Carta Penjaring Gol dan Assist Euro 2021

Kempen Euro 2020 telah pun memasuki pusingan kedua peringkat kumpulan dan kita dapat saksikan banyak gol yang telah terhasil. Ada yang bertaraf anugerah Puskas dan ada juga yang biasa-biasa sahaja.

Sebelum kempen ini berakhir, setiap penyerang pasti berharap akan membawa pulang anugerah kasut emas selaku penjaring terbanyak kejohanan.

Dalam kempen Euro 2016, penyerang England, Harry Kane muncul pemenang dengan enam gol dijaringkan, tetapi dalam perlawanan pertama pasukannya ketika menentang Croatia, Raheem Sterling muncul penyelamat selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Penjaring terbanyak Serie A, Romelu Lukaku, kini berada di laluan yang betul untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan, selepas menjaringkan dua gol ketika Belgium selesa membenam Russia 3-0.

Bersama Lukaku, pemain Republik Czech, Patrik Schick turut menjaringkan dua gol, dengan salah satunya menjadi calon anugerah gol terbaik kejohanan.

Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini selepas menjaringkan dua ketika Portugal menewaskan Hungary. Dengan jaringan tersebut, Ronaldo telah sah muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kempen Euro.

Semalam, pemain Itali, Manuel Locatelli, muncul wira pasukan Itali selepas turut menjaringkan dua gol.

Walaupun tidak menjaringkan gol dalam pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan, pemain-pemain seperti Kylian Mbappe, Karim Benzema, Memphis Depay dan Robert Lewandowski tidak boleh dipandang sepi kerana mereka mempunyai kualiti yang secukupnya untuk melakukan aksi magis.

Senarai penjaring Euro 2020

2 gol

Cristiano Ronaldo – Portugal

Manuel Locatelli – Itali

Romelu Lukaku – Belgium

Patrik Schick – Republik Czech

Ciro Immobile – Itali

1 gol

Thomas Meunier – Belgium

Roman Yaremchuk – Ukraine

Lorenzo Insigne – Itali

Joel Pohjanpalo – Finland

Breel Embolo – Switzerland

Kieffer Moore – Wales

Raheem Sterling – England

Marko Arnautovic – Austria

Michael Gregoritsch – Austria

Wout Weghorst – Belanda

Stefan Lainer – Austria

Goran Pandev – Macedonia Utara

Georginio Wijnaldum – Belanda

Denzel Dumfries – Belanda

Andriy Yarmolenko – Ukraine

Milan Skriniar – Slovakia

Zulhelmi Manan De Paula – Malaysia

Karol Linetty – Poland

Aleksei Miranchuk – Russia

Aaron Ramsey – Wales

Connor Roberts – Wales

Carta Assit

Bintang sensasi Wales, Gareth Bale, setakat ini masih belum menjaringkan sebarang gol tetapi fungsinya di atas padang tidak boleh diragui. Dalam perlawanan menentang Turki, Bale bermain di posisi yang lebih di bawah, sambil membenarkan Aaron Ramsey untuk mara ke hadapan, sambil Kieffer Moore pancing pemain pertahanan lain.

Pemain sayap Itali, Domenico Berardi, setakat ini telah mencipta kejutan dengan aksi penuh bertenaga dan cemerlang di bahagian kanan Itali. Dalam pertemuan pertama menentang Turki, Berardi banyak mencipta peluang buat Azzuri dan ketika mereka menang ke atas Switzerland, Berardi telah melorongkan bola untuk jaringan Ciro Immobile.

Kalvin Phillip, pemain tengah England, mengejutkan dunia apabila tampil cemerlang mengawal rentak permainan England, dan hantaran pendek kemasnya buat Raheem Sterling telah berjaya membawa tiga mata pertama kepada skuad Tiga Singa itu. Disebabkan kehebatannya di perlawanan tersebut, Phillips dikatakan memiliki ramuan tiga pemain tengah lagenda  – Andrea Pirlo, Kaka dan Gennaro Gattuso.

2 assist

Gareth Bale – Wales

1 assist

Roman Yaremchuk – Ukraine

Thomas Meunier – Belgium

Joe Morrel – Wales

ArtemDzyuba – Russia

Jere Uronen – Finland

Maciej Rybus – Poland

Kalvin Phillips – England

Nicolo Barella – Itali

Ruslan Malinovsky – Ukraine

Nathan Ake – Belanda

Ciro Immobile – Itali

Marcel Sabitzer – Austria

Vladimir Coufal – Republik Czech

David Alaba – Austria

Tomas Soucek – Republik Czech

Domenico Berardi – Itali

Aleksandar Trajkovski – Macedonia Utara

Marek Hamsik – Slovakia

Konrad Laimer – Austria

Rafael Tolói – Itali

Rafa Silva – Portugal

BACA:  Kisah Bagaimana Lambungan Syiling Membawa Itali Menjulang Euro