Chelsea Tidak Akan Dijual Kepada Pemilik Dari Dua Negara Ini

Roman Abramovich telah mengesahkan yang beliau akan menjual Chelsea dan beliau juga turut menegaskan The Blues tidak akan dijual kepada wakil dari dua negara di dunia ini.

Ekoran dari isu yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, Roman Abramovich memutuskan untuk menjual sahaja Chelsea kerana tidak mahu ada masalah dengan pihak kerajaan.

Memandangkan akan ada risiko Chelsea bakal berdepan masalah, maka billionaire berusia 55 tahun itu mengesahkan yang beliau akan menjual sahaja kelab yang sudah 19 tahun beliau miliki itu.

Walau bagaimanapun, urusan penjualan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini, dengan Joe Ravitch, wakil yang membantu Abramovich mencari pembeli Chelsea menegaskan billionaire dari Rusia itu tidak mahu terburu-buru.

“Kami tidak akan terlalu terburu-buru. Adalah sangat penting untuk Chelsea dapat pemilik yang betul yang boleh memimpin kelab di masa hadapan.”

Jelas Ravitch kepada Reuters.

Sumber sama turut mendedahkan yang Roman Abramovich tidak mahu bekerjasama dengan pemilik yang akan cetuskan kontroversi dari sudut politik.

Hal ini kerana beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali dengan beliau sendiri terpaksa melepaskan kelab kerana mereka isu yang sama.

Hal itu secara tak langsung mengesahkan yang Roman Abramovich tidak akan menjual kelab kepada China dan Arab Saudi.

Negara-negara yang terlibat dengan isu hak asasi manusia juga berpotensi untuk ditolak oleh Roman Abramovich dari menjadi pemilik Chelsea.

Urusan pengambil alihan Newcastle United sebelum ini turut tertangguh dek kerana isu Arab Saudi dan Qatar berkait hak penyiaran Premier League secara haram.

Walau bagaimanapun urusan pembelian Newcastle United oleh Syarikat konsortium Arab Saudi itu berjaya disempurnakan dan kini The Magpies merupakan kelab paling kaya dalam dunia bola sepak.

Selepas Roman Abramovich mengesahkan yang beliau akan menjual kelab, legenda kelab, John Terry telah memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk mengucapkan selamat kepada billionaire dari Rusia itu.

Walau bagaimanapun, tindakan John Terry tidak disenangi oleh pelbagai pihak yang tampil menghentam beliau.

Walau bagaimanapun ramai juga penyokong yang bersetuju dengan tindakan Terry, dan menganggap beliau bukan menyokong peperangan, namun sekadar meluahkan rasa hormatnya kepada Roman Abramovich.

“Minta maaf pun salah?”- penyokong Chelsea tampil pertahankan John Terry

Hanya kerana memuat naik gambar Roman Abramovich dan menulis ucapan terima kasih, John Terry teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

Salah seorang ahli politik, Chris Bryant tampil menghentam John Terry kerana memuat naik gambar bersama Roman Abramovich di laman media sosial miliknya.

Bekas ketua pasukan Chelsea itu memuat naik gambar tersebut sebagai tanda terima kasih beliau kepada Roman Abramovich.

Jelas sekali tujuan utama beliau melakukan hal tersebut selepas billionaire dari Rusia itu mengesahkan yang beliau mahu menjual kelab.

Abramovich mengesahkan yang beliau akan menjual Chelsea selepas 19 tahun beliau menjadi pemilik kelab, dan membantu menaikkan The Blues menjadi pasukan gergasi dalam saingan Premier League.

Melihat John Terry memuat naik gambar tersebut berserta ucapan ” Pemilik kelab terbaik” , Chris Bryant tampil menyebut nama John Terry di Parlimen dan menghentam tindakan legenda Chelsea itu.

“Saya tak tahu adakah kamu lihat ini atau tidak, tapi hari ini, John Terry memuat naik gambar dia bersama Abramovich yang mana dia adalah kroni Vladimir Putin, apa yang orang-orang Ukraine akan fikir tentang bekas ketua pasukan England itu?”

Bukan hanya ahli parlimen itu seorang sahaja, namun ramai lagi sebenarnya pihak yang turut sama menghentam muat naik John Terry itu.

Kebanyakan dari mereka merasakan tindakan Terry itu sebenarnya dosa besar dan mereka turut menganggap legenda Chelsea itu seolah-olah menyokong keganasan yang dilakukan oleh Rusia.

Bryant sendiri turut memuat naik status membalas muat naik dari John Terry dengan menulis:

“Ini mengerikan. Saya rasa John Terry, kamu patut padam ini segera. Orang-orang di Ukraine sedang dibom, disiksa dan dibunuh, sementara kamu meraikan Abramovich.”

Hal itu jelas sekali membangkitkan kemarahan segelintir penyokong Chelsea, yang merasakan media, ahli politik dan mereka yang menghentam Terry itu sebagai golongan yang keterlaluan.

“Saya tak rasa tindakan John Terry perlu dikecam, sejak bila Roman Abramovich jadi musuh kita? Sebab dia orang Rusia? Sebab dia pendukung Putin? Sumbangan dia untuk Chelsea dan Terry sendiri memang besar.”

“Sebab tu politik jangan bawa masuk dalam bola sepak, Terry buat benda betul, dia ucap terima kasih kerana dia kenang budi, dia bukan ucap terima kasih pada Rusia tapi pada bekas pemilik kelab dia, Roman Abramovich.”

“Tidak kah mereka semua rasa yang mereka sudah keterlaluan? Muat naik Terry dibincangkan di Parlimen? Sudah tak ada isu lain mahu dibincangkan?”

“Orang Ukraine tak peduli tentang muat naik Terry, mereka sendiri tahu legenda mereka, Andriy Shevchenko sendiri orang kuat Roman.”

Sepertinya sokongan yang diberikan kepada Ukraine semakin menjadi-jadi dan sudah agak keterlaluan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Hazard Tidak Mahu Lukaku Bawa Prestasi Baik Bersama Belgium Ke Manchester United