Cristiano Ronaldo merupakan antara individu bertuah di dunia yang terpilih untuk memiliki jam tangan berjenama Rolex yang paling mahal dalam sejarah.
Pemain penyerang Manchester United itu tampil ketika di acara Dubai Globe Soccer Awards pada Januari tahun lalu dengan beliau ketika itu memakai jam tangan jenis Rolex GMT Master Ice.
Jam tangan milik pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu dikatakan bernilai £371,000 dan ia diperbuat daripada 18-karat emas putih.
Sebagai tambahan, selain dari 18 karat emas putih, jam tangan tersebut turut diperbuat daripada 30 karat berlian putih.
Hanya beberapa orang individu terpilih sahaja yang berpeluang untuk memiliki jam tersebut yang digambarkan sebagai kombinasi sebenar kemewahan dan inovasi teknologi dari Bob’s Watches.
Bagaimana beliau tidak mampu untuk memakai jam tangan semewah itu, dengan Cristiano Ronaldo pada tahun lalu telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak pertama yang bergelar billionaire.
Bintang berusia 36 tahun itu turut dinamakan sebagai pemain berpendapatan paling tinggi di dunia menurut laporan dan kajian yang dilakukan oleh Forbes.
Beliau turut menjadi atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi ketika lockdown tahun lalu, dengan menjana £1.9 juta menerusi Instagram sahaja.
Dari kesemua sosial media yang beliau miliki, Ronaldo mempunyai 400 juta pengikut dan dengan mudah beliau boleh meletakkan harga yang tinggi untuk mempromosikan sesuatu.
Bersama Juventus sebelum ini, Cristiano Ronaldo turut menerima gaji tahunan beserta bonus yang dianggarkan bernilai $65 juta.
Dan kerana kesemua sumber pendapatan yang diperoleh, beliau kekal menjadi antara atlet yang berpendapatan tertinggi di dunia.
Pada tahun 2020, Ronaldo memperoleh pendapatan bernilai $105 juta, yang mana $45 juta dari Nike, Altice, Herbalife dan produk peribadinya, CR7.
Cristiano Ronaldo has the most expensive Rolex ever produced, per @MailOnline — valued at $497,000. pic.twitter.com/UlVQj3elMf
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 3, 2020
Nilai tersebut lebih $1 juta dari hasil yang diperolehi oleh seteru utamanya dalam dunia bola sepak, Lionel Messi.
Namun begitu, untuk tahun 2021, ketua pasukan kebangsaan Portugal itu gagal untuk konsisten sebagai atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi dunia, selepas Conor McGregor mengatasi pendapatan beliau.
Walaupun hanya sekali sahaja masuk ke gelanggang pada tahun lalu, yang mana beliau ketika itu berjaya menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone, petarung berusia 32 tahun itu telah dinamakan sebagai atlet berpendapatan tertinggi dunia oleh Forbes.
Beliau mendominasi senarai atlet yang berpendapatan tertinggi dunia mengatasi atlet lain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan LeBron James.
The past year's highest-paid athletes, per @Forbes
1️⃣ Conor McGregor: $180M
2️⃣ Lionel Messi: $130M
3️⃣ Cristiano Ronaldo: $120M
4️⃣ Dak Prescott: $107.5M
5️⃣ Lebron James: $96.5M
6️⃣ Neymar: $95M
7️⃣ Roger Federer: $90M
8️⃣ Lewis Hamilton: $82M
9️⃣ Tom Brady: $76M
🔟 Kevin Durant: $75M pic.twitter.com/25YNVCTyfE— Front Office Sports (@FOS) May 12, 2021
McGregor dilaporkan memperoleh pendapatan bernilai $180 juta, sementara Messi berada di kedudukan kedua dengan memperoleh pendapatan bernilai $130 juta.
Ronaldo mengikut rapat di kedudukan ketiga selepas memperoleh pendapatan bernilai $120 juta.
Jika gaji beliau sahaja sudah capai tahap ratusan juta, belum masuk pendapatan sampingan, jadi jelas tidak hairan mengapa Cristiano Ronaldo mampu memiliki jam jenama Rolex termahal dalam sejarah itu.
Untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 tahun, Cristiano Ronaldo telah membeli sebuah kereta super rare bernilai €8 juta, Bugatti Centodieci.
Cristiano Ronaldo is the owner of the most expensive Rolex watch in history.https://t.co/KmKSmqVFYj pic.twitter.com/9ssGoa9egV
— SPORTbible (@sportbible) June 24, 2020
Mengapa ia dianggap super rare? Ia kerana kereta itu hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja dan kelajuannya boleh pergi ke tahap 0-100km/j dalam tempoh 2.4 saat sahaja.
Pemain penyerang setan merah itu sememangnya mempunyai koleksi kereta yang sangat gila dan mewah di kediamannya.
Ronaldo merupakan pelanggan tetap Bugatti, dan beliau sebelum ini pernah membeli Veyron, Chiron dan La Voiture Noire.
Beliau turut memiliki Ferrari F430, The Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador dan Maserati GranCabrio.
Bentley Continental GTC merupakan satu lagi koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Ronaldo termasuk sebuah lagi McLaren Senna, yang baru beliau beli pada Julai tahun lalu dengan nilai £750,000.
Cristiano Ronaldo Cars 2021 – Checkout The Luxurious cars He ownshttps://t.co/G05tKf0afm
Cristiano Ronaldo – #Messi34 – GOAT
— Carmart Nigeria (@carmartnigeria) June 24, 2021
Isteri beliau, Georgina Rodriguez turut memberi kejutan kepadanya dengan menghadiahkan beliau Mercedes G Wagon yang bernilai £600,000 untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Walau bagaimanapun, Bugatti Centodieci tetap menjadi yang terbaik dari yang terbaik yang ada dalam koleksi simpanan Ronaldo, memandangkan kereta itu sangat terhad.
Cristiano Ronaldo 'splashes out £8.5m on Bugatti Centodieci' after buying luxury yacht https://t.co/3cC5uDAM7y
— MailOnline Sport (@MailSport) July 31, 2020
Hanya 10 unit sahaja yang dibuat dan kesemua 10 unit itu sudah habis dijual walau ia akan siap pada 2022 nanti, bermakna semua pemilik termasuk Ronaldo perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat kereta tersebut.
Sumber: SPORTbible