Claudio Ranieri Yakin Inter Milan Akan Singkirkan Liverpool

Pengurus Watford, Claudio Ranieri merasakan yang Inter Milan akan mampu untuk menewaskan Liverpool di pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini.

Beliau tetap percaya dengan kemampuan Inter Milan walaupun Liverpool memiliki rekod yang cukup meyakinkan.

Gergasi Serie A itu diundi bertemu Liverpool di pusingan 16 terbaik saingan Champions League, dan mereka juga jelas sekali dianggap sebagai pasukan underdog kerana The Reds kini merupakan pasukan kegemaran.

Liverpool sudah berjaya mencatatkan satu kemenangan di San Siro pada musim ini, selepas kejayaan mereka menewaskan AC Milan awal bulan lalu.

Sudah tentu skuad kendalian Jurgen Klopp itu mahu melakukan hal yang sama ketika berdepan dengan Inter Milan pada Februari nanti.

Inter Milan sendiri tidak melalui laluan yang mudah untuk layak ke pusingan kalah mati dengan mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata sahaja di hadapan FC Sheriff dalam saingan peringkat kumpulan D.

Walau Liverpool dilihat lebih berpotensi untuk menang dan mara ke peringkat suku akhir, namun di mata Ranieri Inter Milan lebih berpeluang untuk layak.

Beliau percaya seandainya Inter Milan mampu mengurangkan kadar kesilapan ketika bertemu Liverpool, maka tidak mustahil untuk gergasi Serie A itu mencatatkan kemenangan.

“Ia akan jadi perlawanan yang hebat dan keputusan perlawanan itu tidak begitu jelas. Liverpool jelas sekali sangat kuat, tapi kamu boleh lihat Inzaghi bersama Inter. Dia berjaya kekalkan skuad hebat ketika era Conte.”

“Memang ada keraguan ketika Inter Milan menjual Romelu Lukaku dan Achraf Hakimi, tapi Inter Milan tetap berjaya juga.”

“Pertama sekali, mereka perlu hadapi kedua-dua perlawanan dengan semangat dan tidak rasa rendah diri. Jangan sesekali ambil mudah apa-apa dalam dunia bola sepak. Kedua, mereka perlu kurangkan dalam membuat kesilapan.”

“Kesilapan boleh membawa mudarat besar dalam saingan Champions League, terutama ketika bertemu pasukan besar. Ada ketika di atas padang, ketika kamu ada perasaan positif atau negatif, jadi kamu perlu dengar kepada benda tu dan bertindak sewajarnya.”

Jelas Ranieri kepada La Gazzetta dello Sport.

Liverpool ada kelebihan tersendiri bagi menghadapi saingan Champions League musim ini

Liverpool akan tentu sangat berharap untuk memenangi saingan Champions League pada musim ini memandangkan mereka ada skuad yang cukup baik.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada musim ini memiliki kelebihan skuad yang mantap dan ditambah pula mereka pada musim ini boleh beraksi di hadapan penonton.

Tidak seperti musim lalu, mereka terpaksa bermain dengan stadium tertutup, dan ditambah pula skuad mereka pada ketika itu tempang kerana ada ramai pemain yang dibelenggu masalah kecederaan.

Inter Milan juga sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dengan harapan untuk mencabar kejuaraan Champions League pada musim ini.

Walaupun mereka sudah menjual beberapa pemain utama, namun Inzaghi tetap berjaya membentuk skuad sedia ada dengan baik dan cemerlang.

Perlawanan yang akan menemukan kedua-dua pasukan ini jelas sekali akan menyajikan aksi yang menarik dan menakjubkan.

Liverpool akan sangat berharap kejayaan mereka menewaskan Inter Milan pada tahun 2008 yang lalu, akan mampu dicatatkan pada tahun ini juga.

The Reds pada ketika itu berjaya menewaskan Inter Milan dalam kedua-dua aksi di halaman sendiri dan halaman lawan.

Melihat kepada skuad yang mereka ada pada ketika ini, dan ditambah dengan para pemain yang sedang berada di tahap persembahan terbaik, maka tidak hairanlah untuk anak-anak buah Jurgen Klopp itu menang seterusnya layak ke peringkat suku akhir.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Klopp Berang Salah Layan Tawaran Lumayan Al Ittihad