Cristiano Ronaldo : Resipi Kejayaan

Cristiano Ronaldo. Siapa tak kenal kan? Pemenang Ballon d’Or 2014, menewaskan Leo Messi yang telah memenanginya selama tiga tahun berturut-turut.

Sewaktu muda, CR dikatakan terlalu kurus, walaupun mempunyai bakat yang luar biasa di atas padang. Namun, hasil dari kesungguhannya, CR telah Berjaya membesarkan badannya dan menjadi seorang penyerang yang sangat digeruni pihak lawan.

Melalui kerjasama bersama Nike, CR telah berkongsi rahsia kejayaannya melalui satu video terbaharu.

Kerja Keras

Ramai sedia maklum Cristiano Ronaldo merupakan seorang pemain yang bekerja keras untuk mencapai tahap yang di milik sekarang

“Anda hanya perlu bekerja keras. Inilah yang saya lakukan setiap hari. Sebab inilah saya berada di tahap tertinggi selama bertahun-tahun.”

“Perkara ini bukan berlaku secara begitu sahaja. Saya perlu membuat latihan tambahan di luar padang.”

“Ketika saya berusia 12 tahun kebanyakan orang berkata kepada saya ‘Cristiano, awak ni seorang pemain yang sangat berbakat tapi awak kurus sangat’.

“Jadi saya berazam bahawa badan saya akan menjadi lebih baik. Dengan semangat dan kerja keras di gymnasium, badan saya meningkat dengan begitu jelas – dan inilah yang dikatakan semuanya bergantung kepada kuasa pemikiran kita.”

Jaga Kesihatan dan Kecergasan

CR sangat mementingkan kepantasan, dan senjata inilah yang digunakan untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahan pihak lawan. Selain latihan keras di dalam dan luar padang.

CR sangat mementingkan kesihatan dan kecergasan dirinya, sebab itulah CR meminta khidmat nasihat dan mengamalkan diet yang dicadangkan oleh satu syarikat pemakanan yang terkemuka.

“Menjaga kecergasan itu cukup penting – dan perkara remeh macam ini memberikan satu perbezaan yang ketara. Jadi adalah sangat penting untuk melakukan segala usaha ini dan saya suka melakukannya.”

“Sebab itulah saya selalu berada di tahap terbaik di sepanjang tahun. Saya lakukan semua ini kerana saya harus buat, dan semua ini adalah sebahagian dari diri saya.”

Sesungguhnya resipi kejayaan Cristiano Ronaldo bukanlah satu resipi rahsia sama seperti memasak nasi. Apa yang penting adalah kemahuan dan kemaluan.

BACA:  Ronaldo Beri Ucapan Motivasi Kepada Pemain United Sebelum Mereka Bedal Newcastle