Champions League 2020/21: Sevilla 0-4 Chelsea

Olivier Giroud telah menjaringkan empat gol ketika Chelsea menewaskan Sevilla dalam saingan Champions League di kumpulan E dan memastikan Chelsea terus berada di puncak kumpulan.

Pemain Perancis itu telah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan sentuhan penyudah yang indah hasil suapan bijak dari Kai Havertz dan Matteo Kovacic.

Giroud telah melengkapkan hatrik dengan satu sundulan sekaligus telah mencipta ‘Perfect hatrik’ iaitu satu gol melalui kaki kanan, satu gol kaki kiri dan satu gol tandukan.

Gol pertama terhasil melalui kaki kiri dan gol kedua pula melallui kaki kanan dan perfect hatrik tercetus dengan gol tandukan untuk gol ketiga.

Selepas menjaringkan hatrik yang sempurna, Giroud tidak berhenti disitu apabila terus menggegar dengan gol keempat melalui sepakan penalti.

Beberapa statistik menarik telah dicipta Giroud dengan jaringan 4 gol ini:

1. Giroud menjadi pemain tertua menjaringkan lebih satu gol dalam kejohanan major Eropah untuk Chelsea pada usia 34 tahun 63 hari sekaligus memecahkan rekod Didier Drogba yang berusia 33 tahun 270 hari ketika menentang Valencia pada 2011.

2. Giroud menjadi paling tua menjaringkan hatrik dalam sejarah Champions League pada usia 34 tahun 63 hari dan pemain paling tua di European Cup selepas Ferenc Puskas melakukannya di usia 38 tahun 173 hari pada 1965 ketika Real Madrid bertemu Feyenoord.

3. Giroud merupakan pemain pertama Chelsea menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan sejak Frank Lampard melakukan perkara yang sama pada Mac 2010 ketika menentang Aston Villa.

4. Namun Giroud merupakan pemain pertama Chelsea menjaringkan 4 gol di dalam perlawanan European Cup/Champions League.

Sevilla: Vaclik, Jesus Navas, Diego Carlos, Sergi Gomez, Rekik, Rodriguez, Rakitic, Gudelj, En-Nesyri, Idrissi, Franco Vazquez.

Subs: de Jong, Munir, Gonzalez, Jordan, Kounde, Ocampos, Fernando, Romero, Torres, Pastor, Zarzana, Javier Vazquez.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Christensen, Rudiger, Emerson Palmieri, Jorginho, Kovacic, Havertz, Pulisic, Hudson-Odoi, Giroud.

Subs: Abraham, Alonso, Arrizabalaga, Caballero, Chilwell, Gilmour, James, Kante, Mount, Tomori, Werner, Ziyech.

BACA:  Ini Sebab Mengapa Chelsea Masih Belum Berputusa Asa Untuk Mendapatkan Romelu Lukaku