Laman web Transfermarkt meletakkan nilai £67.5 juta untuk Cristiano Ronaldo. Rentetan itu Ronaldo berasa sangat tidak gembira dengan nilai yang diletakkan lalu memblok web tersebut.
Ronaldo masih berbisa tidak menunjukkan dirinya sudah berusia 35 tahun. Pemain Portugal itu telah menjaringkan 21 gol dari 21 perlawanan Serie A musim ini.
Beliau juga mencipta rekod dengan menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut, Ronaldo kini sedang mengejar Ciro Immobile untuk merebut kasut emas di Serie A musim ini.
With a goal against Inter, Cristiano Ronaldo will set a new record: He'll become the first Serie A player ever to score in 12 consecutive games. @Cristiano 💪⚫⚪👑 pic.twitter.com/iOhYRy7opX
— Forza Juventus (@ForzaJuveEN) March 5, 2020
Di sebalik kejayaan Ronaldo menunjukkan prestasi mantap bersama Juventus sebagai penyerang, nilai beliau diturunkan hanya kerana usianya.
Transfermarkt telah menilai setiap pemain dan nilai Ronaldo jatuh dari £90 juta ketika beliau meninggalkan Real Madrid pada June 2018 kepada £67.5 juta sekarang.
Dengan nilai itu, Ronaldo berada di ranking ke 37 dunia, kerana itulah beliau merasa terkilan dan tidak gembira dengan penilaian yang dilakukan oleh Transfermarkt.
Ronaldo blocked transfermarkt because he wasn't happy with his market value dkm 😭 pic.twitter.com/GUGendUFnZ
— Ⓢ (@False9Messi) March 1, 2020
Laman Twitter milik False9Messi telah memuat naik screenshot akaun Instagram milik Transfermarkt yang mengesahkan bahawa mereka telah diblok oleh pemenang lima kali Ballon d’or itu.
Mengikut nilai yang diberi oleh Transfermarkt, Ronaldo hanyalah pemain kedua yang mempunyai nilai tertinggi di Turin. Paulo Dybala adalah pemain paling bernilai antara pemain lain di Juventus.
Ronaldo 'blocks Transfermarkt' as he is not happy with €75m market value pic.twitter.com/GYV0gj1ABT
— All Football App (@allfootballapp) March 3, 2020
Pemain yang baru sahaja menyertai Serie A, Christian Eriksen yang berpindah ke Inter Milan dari Spurs pada Januari lalu dengan nilai perpindahan £17 juta, kini dinilai oleh Transfermarkt dengan nilai tertinggi di Italy £81 juta.
Dybala yang menjadi pemain paling bernilai di Turin berada di kedudukan kedua dalam Serie A dengan nilai £76.5 juta.
Lautaro Martinez, pemain yang menjadi buruan Barcelona berada di kedudukan ketiga dengan nilai yang diletakkan pada beliau £72 juta.
HAHAHAH Cristiano Ronaldo blocked @Transfermarkt on Instagram because they value him lower than Bernardo Silva😂😂😂 pic.twitter.com/MxDw7Nd6VB
— An (@RoyalANfield) March 1, 2020
Bekas pemain sayap pasukan setan merah berada di kedudukan keempat dan mempunyai nilai yang sama seperti Matthijs De Ligt, Kalidou Koulibay dan Romelu Lukaku.
Jika Ronaldo mahu menyedapkan hati beliau apa yang perlu dilakukan adalah pergi saja ke laman CIES Observatory.
Disana, nilai untuk penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid dianggarkan sekitar £70 juta ke £90 juta, nilai yang jauh lebih tinggi dari yang diberi oleh Transfermarkt.
Cristiano Ronaldo, Virgil van Dijk and the best value big-money transfers in La Liga and the EPL https://t.co/eDXG1qcjvM pic.twitter.com/IGunPmCMPM
— Thenowdays (@thenowdays) March 6, 2020
Sebenarnya Ronaldo tidak perlu mempedulikan nilai dirinya yang diberikan oleh mana-mana web. Di usia beliau sekarang, sudah tentu beliau tidak bercadang untuk berpindah ke pasukan-pasukan besar dengan nilai perpindahan yang tinggi.
Tetapi apa yang cuba ditunjukkan oleh Ronaldo adalah, beliau menjaga nilai diri sendiri. Itulah sebabnya beliau masih berusaha keras dan menunjukkan aksi mantap hingga kini.