Chevrolet Sedia Bantu Manchester United Dapatkan Ronaldo

Penaja utama Manchester United yang tersemat di atas jersi di bahagian perut, Chevrolet dilaporkan bersedia membantu Manchester United untuk mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo.

Laporan dan khabar angin bertebaran minggu ini bahawa Juventus telah bercadang untuk melepaskan Cristiano Ronaldo pada penghujung musim ini.

Juventus telah memikat Ronaldo dari Real Madrid dengan bayaran perpindahan £100 juta dan Juventus berharap dapat la sedikit habuan dari penjualan ini.

Gergasi Italy itu dilaporkan tidak lagi mampu untuk menyara kehidupan mewah Ronaldo dengan bayaran gaji tahunan sebanyak £28 juta dengan situasi ekonomi sekarang.

Selain Manchester United banyak lagi kelab berminat mendapatkan Ronaldo jika kena pada harganya dan yang menjadi rebutan sudah pasti nilai komersil yang ada pada Ronaldo.

Pembelian Ronaldo oleh Juventus bukan sahaja melonjakkan nilai kelab malah telah membantu melonjakkan kehadiran peminat baru Serie A dari seluruh pelusuk dunia.

Menurut laporan Auto Esporte, Chevrolet penaja jersi Manchester United sejak 2014 sangat berminat untuk merealisasikan hajat membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford.

Daripada prospektif komersil, Syarikat automobil Amerika Syarikat nyata menyedari impak yang akan dibawa Ronaldo sebagaimana dinikmati Jeep sejak dua tahun lalu.

Jeep merupakan penaja utama Juventus sejak 8 tahun lalu. Syarikat SUV dari Amerika Syarikat ini telah menjalinkan usahasama dengan juara Serie A itu sejak tahun 2012 menggantikan Betclic sebagai penaja rasmi jersi Juventus.

Kedua belah pihak telah bersetuju melanjutakan kontrak untuk tempoh 6 tahun lagi pada Ogos 2014, di mana bayaran tajaan permulaan adalah sebanyak €11.7 juta semusim dan akan meningkat setiap tahun sehingga €17 juta.

Jeep dimiliki oleh Chrysler Group yang membeli Fiat pada tahun 2009. Juventus dan Fiat kedua-duanya adalah milik Exor Group of families dan dikuasai oleh ahli keluarga Presiden Kelab iaitu Andrea Agnelli.

Harga pasaran Ronaldo ketika ini jika dirujuk kepada Transfermarket bernilai £54 juta dan gaji mingguan juga mencecah £500,000 seminggu.

Namun dengan peningkatan usia yang akan memasuki angka 35 tahun depan mungkin nilai perpindahan dan gaji mingguan Ronaldo akan berkurang tetapi masih tinggi.

Pulangan yang mampu dibawa Ronaldo kepada kelab berminat ketika ini adalah nilai komersil beliau dan untuk aksi di padang bukan satu pelaburan jangka panjang.

Cristiano Ronaldo telah meninggalkan Manchester United pada tahun 2009 dan menyertai Real Madrid dengan harga perpindahan memecahkan rekod dunia dan Ronaldo menjadi pemain termahal dunia pada ketika itu.

Ketika bersama Setan Merah, Ronaldo telah menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan dengan memenangi tiga gelaran Premier League, satu Champions League dan FA Cup.

Untuk kejayaan peribadi, Ronaldo memenangi Ballon d’Or pertama dalam kariernya pada 2008 daripada 5 Ballon d’Or yang dimenangi beliau setakat ini.

BACA:  Ronaldo Menghasilkan Sepakan Percuma Paling Teruk Dalam Kariernya Ketika Bertemu Israel