Cavani Pernah Bengang Dengan United Atas Isu Berkait Jadon Sancho

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani bengang ketika kelab meminta beliau menyerahkan jersi nombor 7 kepada Jadon Sancho sebelum ini.

The Athletic melaporkan yang Cavani jelas tidak gembira ketika beliau diberitahu bahawa kelab mahu memberikan Sancho jersi nombor 7 yang sedang beliau pakai pada ketika itu.

Manchester United menandatangani Edinson Cavani pada jendela perpindahan musim panas 2020 selepas pihak kelab gagal untuk mendapatkan Sancho pada ketika itu.

Pemain berusia 34 tahun itu tiba di Old Trafford dari Paris Saint Germain sebagai pemain berstatus free ejen dan beliau kemudiannya diberikan jersi ‘puaka’ bernombor tujun.

Pemain kebangsaan Uruguay itu berjaya menghapus sumpahan nombor tujuh tersebut, selepas beliau berjaya menjaringkan 17 gol dari 39 penampilan dalam semua pertandingan.

Manchester United kemudiannya berjaya melengkapkan perpindahan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan bernilai £73 juta pada musim panas baru-baru ini.

Menurut laporan dari sumber dalaman United, Cavani telah diminta untuk menyerahkan jersi bernombor tujuh itu kepada bintang yang baru kelab tandatangani.

Permintaan kelab sepertinya tidak diterima dengan baik oleh Cavani yang menolak untuk memberikan jersi bernombor tujuh itu kepada Jadon Sancho.

Edinson Cavani tidak mahu mengalah kepada pemain yang 13 tahun lebih muda darinya, dan memilih untuk terus memakai nombor tujuh itu.

Menurut laporan sama, Jadon Sancho pada awalnya memang dijanjikan jersi bernombor tujuh seandainya beliau menandatangani perjanjian bersama Manchester United.

Namun dek kerana Cavani tidak mahu melepaskan nombor tersebut, maka bintang berusia 21 tahun itu terpaksa memilih untuk memakai jersi bernombor 25, nombor yang sama beliau pakai ketika awal ketibaannya di Signal Iduna Park.

Laporan sama turut menyatakan yang Sancho keliru dengan hal itu dan ia antara sebab mengapa beliau beraksi hambar pada ketika ini.

Pemain sayap England itu gagal untuk menjaringkan sebarang gol atau assists selepas membuat 13 penampilan bersama setan merah setakat ini.

Edinson Cavani walau bagaimanapun bersetuju untuk melepaskan nombor tujuh yang beliau pakai ketika Manchester United mengumumkan penandatanganan Cristiano Ronaldo.

Sistem baru Man Utd beri kelebihan kepada Cavani berbanding Sancho

Ekoran dari keputusan teruk empat perlawanan tanpa menang, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memutuskan untuk bermain formasi 3-5-2 ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur.

Perubahan taktikal itu ternyata berkesan selepas Manchester United ketika itu berjaya menewaskan Manchester United 3-0 di halaman lawan.

Walau bagaimanapun, jika setan merah meneruskan taktikal tersebut, ia sebenarnya lebih kepada memberi peluang kepada pemain seperti Edinson Cavani dan Mason Greenwood berbanding pemain sayap seperti Jadon Sancho.

Memandangkan sistem tersebut menggunakan khidmat wing-back berbanding pemain sayap, ia sepertinya menyukarkan lagi Sancho untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Sementara second striker sangat diperlukan untuk bermain bergandingan bersama Cristiano Ronaldo dan ia jelas memberi ruang kepada Cavani untuk lebih kerap diturunkan.

Walau bagaimanapun juga, sistem 3-5-2 yang diamalkan oleh Solskjaer tetap gagal untuk membantu United mengelak dari dimalukan oleh Man City minggu lalu.

Sancho sedang berlatih bermain di posisi wing-back

Jadon Sancho berkemungkinan besar akan bertukar posisi di Old Trafford, dengan laporan terbaru menyatakan bahawa beliau pada ketika ini sedang gigih menjalani latihan untuk bermain di posisi wing-back.

Sejak melengkapkan perpindahan bernilai £73 juta dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu, Jadon Sancho jelas tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol atau mencatatkan assists selepas membuat 13 penampilan bersama setan merah.

Beliau dilihat berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan minit permainan, dengan Sancho hanya beraksi selama 566 minit, enam penampilan dalam kesebelasan utama dan hanya beraksi penuh sebanyak satu kali sahaja dari semua pertandingan.

Menurut sumber laporan The Athletic, United pada ketika ini sedang berusaha untuk memberi peranan baru kepada Jadon Sancho.

Ole Gunnar Solskjaer sudah mula bermain dengan sistem 3-4-1-2 sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selepas kekalahan 5-0 mereka di tangan Liverpool.

Formasi itu jelas sekali tidak akan memberi ruang kepada pemain sayap seperti Sancho untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama.

Oleh yang demikian, pihak kelab berusaha untuk mengubah peranan beliau dan akan menurunkan Sancho di posisi wing-back.

Sancho akan bermain di posisi sebelah kanan, dan jelas sekali United bercadang untuk menggantikan beliau dengan Wan Bissaka yang sedang dikritik teruk atas aksi hambar yang beliau persembahkan.

Bekas bintang Crystal Palace itu tidak mempunyai kualiti yang cukup baik ketika memegang bola, dan jelas sekali tidak berkesan ketika membantu jentera serangan.

Laporan tersebut menyatakan yang Sancho sudah mula bermain di posisi tersebut ketika menyertai sesi latihan bersama skuad.

Oleh yang demikian, beliau berkemungkinan akan diturunkan di posisi tersebut selepas ini, bagi membantu skuad untuk menguasai bola dan membantu jentera serangan.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Cavani Terus Menggila Membuktikan Beliau Masih Lagi Antara Pemain Terbaik Dunia