Conte Tembak Arteta: “Dia Sendiri Minta Tunda Aksi Kemudian Cakap Jadual Tak Adil Pula”

Pengurus Tottenham Antonio Conte mengecam Mikel Arteta berhubung rungutannya mengenai jadual Liga Perdana Inggeris melibatkan pasukan Arsenal.

Selepas Arsenal tewas di tempat sendiri di tangan Liverpool, The Gunners kembali semula ke padang pada hari Sabtu ketika waktu makan tengah hari untuk menentang Aston Villa.

Jadual yang padat itu jelas sekali tidak dapat diterima Arteta yang menyatakan bahawa jadual yang disusun adalah tidak adil dan menindas.

Mikel Arteta dengan nada sinis dan menganjing mengucapkan terima kasih kepada Premier League yang menurutnya telah membuat jadual gila dan tidak adil untuk Arsenal.

Selepas aksi menentang Liverpool, Arsenal akan berdepan dengan Aston Villa pada Sabtu bagi melengkapkan 3 perlawanan dalam masa enam hari.

Perkara itu tidak menggembirakan Arteta yang kemudian menyatakan ada satu lagi jadual selepas ini yang hampir sama, menindas Arsenal iaitu ketika berdepan dengan Chelsea dan Manchester United.

Arteta menganggap tindakan Premier League adalah tidak adil dan menindas Arsenal kerana diberikan jadual terlalu padat dan sesak.

Pada bulan depan, Arsenal perlu berdepan dengan Chelsea dan Manchester United dalam masa 3 hari antara kedua dua perlawanan.

Aksi tersebut sangat penting kerana melibatkan pasukan pesaing 4 teratas dalam persaingan liga.

Oleh kerana itu Arteta dalam sidang media selepas perlawanan menyatakan: “Terima kasih banyak banyak la kepada Liga Perdana kerana melakukan perkara sedemikian.”

“Dan mereka [Premier League] melakukan penjadualan seperti itu sekali lagi apabila kami perlu menentang Chelsea dan Manchester United [bulan depan].”

“Kalau mereka mahu berikan pasukan pasukan lain kelebihan, maka hari ni saya nak ucap terima kasih kerana berbuat demikian.”

Arteta kemudian menegaskan bahawa Premier League hanya memikirkan tentang soal wang dan tidak memikirkan soal pasukan yang teraniaya kerana jadual mereka.

Selepas kekalahan bermaruah di tangan Liverpool, Arteta berkata: “Tak tak, Liga Perdana tak akan mengubah jadual. Sebab ianya sentiasa tentang BT [Sports], tentang Sky [Sports],  alasan inilah, alasan itulah.”

“Tetapi yang terjejas adalah Arsenal. Arsenal adalah satu satunya perkara yang saya peduli dan ambil berat. Bagi saya, jadual itu tidak adil untuk Arsenal.

Arteta kemudian memberikan jaminan bahawa mereka akan turun dengan aksi bertenaga berdepan Aston Villa selepas ini walaupun jadual sangat padat.

“Sudah tentu, 100% [kami akan berikan yang terbaik]. Korang semua jangan risau tentang Sabtu ini. Pemain kami akan ke sana bermain dengan bertenaga.”

“Mereka akan makan, tidur secukupnya selepas ini. Tetapi saya nak ucap terima kasih banyak kepada Liga Perdana kerana menyusun jadual perlawanan seperti ini. Sangat, sangat membantu,” sindir Arteta.

Respon Conte

Antonio Conte menegaskan bahawa Arteta seolah olah mudah sangat lupa. Conte berpendapat, Arteta tidak boleh merungut tentang jadual padat Arsenal. Ini kerana sebelum ini Arsenal sendiri yang meminta penangguhan perlawanan kerana kekurangan pemain.

Conte beberapa bulan lalu kecewa kerana Arsenal menjadikan alasan kurang pemain kerana wabak, kecederaan sebagai alasan. Kemudian Arsenal dengan selamba melepaskan beberapa pemain mereka ke kelab lain.

“Saya cuma nak Arteta ingat balik, perlawanan yang dia minta tangguhkan Tottenham-Arsenal. Kalau kami nak bercakap soal tak adil…”

“Secara umumnya, jawapan saya dah cukup. Jika sesrorang mahu memikikrkan soal adil atau tak adil, perlawanan yang mereka sendiri minta ditangguhkan itu adalah Tottenham-Arsenal, jika kamu semua ingat. Saya tak akan lupa.”

“Jadi adalah tidak betul untuk dia bercerita soal adil atau tidak.”

Selain itu Arsenal cuma beraksi dalam EPL sejak beberapa bulan lalu. Mereka tersingkir awal dalam semua pertandingan piala. Kemudian Arsenal langsung tak layak beraksi dalam mana mana kejohanan antara kelab Eropah termasuk pertandingan kasta ketiga Liga Persidangan Eropah.

Penyokong Spurs Bengang, Lepas Alasan Tak Cukup Pemain, Arsenal Bantai Loan Seorang Lagi Pemain Ke Itali

Pada Januari lalu, Arsenal terus menimbulkan kemarahan di kalangan peminat Spurs. Sebelum ini mereka meminta menunda aksi kerana kekurangan pemain kerana covid, kecederaan, Piala AFCON dan kad merah.

Arsenal yang cuma ada 1 kes covid telah berjaya memujuk EPL menangguhkan perlawanan menentang Tottenham. Peminat Spurs kecewa kerana sebelum ini Spurs pernah dinafikan oleh EPL ketika meminta penundaan perlawanan menentang Leicester.

Perlawanan cuma ditunda hanya selepas Leicester yang meminta. Aksi di antara Arsenal menentang Tottenham pada ketika itu terpaksa ditunda ke tarikh lain selepas Arteta merengek meminta ditunda.

Selain itu, terdapat beberapa pemain yang telah dipanggil oleh negara mereka untuk beraksi di Piala Negara-Negara Afrika. Oleh sebab itu, Arsenal mengambil keputusan bijak untuk meminta perlawanan ditangguhkan.

Walaupun sebelum ini ramai peminat Arsenal mengutuk Liverpool dan Spurs yang menggunakan alasan yang sama untuk meminta penangguhan. Dan mencadangkan pasukan tersebut pakai budak budak untuk menentang lawan mereka.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman web rasmi Arsenal. Kenyataan berbunyi:

“Kami dengan dukacitanya untuk mengumumkan bahawa derbi utara London Ahad menentang Tottenham Hotspur telah ditangguhkan,” kata Arsenal dalam satu kenyataan media.

“Kami tahu betapa bermaknanya perlawanan ini kepada peminat kami di seluruh dunia, tetapi Liga Perdana Inggeris telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan, kerana ramai pemain dalam skuad semasa kami yang tidak dapat beraksi kerana COVID-19, kecederaan, serta pemain yang mewakili negara mereka di Piala Negara Afrika.”

Arsenal ketika itu terpaksa kehilangan ramai pemain atas pelbagai sebab. Pemain tengah Norway, Martin Odegaard satu satunya pemain yang positif covid.

Sementara itu, Emile Smith Rowe, Takehiro Tomiyasu, dan Sead Kolasinac masih cedera. Cedric Soares kemudian menjadi nama seterusnya menyusul selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Liverpool pada separuh akhir Piala Carabao.

Selain itu, ada 4 pemain mereka yang mewakili negara mereka dalam Piala Afrika iaitu Mohamed Elneny, Thomas Partey, Nicolas Pepe dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Lebih memburukkan keadaan, Granit Xhaka digantung perlawanan selepas membantai lawannya dalam aksi berdepan Liverpool. Di mana Arsenal dengan cemerlang meraikan seri di Anfield.

Lebih tak masuk akal, di kala pasukan mereka semakin tak ramai pemain, Arsenal meminjamkan Maitland Niles dan Bolagun ke kelab lain.

Ianya telah membuatkan Arsenal hanya ada 13 pemain ketika ini. Dengan Premier League mengesahkan bahawa Arsenal sudah menghantar rayuan rasmi untuk menunda aksi berdepan dengan Tottenham Hotspur pada masa itu.

Spurs turut berat hati mengumumkan penundaan tersebut terutama sekali mengambil kira penyokong yang datang dari jauh untuk menyaksikan aksi itu.

Tottenham sangat tidak gembira dengan tindakan Arsenal sebelum ini yang meminta penundaan aksi ini. Kerana Arsenal hanya kehilangan seorang sahaja pemain kerana covid. Seterusnya Arsenal turut mencari penyakit sendiri apabila melepaskan 2 pemain mereka secara loan ketika kelab mereka berdepan dengan jadual tidak menentu.

Spurs juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menerima nasib malang apabila disingkirkan daripada Liga Konfederasi Eropah kerana masalah covid dan permintaan untuk menangguhkan aksi berdepan Leicester ditolak.

Spurs berkata: “Kami dengan dukacita memaklumkan bahawa derbi London Utara menentang Arsenal telah ditunda.”

“Ini berikutan permohnan dari Arsenal kepada Premier League atas alasan covid, pemain sedia ada cedera serta terlibat dalam Piala Afrika.”

“Kami benar benar terkejut dengan permohonan ini boleh diluluskan.”

“Kami sendiri disingkirkan daripada European Conference League selepas beberapa kes covid dan bermakna kami perlu menunda aksi. Dan permohonan untuk menundakan aksi berdepan Leicester telah ditolak. Ianya cuma ditunda hanya selepas Leicester yang membuat permohonan.”

Spurs menganggap peraturan kali ini tidak jelas dan tidak konsisten.

Dan selepas itu Arsenal mengumumkan seorang lagi pemain mereka iaitu Pablo Mari sah dipinjamkan ke Udinese. Sedangkan sebelum ini mereka menyatakan mereka tak cukup pemain? Kenapa perlu keluarkan pemain sebelum mendapatkan dahulu pemain baharu?

Ianya membuatkan peminat Spurs meroyan di media sosial.

Sebelum ini peminat Arsenal pernah menuduh Liverpool sebagai pengecut kerana tak nak menurunkan pemain muda untuk aksi menentang mereka selepas kelab itu gagal menyediakan 14 pemain.

Misalnya mamat ni yang beriya cakap EFL buat lawak ke apa sebab menunda aksi Liverpool dengan Arsenal hanya kerana kecederaan.

Kemudian dia menjelaskan bahawa situasi Arsenal berbeza dengan Liverpool. Kerana menurutnya Arsenal menunda perlawanan berdasarkan garis panduan yang sebenar.

BACA:  Rangkuman Aksi Ramsdale Bertemu Leicester Bukti Beliau Antara Penjaga Gol Paling Berprestasi