Chelsea Tidak Akan Jual Salah Seorang Dari 22 Pemain Yang Sedang Dipinjamkan

Chelsea pada ketika ini merupakan antara pasukan yang paling banyak meminjamkan pemain mereka untuk beraksi bersama pasukan lain.

Seramai 22 pemain dari skuad The Blues telah dipinjamkan ke pasukan lain pada ketika ini, dengan hanya seorang sahaja dari mereka yang tidak mahu dijual oleh kelab.

Chelsea yang ketika ini sedang mendahului saingan Premier League selepas mempamerkan aksi persembahan yang luar biasa hebat, sebenarnya memiliki ramai lagi bintang terbaik yang dipinjamkan ke pasukan lain.

Hanya Conor Gallagher seorang sahaja yang tidak akan dijual oleh Chelsea, dengan bintang England itu pada ketika ini sedang beraksi sebagai pemain pinjaman bersama Crystal Palace.

Gallagher berjaya menjaringkan empat gol dan turut mencatatkan dua assists dari 10 penampilan bersama Palace dalam saingan Premier League musim ini.

Melihat kepada kecemerlangan yang beliau persembahkan, pihak kelab memutuskan tidak akan melepaskan beliau, dan akan membawa pemain midfield itu kembali ke Stamford Bridge pada musim panas akan datang.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, sejak musim lalu pihak kelab sudah menolak tawaran untuk menjual Conor Gallagher.

Selepas melihat aksi cemerlang bintang muda itu, dan ditambah pula beliau sudah melakukan debutnya bersama skuad kebangsaan England, Chelsea memutuskan untuk tidak akan menjual bintang mereka itu.

Pihak kelab turut melaporkan yang Newcastle United dan Leeds United antara pasukan yang sangat berminat untuk meminjam bintang berusia 21 tahun itu pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Namun dek kerana kedua-dua kelab meletakkan klausa pinjaman selama satu musim dan pilihan untuk pembelian tetap, maka Chelsea memutuskan untuk menolak kedua-dua tawaran tersebut.

Chelsea sebaliknya sudah bercadang untuk membawa Gallagher kembali ke Stamford Bridge pada musim panas ini, untuk bermain di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas pemenang Piala Dunia U-17 itu melakukan debut rasminya bersama skuad The Three Lions bertemu San Marino kemarin.

Gallagher di masukkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut, dengan skuad England berjaya menewaskan San Marino 10-0.

Bintang muda Arsenal, Emile Smith Rowe turut berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama skuad kebangsaan England dalam perlawanan tersebut.

Keputusan Chelsea untuk tidak akan melepaskan Gallagher sebenarnya satu hal yang sungguh mengagumkan untuk pemain attacking midfielder itu sendiri.

Kebiasaannya, para pemain yang dilepaskan oleh The Blues sebagai pemain pinjaman, sukar untuk mereka mendapat tempat dalam skuad utama semula.

Sebaliknya mereka akan kembali dipinjamkan ke pasukan lain, atau mungkin akan dijual sahaja oleh pihak kelab selepas pemain tersebut kembali sertai kem Chelsea.

Walau bagaimanapun, polisi tersebut sepertinya sudah berubah di bawah kendalian Thomas Tuchel, dengan pengurus dari Jerman itu kini memberi ruang kepada pemain-pemain tersebut untuk buktikan sesuatu selepas kembali semula sertai skuad utama.

Pemain seperti Ross Barkley dan Ruben Loftus Cheek yang sebelum ini dipinjamkan ke pasukan lain, kini merupakan antara pemain yang sering digunakan oleh Thomas Tuchel.

Walau bagaimanapun, masih belum pasti apa nasib 21 lagi pemain lain yang kini sedang dipinjamkan ke pasukan lain, dengan pihak kelab masih terbuka untuk melepaskan mereka.

Pemain muda seperti Ethan Ampadu, Billy Gilmour dan Tino Anjorin semuanya sedang mencari pengalaman di luar Stamford Bridge pada musim ini, namun tidak ada antara mereka yang berjaya capai tahap sehebat Gallagher.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Courtois: Cintaku Tertinggal di Madrid