Champions League 2020/21: Real Madrid 3-2 Inter

Real Madrid telah kembali ke jalan yang benar dan menghidupkan semula peluang mereka untuk ke pusingan kalah mati apabila mencatatkan kemenangan pertama selepas 3 perlawanan.

Selepas mencatakan keputusan kalah dan seri dalam dua perlawanan awal, Real Madrid wajib menang dalam perlawanan menentan Inter Milan ini dan iutlah yang dilakukan mereka.

Inter Milan senasib dengan Real Madrid dan perlu menang dalam perlawanan ini selepas mencatatkan dua seri dan sebaliknya mereka tewas dan berada dikedudukan terbawah kumpulan B.

Kumpulan B yang dihuni Borussia Moenchengladbach dan Shakhtar Donetsk sepatutnya menjadi kumpulan mudah buat Inter Milan dan Real Madrid yang hanya perlu berebut untuk menjadi juara kumpulan.

Karim Benzema menjaringkan gol pembukaan dengan penuh bergaya apabila mudah menggelecek penjaga Inter Milan, Samir Handanovic untuk gol pertama.

Sergio Ramos menggandakan kedudukan dengan satu sundulan tajam dan itu merupakan gol ke-100 Sergio Ramos untuk kelab Los Blancos.

Daripada 100 gol Sergio Ramos ini 55 gol datang daripada kepalanya. Kepala bana betul.

Satu rekod jaringan yang sangat gila buat seorang pemain pertahanan tengah.

Menyedari mereka memerlukan kemenangan juga, Inter Milan mula bertindak balas dan memberi respon dengan semangat kebangkitan.

Backheel asssit yang begitu cantik oleh Nicolo Barella membolehkan Lautaro Martinez mengecilkan jurang perlawanan dan menjadi gol semangat buat Inter Milan.

Ivan Perisic dengan tenang menyamakan kedudukan selepas menyudahkan suapan yang sedap daripada Lautaro Martinez.

Rodrygo meranapkan impian Inter Milan yang sekurang-kurangnya merasai satu mata dengan satu rembatan padu tak ingat dunia untuk gol kemenangan.

Banyak gol lagi boleh terhasil dalam perlawanan ini namun dihampakan dengan penyudah yang kelaut daripada kedua-dua pasukan.

BACA:  Keputusan Undian Champions League 2021/22 Round of 16