Senarai Penjaring Terbanyak EURO Sepanjang Zaman

The UEFA European Football Championship juga dikenali sebagai UEFA European Championship dan terkenal dengan nama manjanya Euro merupakan kejohanan negara Eropah paling teratas.

Selepas Piala Dunia FIFA kejohanan UEFA European Championship merupakan paling berprestij dan ditunggu-tunggu setiap empat tahun oleh peminat bola sepak.

Semua pasukan Eropah bertarung dipusingan kelayakan dan merebut 24 tempat untuk pusinga terakhir bagi menjulang trofi Henri Delaunay yang bersempena nama setiausaha agung pertama UEFA, Henri Delaunay.

Pada awalnya pusingan akhir Euro hanya dimainkan oleh 8 pasukan sebelum dikembangkan kepada 16 pasukan pada 1996 dan menjadi 24 pasukan pada 2016.

Sebnyak 15 kejuaraan Kejuaraan Eropah telah dimenangi oleh sepuluh pasukan kebangsaan yang berlainan:

Jerman, Sepanyol – 3 gelaran
Perancis – 2 gelaran
Kesatuan Soviet, Itali, Czechoslovakia, Belanda, Denmark, Greece dan Portugal – 1 gelaran.

Sehingga kini, Sepanyol adalah satu-satunya pasukan dalam sejarah yang memenangi gelaran berturut-turut, melakukannya pada tahun 2008 dan 2012.

Setakat ini penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro masih lagi belum mencecah dua angka dan mungkin pada Euro 2020 akan menyaksikan angkat itu bakal dipecahkan oleh Cristiano Ronaldo.

Dan berikut merupakan 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Euro dan kebanyakkan mereka berkongsi jumlah jaringan gol yang sama:

1. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 9 Gol

Cristiano Ronaldo merupakan penjaring gol terbanyak EURO sepanjang zaman dengan 9 gol berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan pemain legenda Perancis, Michel Platini dan berpeluang untuk menambah lagi jaringan pada EURO edisi 2020.

Pada EURO edisi 2016, Cristiano Ronaldo telah mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan gol di empat Edisi EURO yang berlainan, EURO 2004, EURO 2008, EURO 2012 dan EURO 2016.

Ronaldo mampu melebarkan rekod kepada lima edisi EURO berlainan jika terus meledak di EURO 2020 dan rekod ini akan mengambil masa yang lama untuk dipecahkan.

Semua pemain yang menjaringkan gol di tiga edisi EURO berlainan sudah bersara mereka adalah Nuno Gomes (Portugal), Thierry Henry (France), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Jürgen Klinsmann (Germany), Hélder Postiga (Portugal) dan Vladimír Šmicer (Czech Republic).

Ronaldo menjaringkan gol pertama di Euro pada 2004 ketika tewas 1-2 kepada Greece dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan satu lagi gol di separuh akhir menentang Belanda.

Empat tahun kemudian Ronaldo sekali lagi meledak tetapi hanya satu gol sahaja pada Euro 2008. Sementara itu pada Euro 2012 Ronaldo menjaringkan 3 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bersama Mario Gomez dan Mario Mandzukic.

Pada EURO 2016 tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Ronaldo dan mencipta sejarah membawa Portugal memenangi kejuaraan Eropah pertama.

Cristiano Ronaldo – Gol di empat Edisi EURO

EURO 2004 v Greece, Netherlands – 2 gol
EURO 2008 v Czech Republic – 1 gol
EURO 2012 v Netherlands (2), Czech Republic – 3 gol
EURO 2016 v Hungary (2), Wales – 3 gol

Gol – 9
Perlawanan – 21
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.43

1. Michel Platini (Perancis) – 9 Gol

Michel Platini merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sebelum dikejar oleh Cristiano Ronaldo pada EURO 2016 berkongsi sembilan gol.

Pada tahun 1982, Michel Platini telah meninggalakn Saint-Etienne untuk mengejar cita-cita seorang pemain bola sepak dengan menyertai kelab gergasi itali, Juventus.

Hanya dua musim di Juventus, Michel Platini telah meledak gol demi gol dan menamatkan musim di Serie A selaku penjaring terbanyak dua kali dan menang Balllon’Or.

Semarak semangat membara dibakar apai Michel Platini telah dibawa ke kejohanan EURO 1984 dan dalam satu kejohanan sahaja Platini telah menjaringkan 9 gol.

Kesemua sembilan gol Platini itu telah dijaringkan dalam lima perlawanan sahaja dan nama Platini terpahat sebagai penjaring terbanyak EURO selama 32 tahun.

Selepas 32 barulah Ronaldo menyamakan jaringan itu dan selepas 37 tahun rekod itu masih belum dipecahkan, cerah harapan untuk Ronaldo memecahkan rekod itu dengan hanya satu gol lagi.

Di EURO 1984, ketika berusia 28 tahun, Perancis menyaksikan kapten mereka telah mempamerkan aksi terbaik dalam kariernya.

Gol – 9
Perlawanan – 5
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 1.80

3. Alan Shearer (England) – 7 Gol

Alan Shearer penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Premier League telah menjaringkan 7 gol dalam 9 perlawanan di kesemua kejohanan EURO yang pernah beliau sertai.

Kejohanan EURO 1992 merupakan buat pertama Shearer beraksi di kejoahanan Eropah itu dan hanya bermain satu perlawanan dan perlawanan lain hanya memanaskan bangku simpanan.

Pada EURO 1996, Alan Shearer telah menjadi pemenang kasut emas dengan menjaringkan 5 gol dalam lima perlawanan dan membawa England mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Jerman.

Pada EURO 2000, Shearer telah melengkapkan go ke-7 beliau

Gol – 7
Perlawanan – 9
Penalti – 2
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.78

4. Antoine Griezmann (Perancis) – 6 Gol

Antoine Griezmann merupakan satu-satunya calon tebaik untuk memintas Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman yang kini sudah mengumpul 6 gol dalam 7 perlawanan.

Ini kerana faktor usia Griezmann yang masih mampu untuk bermain sekurang-kurangnya satu lagi edisi EURO iaitu EURO 2024. Jika meledak 2-3 gol di EURO 2020 maka semakin besar untuk Griezman.

Selain Ronaldo, Griezmann pemain yang masih aktif bermain berada disenarai teratas selain Ronaldo.

Antoine Griezmann juga merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.

Gol – 6
Perlawanan – 7
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.86

4. Thierry Henry (Perancis) – 6 Gol

Thierry Henry merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis yang telah menjaringkan 51 gol sepanjang karier antarabangsa dalam 123 perlawanan.

Di kejohanan Euro, Thierry Henry telah melakukan 11 penampilan bersama Perancis dan telah menjaringkan enam berkongsi tangga keempat bersama beberapa orang pemain lain.

Henry telah bermain di tiga edisi Euro dan telah menjaringkan 3 gol di Euro 2000 di mana Perancis muncul juara, 2 gol di Euro 2004 dan satu gol di Euro 2008.

Gol – 6
Perlawanan – 11
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.55

4. Zlatan Ibrahimovic (Sweden) – 6 Gol

Seperti Henry, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Sweden dan setakat ini telah menjaringkan 62 gol dalam 118 perlawanan.

Zlatan Ibrahimovic masih belum bersaran dan hampir saja menyertai skuad Sweden untuk Euro 2020 namun terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Zlatan Ibrahimovic telah beraksi di empat edisi Euro pada tahun 2004, 2008, 2012 dan 2016 dengan 13 penampilan dan 6 gol dihasilkan kecuali di Euro 2016.

Gol – 6
Perlawanan – 13
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.46

4. Patrick Kluivert (Belanda) – 6 Gol

Patrick Kluivert merupakan pemain penyerang Belanda yang tenang, membuat debut bersama Belanda pada 16 November 1994 dan mendapat tempat untuk bermain di Euro 1996 dan telah menjaringkan satu gol.

Prestasi terbaik Kluivert adalah pada Euro 2000 apabila menjaring lima gol dalam edisi itu apabila menjadi penjaring gol terbanyak bersama pemain Yugoslavia Savo Milosevic.

Patrick Kluivert menjaringkan empat gol ketika menentang Yugoslavia di suku akhir dengan kemenangan 6-1. Namun Kluivert telah mengaku bahawa beliau tidak menyentuh bola hantaran silang Paul Bosvelt.

Jaringan itu dikira sebagai gol sendiri oleh Dejan Govedarica dan Kluivert hanya mencatat hatrik dan gagal untuk menjadi pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan. Jujur.

Untuk Euro 2004, Kluivert berada bersama skuad Belanda namun hanya memanaskan bangku simpanan sahaja walaupun mara sehingga separuh akhir.

Kluivert merupakan bekas penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Belanda dengan 40 gol sebelum dipotong Robin Van Persie pada 2013.

Gol – 6
Perlawanan – 9
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.67

4. Nuno Gomes (Portugal) – 6 Gol

Nuno Gomes merupakan penyambung legasi penyerang Portugal selepas Pauleta bersara dan telah bermain 79 perlawanan untuk skuad senior Portugal dengan 29 gol.

Nuno Gomes telah menjaringkan empat gol pada Euro 2000 sebelum tewas kepada Perancis di separuh akhir dan satu gol di Euro 2004m tewas dengan sedihnya kepada Greece di final.

Euro 2008 merupakan edisi terakhir Nuno Gomes bersama Portugal dan menjaringkan satu gol. Nuno Gomes membuat 14 penampilan di tiga kejohanan Euro dengan 5 gol dihasilkan.

Gol – 6
Perlawanan – 14
Penalti – 0
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.43

4. Wayne Rooney (England) – 6 Gol

Wayne Rooney yang kini sudah bersara merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England telah menjaringkan 53 gol dalam 120 perlawanan.

Kejohanan pertama Rooney di Euro adalah pada tahun 2004 ketika hampir berusia 18 tahun dan Rooney telah meledak dengan empat gol dalam empat perlawanan.

Wayne Rooney telah menjaringkan dua gol ketika menentang Switzerland sekaligus menjadi penjaring termuda dalam sejarah Euro dan meledak lagi dua gol ketika menentang Croatia.

Namun rekod penjaring termuda itu hanya sempat dipegang selama empat hari oleh Rooney sebelum Johan Vonlanthen menjaringkan gol ketika menentang Perancis dan kekal sehingga hari ini.

England gagal layak ke Euro 2008 selepas tewas 2-0 kepada Croatia di Wembley ketika pusingan kelayakan dan England kembali semula di Euro 2012.

Di Euro 2012 dan 2016, Rooney telah menjaringkan satu gol di setiap edisi dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 6 gol dalam 14 perlawanan Euro.

Gol – 6
Perlawanan – 10
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.60

4. Ruud van Nistelrooy (Belanda) – 6 Gol

Penyerang paling prolifik yang pernah wujud dalam dunia bola sepak, Ruud Van Nistelrooy telah menjaringkan 6 gol dalam 8 penampilan di Euro bersama Belanda.

Ruud van Nistelrooy membuat debut bersama Belanda pada 8 November 1998, namun kecederaan ACL bukan sahaja menjejaskan perpindahan ke Manchester United malah terlepas Euro 2000.

Agak malang buat Ruud van Nistelrooy yang terpaksa menunggu lama untuk kejohanan utama bersama Belanda apabila the Oranje gagal layak ke Piala Dunia 2002.

Pada Euro 2004 barulah Ruud van Nistelrooy merasai kejohanan besar bersama Belanda, Nistelrooy menjaringkan empat gol membawa Belanda ke separuh akhir sebelum tewas kepada Portugal.

Euro 2008 merupakan kali terakhir Nistelrooy membuat penampilan dikejohanan paling agung Eropah itu dengan menjaringkan dua gol.

Ruud van Nistelrooy telah membuat 70 penampilan bersama Belanda dan telah menjaringkan 35 gol.

Gol – 6
Perlawanan – 8
Penalti – 1
Nisbah Gol per Perlawanan – 0.75

Senarai 50 Penjaring Terbanyak Euro

Ini pula merupakan senarai penuh 50 penjaring terbanyak sepanjang zaman EURO:

BACA:  Kisah Denmark Pasukan Bidan Terjun Di Euro 1992 Yang Menjadi Juara