Copa America: Messi Melakukan Nutmeg Yang Menakjubkan Ke Atas Pemain Paraguay

Argentina sepertinya sudah mula mendapatkan rentak permainan terbaik mereka dalam saingan Copa America tahun ini.

Argentina memulakan kempen Copa America kali ini dengan sedikit hambar selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Chile.

Negara Amerika Selatan itu kemudiannya telah berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan ini.

Bermula dengan kemenangan menewaskan 1-0 menewaskan Uruguay sebelum ini, mereka berjaya mencatatkan satu lagi kemenangan bertemu Paraguay juga dengan keputusan 1-0 awal pagi tadi.

Keputusan itu telah membantu Argentina untuk mengesahkan tempat mereka layak ke pusingan kalah mati saingan Copa America, walau masih ada perlawanan peringkat kumpulan yang belum dimainkan.

Pemain midfield Sevilla, Alejandro Gomez berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam aksi perlawanan bertemu Paraguay, untuk membantu Argentina mengutip tiga mata penuh.

Perlawanan yang dilangsungkan di Estadio Nacional de Brasillia itu telah menyajikan pelbagai aksi yang menarik dan mengujakan.

Angel Di Maria berjaya melorongkan bola yang cukup cantik mencari Gomez yang berjaya menemui ruang selesa di dalam kotak penalti, sebelum bekas bintang Atalanta itu bijak memperdaya Anthony Silva untuk meledak gol kemenangan Argentina.

Build up serangan itu sebenarnya bermula dari gerakan yang cukup cantik dan menakjubkan dari Lionel Messi yang memulakan pergerakan dari tengah padang.

Nadi penting Argentina itu membawa bola dari tengah padang ke arah kotak penalti Paraguay, lalu melorongkan bola cantik ke arah De Maria, sebelum bergerak untuk memancing pertahanan lawan dan memberi ruang kepada Gomez untuk masuk ke dalam.

Gol Argentina:

Ia merupakan satu larian yang bijak dari Messi dan ketika perlawanan masuk ke masa tambahan, bintang Argentina itu berjaya melakukan satu lagi aksi menarik yang mencuri tumpuan peminat.

Beliau dengan tenang dan bersahaja telah menutmeg Santiago Arzamendia di kawasan tengah padang dalam keadaan yang cukup mengaibkan untuk pemain Paraguay itu.

Selepas beliau berjaya memperdaya seorang pemain Paraguay hingga tersungkur, bintang berusia 33 tahun itu kemudiannya dengan bersahaja menolak bola melepasi celah kelengkang Arzamendia.

Lihat detik menarik tersebut di bawah dan korang akan dapat bukti mengapa Messi dianggap pemain terhebat sepanjang zaman, dan penggelecek terulung dalam sejarah dunia bola sepak.

Kejam bukan? Langsung tak menjaga aib kawan tu, macam tu je dia boleh nutmeg pemain lawan.

Tidak ada mana-mana pemain di dunia ketika ini, bahkan walau dalam sejarah sekali pun, yang mampu menghasilkan nutmeg yang lebih kemas berbanding pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu.

Aksi bertemu Paraguay awal pagi tadi merupakan penampilan ke-147 Messi bersama skuad kebangsaan Argentina, dan ia bermaksud beliau kini menyertai Javier Mascherano sebagai pemain paling banyak membuat penampilan dalam sejarah negaranya.

Tidak lama selepas tamat perlawanan tersebut, Messi memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Satu lagi kemenangan penting untuk terus berkembang. Saya sangat berbangga dapat menyarung jersi biru langit dan putih ini sebanyak seperti rakan saya, Masche, individu yang paling saya sayang dan selalu saya hormat serta kagumi.”

Lionel Messi berjaya memecahkan rekod sebagai pencatat assists terbanyak dalam sejarah Copa America selepas kejayaannya membantu Argentina menewaskan Uruguay dalam aksi perlawanan sebelum ini.

Messi berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dan padu ketika bertemu Chile sebelum ini, dan mencatatkan assists ketika aksi bertemu Uruguay.

Gol sepakan percuma yang beliau jaringkan ketika bertemu Chile merupakan gol ke-73 beliau bersama skuad kebangsaan Argentina.

Apa yang menariknya lagi, gol hasil sepakan percuma itu merupakan gol pertama Messi yang dijaringkan bukan dari sudut sepakan penalti untuk Argentina dalam perlawanan kompetetif sejak aksi Piala Dunia 2018 bertemu Nigeria.

Kali terakhir Lionel Messi menjaringkan gol terus melalui sudut sepakan percuma bersama skuad Argentina adalah pada 2016 yang lalu, ketika bertemu Colombia.

Beliau secara keseluruhannya telah berjaya menjaringkan 73 gol dan mencatatkan 43 assists untuk Argentina sepanjang kariernya.

Secara keseluruhannya, Messi telah terlibat dalam 116 gol untuk Argentina dari 147 penampilannya di pentas bola sepak antarabangsa.

Kehebatan pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu tidak boleh disangkal lagi dengan beliau telah berjaya memenangi 24 anugerah pemain terbaik dari 32 perlawanan sepanjang tahun 2021 ini.

Messi sekali gus telah berjaya memecahkan rekod sebagai pencatat assists terbanyak dalam sejarah saingan Copa America dengan mencatatkan 13 assists.

Beliau juga secara tidak langsung telah terlibat dengan 23 gol dalam saingan Copa America dan ia merupakan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah pertandingan.

Jadi tidak dinafikan yang beliau sememangnya playmaker terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Nama beliau akan terus dikenang sepanjang zaman sebagai pemain terhebat yang pernah menghiasi dunia bola sepak ini.

Messi juga merupakan pencatat assists terbanyak dalam sejarah Argentina, Barcelona, dalam saingan Copa America dan beliau turut memegang rekod sebagai pencatat assists terbanyak dalam dunia bola sepak.

Selain mempunyai kualiti penyudah yang mengerikan penjaga gol lawan, beliau juga jelas seorang perancang yang hebat dengan merekodkan assists sebanyak itu.

BACA:  Lionel Messi Pecah Satu Lagi Rekod La Liga, Pintas Salah Dalam Perebutan Kasut Emas Eropah