Philippe Coutinho masih lagi memakai hadiah dari bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi yang diberikan kepadanya tiga tahun lalu ketika mereka masih bersama di Nou Camp.
Pada tahun 2018 yang lalu, Messi telah dihadiahkan gelang berwarna merah yang dianggap sebagai azimat oleh seorang wartawan, Rama Pantarotto selepas beliau gagal sempurnakan sepakan penalti ketika aksi terikat 1-1 bertemu Iceland.
Ia merupakan perlawanan pertama Argentina dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Dunia pada ketika itu, dan sebaik berjalan mahu ke bilik persalinan Messi dihadiahkan gelang tersebut.
Donc y’a qqn dans ce bas monde qui a donné un bracelet rouge à Messi, il l’a redonné à Coutinho et les 2 ont brillé …
UN GARANTI MALBAR SERIEUX ÇA T https://t.co/cAY8MzHphg
— jambechaise 🇷🇪 (@cuccxtini) November 12, 2020
Rakan senegaranya, Pantarotto sangat terkejut dan terkedu ketika beliau sekali lagi bertemu Messi selepas tamat aksi kemenangan Argentina bertemu Nigeria yang melayakkan La Albiceleste ke pusingan 16 terbaik.
Beliau terkejut dan terkedu kerana mendengar pendedahan dari Messi yang mendakwa beliau sebenarnya memakai gelang azimat tersebut di kakinya ketika bermain dalam perlawanan tersebut.
Pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu bahkan turut menunjukkan bukti yang beliau sememangnya memakai gelang tersebut di kakinya.
Melihat Messi benar-benar memakai gelang tersebut, Pantarotto benar-benar terkejut dan menunjukkan reaksi yang sungguh priceless.
Gelang tersebut sebenarnya milik ibu kepada Pantarotto dan ketika Messi menunjukkan yang beliau memakai gelang itu, wartawan tersebut menjerit:
Coutinho still wears the red ribbon given to him by Leo Messi!
Hope it brings him good luck! pic.twitter.com/7H6KLbjwbh— Luis Llorente (@_Sportify) January 12, 2022
“Mak… Messi pakai gelang itu”.
Jerit beliau sambil menunjuk ke langit.
Beberapa bulan selepas itu dan ketika Coutinho sedang bergelut untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya, Messi menyerahkan gelang azimat tersebut kepada bintang Brazil itu.
Selain memberikan gelang azimat itu kepada Coutinho, Messi turut memberikan rakan sepasukannya itu kesempatan untuk menyempurnakan sepakan penalti.
Beliau mahu sedaya upaya membantu Coutinho agar dapat keyakinan dan tahap persembahan terbaiknya semula.
Kemuliaan hati Messi jelas sekali diterima dengan baik oleh Coutinho yang kemudiannya turut menjaringkan dua gol ketika membantu Bayern Munich menewaskan Barcelona sendiri 8-2 dalam aksi saingan Champions League musim 2020.
the good luck band was so strong that Coutinho scored 2 on Messi's head to make it 8 https://t.co/7EV0Hzkpav
— Shivansh (@shivanshfcbm) January 12, 2022
Bahkan sehingga ke hari ini, selepas melengkapkan perpindahannya menyertai Aston Villa sebagai pemain pinjaman, beliau masih lagi memakai gelang tersebut.
Ketika bergambar untuk gambar pengumuman rasmi sebagai pemain Villa, gelang itu masih jelas dilihat ada si pergelangan tangan bekas bintang Liverpool itu.
Coutinho still wears the band Messi gave him for good luck back in 2019 🥺❤️ pic.twitter.com/RgWRDtHA1H
— Harvey (@LaPulga__10) January 12, 2022
Dengan memakai gelang azimat itu, Coutinho selepas ini bakal turun beraksi untuk Aston Villa, ketika aksi bertemu Manchester United di Villa Park nanti.
Seandainya beliau berjaya menjaringkan gol dan membantu Villa menang dalam perlawanan tersebut, ia jelas bakal menjadi debut yang sempurna untuk Coutinho.
Welcome to Aston Villa Football Club, Philippe Coutinho. pic.twitter.com/5NiotkiMaa
— Aston Villa (@AVFCOfficial) January 11, 2022
Beliau akan sekali lagi bekerjasama dengan bekas rakan sepasukannya ketika beraksi bersama Liverpool, Steven Gerrard.
“Steven Gerrard ada beritahu saya tentang kelab, cita-cita kelab dan juga tentang perancangan dia.”
Jelas Coutinho kepada laman rasmi kelab.
“Ketika saya bercakap dengan dia selepas perjumpaan kemarin, ia sangat jelas yang saya memang mahu berada di sini. Saya rasa semuanya berlaku dengan sangat pantas dan saya sangat gembira berada di sini.”
Selain Coutinho, Aston Villa turut berjaya melengkapkan perpindahan Lucas Digne dari Everton dengan yuran perpindahan bernilai £25 juta.
Aston Villa sepertinya sedang berada di landasan terbaik untuk mereka memperbaiki kedudukan dalam carta saingan Premier League.
#Coutinho still wears the band #Messi gave him for good luck back in 2019 pic.twitter.com/gf3yeKNY9Y
— Barca Link 🇨🇦 (@LinkFCB) January 14, 2022
Sokongan dari kelab kepada Gerrard juga sepertinya sangat memuaskan hati bekas pengurus Rangers itu.
Tidak mustahil untuk melihat Steven Gerrard akan mampu membawa semula Aston Villa kembali ke pentas saingan Eropah dalam masa terdekat ini.
Sumber: SPORTbible