Chelsea Kalah Berkebajikan 4-1 Di Tangan Brighton, Dermakan 2 Gol Tanpa Was Was

Chelsea tidak mahu melepaskan peluang untuk menderma 2 gol kepada Brighton dalam kekalahan memalukan mereka.

Chelsea hampir menanggung malu yang lebih teruk. Tetapi Brighton mungki simpati dengan Graham Potter yang pernah memberikan mereka kenangan manis sebelum ini.

Cukupla dengan 4 berbalas 1.

Chelsea yang merupakan juara 4 kali Eropah, 2 UCL dan 2 UEL dianggap tiada masalah untuk menewaskan Brighton.

Graham Potter kembali semula ke markas pasukan lamanya. Dengan harapan untuk memberikan kegembiraan kepada penyokong Brighton.

Dan dia berjaya melakukannya. Potter dilantik untuk menggantikan Thomas Tuchel, tidak melepaskan peluang untuk membalas jasa kelab lamanya itu dengan memberikan mereka 3 mata dan 2 gol derma.

Chelsea yang dicanang sebagai pencabar kejuaraan liga musim ini sekali lagi hanya mampu menanggung malu.

Graham Potter mengalami mimpi ngeri kembali ke Stadium Amex ketika Brighton membelasah Chelsea untuk meraih kemenangan pertama di bawah pengurus baharu mereka, Roberto de Zerbi.

De Zerbi ternyata pengurus yang benar benar berkaliber. Tidak hairanlah kalau dia dikaitkan dengan Juventus sebelum menandatangani kontrak dengan Brighton.

Dia menggunakan sistem permainan pantas dan berintensiti tinggi.

Dalam perlawanan dengan gol pembukaan yang kelam-kabut, penyudah tenang Leandro Trossard meletakkan pasukan tuan rumah di depan selepas Thiago Silva – yang sudah menghasilkan dua clearances atas garisan menafikan gol  Seagulls – menyerahkan penguasaan bola dengan murah di bahagian sendiri.

Silva tidak dapat berbuat apa apa lagi untuk menghalang bola tersebut daripada bergolek masuk ke dalam gawang.

Lebih tak masuk akal, dua gol sendiri daripada kelab yang mahu menunjukkan mereka terpaling bekerbajikan itu melebarkan pendahuluan Brighton sebelum rehat.

Pemain yang bernama Ruben Loftus-Cheek menyumbat gol ke gawangnya sendiri dari sepakan sudut Solly March sebelum Trevoh Chalobah yang tak mahu kalah dengan pencapaian itu telah berjaya meleretkan hantaran lintang rendah Pervis Estupinan melepasi Kepa Arrizabalaga.

Kai Havertz menyambar hantaran lintang Conor Gallagher untuk memberi harapan kepada pelawat dua minit selepas rehat, tetapi usaha kebangkitan Chelsea pada separuh masa kedua gagal menjadi kenyataan.

Pengadil memberikan masa tambahan sebanyak 5 minit untuk Chelsea bangkit menjaringkan gol. Namun entah apa di fikiran mereka, mereka gunakan 5 minit itu untuk memberikan gol kepada lawan.

Pemain yang terus cemerlang dalam beberapa musim ini, Pascal Gross menyempurnakan petang yang menyedihkan untuk Potter dan pemainnya dengan penyudah jarak dekat selepas Edouard Mendy – yang menggantikan Arrizabalaga yang cedera pada separuh masa – menepis rembatan Julio Enciso kepada pemain Jerman itu. Seolah olah berlaku kemesraan antara mereka.

Mendy mungkin mahu menunjukkan kemesraan buat kelab lama bosnya. Oleh sebab itulah dia melakukan perkara sedemikian.

Kemenangan itu melonjakkan pasukan De Zerbi ke tangga ketujuh, manakala Chelsea kekal di tangga kelima selepas mengalami kekalahan pertama mereka sepanjang tempoh pengurusan Potter.

Chelsea kehabisan waktu. Brighton memilih lebih banyak bertahan untuk menjaga martabat mereka daripada dibantai dengan lebih teruk oleh sebuah pasukan yang seperti nama mentol.

Chelsea mempersia siakan peluang untuk meraih 3 mata dalam perlawanan ini. Chelsea menelan kekalahan berkebajikan di tangan pasukan Brighton dengan memberikan 2 gol percuma.

Susunan Pemain Brighton & Hovre Albion vs Chelsea

BRIGHTON: Robert Sanchez, Webster, Dunk, Estupinan, Lallana (Enciso 65′), Gross, March, Mac Allister, Mitoma (Lamptey 73′), Caicedo, Trossard (Sarmiento 87′)

CHELSEA: Kepa, Thiago Silva, Cucurella (Chilwell 65′), Chalobah, Kovacic Loftus-Cheek, Mount, Pulisic (Broja 79′), Havertz, Gallagher (Ziyech 79′), Sterling (Aubameyang 64′)

BACA:  EPL: Dua Gol McTominay Bantu Man Utd Tewaskan Chelsea Di Old Trafford