Real Madrid Dalam Usaha Untuk Menandatangani Bintang Manchester United

Carlo Ancelloti dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani bintang Manchester United, Diogo Dalot pada musim panas ini.

Hal tersebut juga sebenarnya membantu setan merah untuk menggunakan hasil penjualan pemain full-back itu untuk mendapatkan pemain baru.

Dalot sebelum ini telah ditandatangani oleh Mourinho dari Porto pada tahun 2018 dengan nilai £19 juta, dan beliau hanya membuat lapan penampilan sahaja bersama bekas kelabnya itu.

Walaupun ketika beliau ditandatangani, Dalot dianggap sebagai prospek masa depan yang cemerlang, namun pemain right back itu gagal untuk mempamerkan kecemerlangannya di England.

Dek kerana sukar untuk mendapatkan tempat dan tidak berada ditahap persembahan terbaiknya, setan merah memutuskan untuk meminjamkan beliau ke AC Milan pada musim lalu.

Urusan perjanjian pinjaman tersebut juga tidak berjalan seperti apa yang diharapkan dengan beliau pada musim lalu lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Selepas selesai perjanjian pinjaman tersebut, beliau akan kembali pulang ke Old Trafford, namun ketika ini Dalot sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal dalam saingan Euro 2020.

Kini nasib beliau mungkin akan berubah, dengan media Portugal, Correio da Manha telah melaporkan yang Ancelloti sangat berminat untuk membawa Dalot ke Santiago Bernaneu.

Los Blancos sebenarnya telah mengikuti perkembangan pemain berusia 21 tahun itu sejak beliau berada di Porto sebelum menyertai Manchester United lagi.

Laporan sama turut menyatakan yang pengurus baharu Real Madrid, Ancelloti sendiri yang menyatakan minatnya untuk mendapatkan pemain full-back Manchester United itu.

Bekas pengurus Everton itu telah dilantik sebagai pengurus Real Madrid bagi menggantikan Zinedine Zidane selepas pengurus dari Perancis itu memutuskan untuk meninggalkan kelab.

Ancelloti mahu menstabilkan posisi pertahanan Los Blancos dengan beliau sudah menyenaraikan beberapa pemain untuk dibawa masuk termasuk Dalot.

Sergio Ramos telah sah meninggalkan kelab dan kini mereka hanya mempunyai Dani Carvajal dan Alvaro Odriozola di posisi pertahanan kelab pada ketika ini.

United tentunya gembira mendengar berita yang Real Madrid berminat untuk mendapatkan pemain yang mereka tidak gunakan.

Ia kerana United juga pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk mendapatkan Raphael Varane dari Los Blancos.

Jadi setan merah boleh menggunakan Dalot sebagai sebahagian dari perjanjian untuk mereka mendapatkan pemain centre-back Perancis itu.

Selain sebagai usaha untuk mendapatkan Varane, Manchester United juga boleh menggunakan dana yang mereka dapat dari penjualan Dalot untuk menandatangani Kieran Trippier dari Atletico Madrid.

Juara saingan La Liga musim lalu itu dilaporkan meminta £40 juta untuk melepaskan bekas pemain full-back Tottenham Hotspur itu.

Maka dengan pemergian Dalot, United boleh dapatkan Trippier untuk beri saingan kepada Aaron Wan Bissaka seperti apa yang mereka mahu lakukan.

United mahu mencari pemain pertahanan kanan yang boleh berperanan sebagai penyerang, dengan mereka turut sedang berusaha untuk menandatangani pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Walau bagaimanapun, urusan perpindahan Sancho ke United sehingga ke hari ini masih belum dimuktamadkan lagi dengan setan merah tidak menawarkan nilai seperti yang diminta oleh Dortmund.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau pada musim panas ini mahukan seorang pemain full-back, seorang pemain centre-back dan seorang pemain penyerang.

Namun sehingga kini masih belum ada pemain yang berada di fasa rundingan terakhir termasuklah Jadon Sancho yang sudah dua tahun dikaitkan bakal sertai skuad setan merah itu.

BACA:  Luis Diaz Antara 3 Penyerang Yang United Boleh Tandatangani Pada Januari Lalu