Courtois: Real Madrid Kelab Terbaik Dunia

Penjaga gol Belgium, Thibout Courtois percaya beliau telah menyertai ‘kelab terbaik dunia’ apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baru Real Madrid.

Bekas penjaga gol Atletico Madrid ini memenuhi impian sejak kecil dengan menyertai Real Madrid dalam urusniaga yang dianggarkan bernilai  €35 juta.

Courtois mudah lupa. 

Courtois meronta-ronta meminta dilepaskan sehingga sanggup ponteng latihan selama dua hari berturut-turut sebelum Chelsea mengaku kalah dan menerima tawaran Real Madrid. Nilai Courtois jatuh mendadak kerana beliau hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Stamford Bridge.

Chelsea dilihat sudah pon ‘move on’ apabila menandatangani penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga dengan mengaktifkan ‘release clause’ pemain  tersebut berjumlah  £71.6 juta, menjadikannya sebagai penjaga gol termahal dunia ketika ini.

Sebaik sahaja Kepa berpindah ke Chelsea, Courtois menjalani pemeriksaan perubatan di Real Madrid dan tidak lama kemudian, beliau diumumkan sebagai pemain Real Madrid dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang.

Courtois menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Los Blancos dan akan bersaing dengan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Forward gambar ini kepada rakan anda yang meminati Chelsea. Tengok raut wajah mereka selepas itu

Courtois yang kini berusia 26 tahun, tidak pernah menyembunyikan niatnya untuk kembali bermain di Sepanyol. Beliau pernah dipinjamkan ke Atletico Madrid selama 3 musim sebelum pulang ke Chelsea untuk mengambil tempat Petr Cech selaku penjaga gol utama pasukan.

Walau bagaimanapun, disebabkan faktor keluarga, Courtois meminta kebenaran Chelsea untuk melepaskannya kerana beliau mahu berada lebih dekat dengan anak-anaknya. Kedua-dua anak Courtois kini berada dalam jagaan bekas teman wanitanya di Madrid.

Selepas perpindahan beliau ke Real Madrid dimuktamadkan, Courtois meluahkan perasaan leganya dapat kembali beraksi di Sepanyol dan berada lebih dekat dengan keluarganya.

“Ketibaan saya di kelab terbaik dunia diumpamakan seperti satu tanggungjawab dan kebanggaan bagi saya. Hari ini saya berjaya merealisasikan impian sejak kecil.”

“Anda tidak dapat bayangkan betapa gembiranya saya dan kerja keras yang saya lakukan selama ini untuk berada pada tahap ini. Sejak saya kecil, saya bermimpi untuk melalui detik ini.”

“Saya sering menjadi pemain lawan dan saya tahu perasaan apabila berhadapan dengan Real Madrid. Hari ini saya menjadi sebahagian daripada kelab ini. Hala Madrid.”

Kepa kini bergelar penjaga gol paling mahal dalam dunia

Courtois turut menerangkan punca utama mengapa beliau mengambil keputusan untuk kembali beraksi di Sepanyol.

“Saya mahu berada lebih dekat dengan keluarga saya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab menjadikan perpindahan ini satu realiti, terutamanya ibu kepada anak-anak saya. Walaupun kami tidak lagi bersama, beliau merupakan insan yang istimewa bagi saya.”

“Hari ini, saya adalah salah seorang Madridista.”

BACA:  Keluar Kenyataan Dungu - Romelu Lukaku Dikenakan Hukuman Denda Berat