasukannya kerana mampu untuk tetap tenang dalam situasi kecoh seperti itu.

“Kami tahu mereka kadang kala cuba dan memang sengaja menjadikan keadaan seperti itu dan saya fikir kami mengendalikan situasi dengan baik.”

Jelas Stones kepada BT Sport.

“Memang tak baik untuk bercakap tentang itu dan saya tak mahu menggali lebih lagi kerana lepas tamat aksi kedua-dua leg saya rasa kami bermain dengan sangat baik berdepan dengan pasukan yang berpengalaman dalam melakukan apa yang mahu mereka lakukan.”

“Saya sangat berbangga dengan pemain hari ini dengan bagaimana kami kekalkan penguasaan, emosi. Sebenarnya memang mudah sahaja untuk terlibat dengan hal seperti itu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jack Grealish Melalui Debut Champions League Yang Sempurna