Chelsea (1-1) Liverpool; Ben Chilwell, Pertahanan Berimpak Tinggi Di ‘Final Third’

Sepanjang perlawanan persahabatan Chelsea musim ini, Ben Chilwell secara konsisten telah diberi lesen besar untuk naik lebih tinggi bagi membantu bahagian serangan pasukannya – melalui formasi 4-2-3-1.

Apabila Chilwell naik, Christopher Nkunku atau Ian Maatsen akan menyusup masuk ke bahagian-tengah untuk mencipta box midfield disamping memberi ruang besar kepada Chilwell supaya pergerakan mereka tidak bertindan.

Pergerakan Chilwell kelihatan lebih jelas apabila Pochettino secara mengejut menggunakan formasi 3-4-2-1 untuk bertarung dengan Liverpool. Posisi Chilwell menjadi lebih dekat dengan kawasan lawan, dari pertahanan-sisi kepada sayap-pertahanan.

Formasi 3-4-2-1 bukan satu perkara asing buat Chilwell kerana ia sudah kerap digunakan oleh pengurus sebelumnya iaitu Thomas Tuchel dan Graham Potter.

Chilwell secara berterusan menjadi penyumbang penting kepada serangan pasukan, menarik Trent Alexander-Arnold supaya berada jauh dari rakannya dan menjadi pemain kedua paling banyak menyusahkan pertahanan lawan – selepas Nicolas Jackson.

Chelsea banyak melakukan permainan kombinasi di sebelah-kanan melalui Raheem Sterling dan Reece James. Chilwell pula kerap berada di kedudukan baik (sebelah-kiri) untuk menjadi penyudah gerakan

Chilwell berjaya mempamerkan kemampuannya untuk memberi impak di final third.

Walaupun dia tidak menjaringkan sebarang gol namun tandukan pintarnya ke dalam kawasan penalti telah berjaya menghasilkan jaringan penyamaan Chelsea, yang disempurnakan oleh Axel Disasi.

Keupayaan Jackson berada di bahagian bek-tengah lawan memberikan Chilwell peluang untuk melakukan overload attacking.

Chilwell mempunyai kepantasan dan stamina untuk melakukannya secara berterusan selama 90 minit permainan.

Pada babak pertama pertahanan Chelsea agak goyah. Ia menunjukkan Chilwell perlu memperbaiki chemistry dengan Colwill tetapi sumbangan menyerangnya cukup mantap dan sangat penting kepada Chelsea.

Malo Gusto Timbalan Recce James

Dalam perlawanan ini kapten baharu Chelsea, Reece James tidak dapat menamatkan aksi 90 minit. Dia dikeluarkan pada minit ke-76 dan digantikan dengan Malo Gusto.

Sejurus selepas perlawanan tamat Pocchetino menegaskan pemain itu dikeluarkan kerana kepenatan, bukan mengalami kecederaan.

Untuk rekod, pada musim lepas James tidak begitu cergas kerana kerap mengalami kecederaan. Pocchetino tidak boleh terlalu bergantung kepadanya.

Mujur, Chelsea mempunyai pemain sokongan yang berkebolehan diposisi itu. Malo Gusto merupakan salah seorang pemain yang menonjol sepanjang perlawanan persahabatan pra-musim.

Gusto bukan lah seorang attacking force yang unik seperti James dan dia masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sepenuhnya dengan Liga Perdana.

Tetapi pemain Perancis itu agak selesa dengan bola di kaki yang terbina ketika dia bermain sebagai penyerang-tengah menyerang ketika di peringkat remaja.

Gusto mempunyai kebolehan tinggi dalam situasi satu lawan satu dan kemampuan ini telah dibuktikan dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Pemain berusia 20 tahun itu boleh menjadi pemain kesebelasan utama kepada separuh pasukan di Liga Perdana. Maka tidak hairan lah Chelsea akan memberi lebih minit permainan kepadanya pada musim ini.

Tanpa James Chelsea sukar untuk berada di tahap tertinggi dan Gusto perlu menampung kekurangan itu jika James tiada.

BACA:  Conte Pertahan Taktik 'Parking Bas' Chelsea Ketika Tewas Tipis Kepada Manchester City