Ronaldo Menghasilkan Sepakan Percuma Paling Teruk Dalam Kariernya Ketika Bertemu Israel

Cristiano Ronaldo tidak diragukan lagi sememangnya salah seorang pemain terhebat di dunia dan sering mempamerkan aksi persembahan cukup menakjubkan.

Ia sepertinya Ronaldo bakal mampu untuk menewaskan Ali Daei sebagai penyerang paling prolific di pentas bola sepak antarabangsa.

Bintang Portugal itu semakin menghampiri rekod jaringan milik legenda Iran itu dengan beliau ketika ini hanya lima gol sahaja lagi untuk menyamai rekod tersebut.

Ali Daei yang kali terakhir membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Iran pada Jun 2006 telah menjaringkan 109 gol sepanjang karier antarabangsanya.

Sementara pemenang lima kali gelaran Ballon D’or, Cristiano Ronaldo pula telah berjaya menjaringkan 104 gol sepanjang kariernya dan perlukan enam gol sahaja lagi untuk mengatasi Ali Daei.

Tidak mengejutkan Ronaldo bakal mengakhiri tahun 2021 dengan memecahkan lebih banyak rekod memandangkan beliau sememangnya dilahirkan untuk mencipta sejarah.

Ronaldo jelas beraksi dengan cukup hebat tidak kira ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal mahupun bersama kelab.

Namun tiada manusia yang sempurna di dunia ini, bahkan pemain terhebat sepanjang zaman juga pernah melakukan kesilapan.

Salah satu hal yang membimbangkan Cristiano Ronaldo sejak kebelakangan ini adalah kemerosotan prestasi beliau ketika mengambil sepakan percuma.

Ketika kariernya bersama Manchester United dan awal kariernya bersama Real Madrid, penjaga gol pasukan lawan akan menggigil lutut bila Cristiano Ronaldo mengambil sepakan percuma walau dari jarak 30 ela.

Walau bagaimanapun, tidak tahu di mana silapnya, sejak kebelakangan ini Ronaldo sudah tidak lagi mampu untuk mencipta sepakan percuma yang cantik seperti sebelum ini.

Kemampuan beliau menjadikan sepakan percuma seolah sepakan penalti sudah semakin tumpul. Kepakaran beliau dalam menghasilkan knuckle-ball semakin hilang.

Bahkan, beliau hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja menerusi sepakan percuma bersama Juventus dan kali terakhir beliau lakukannya sebelum itu adalah dalam aksi FIFA Club World Cup pada tahun 2017 bersama Real Madrid.

Rekod beliau bersama Portugal juga tidak kurang hebatnya dengan beliau berjaya membantu skuad kebangsaannya menewaskan pasukan-pasukan seperti Sepanyol, Switzerland dan Sweden.

Namun ketika aksi pertemuan bertemu Israel awal pagi tadi, Ronaldo sekali lagi menunjukkan ketumpulan sepakan percumanya.

Ketika aksi pemanas badan terakhir menjelang Euro 2020 bertemu Israel, Ronaldo menunjukkan kepada peminat kemampuan beliau menjaringkan gol padang.

Beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam membantu Portugal menewaskan Israel 4-0 dengan Ronaldo menjaringkan gol kedua untuk pasukannya.

Walau bagaimanapun, ketika beliau mengambil sepakan percuma dalam perlawanan ini, Ronaldo gagal menyempurnakannya dengan baik.

Sepakan ke laut beliau tular di media sosial dengan kebanyakkan peminat menganggap beliau sudah hilang sentuhan tajamnya ketika mengambil sepakan percuma.

Nampak? Teruk bukan?

Beliau jelas seolah sudah hilang sentuhan tajamnya ketika mengambil sepakan percuma dengan menghasilkan percubaan yang langsung tidak merbahaya seperti itu.

Walau bagaimanapun, Ronaldo telah melalui perlawanan yang menarik untuknya dengan gol jaringannya dalam perlawanan ini membantunya terus mengejar Ali Daei sebagai pemegang rekod dunia sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Apa yang pasti, selepas melihat kepada kemerosotan prestasi Ronaldo berkait sepakan percumanya, adakah beliau masih layak untuk menjadi pengambil sepakan percuma utama Portugal dalam saingan Euro 2020 ini?

Skuad kendalian Fernando Santos mungkin boleh mendapat sedikit kelebihan jika Bruno Fernandes yang diamanahkan untuk mengambil sepakan percuma dengan bintang Manchester United itu ketika ini sedang dalam rentak persembahan terbaiknya.

Namun begitu, Ronaldo juga sememangnya terkenal dengan satu sikap yang mana beliau pantang di cabar dan akan membuktikan kritikan terhadapnya salah.

Jadi tak mustahil untuk melihat Ronaldo menjaringkan gol atau berjaya mendapatkan semula ketajaman beliau ketika mengambil sepakan percuma dalam saingan Euro kali ini.

BACA:  Ronaldo: Saya Adalah Yang Terbaik Dan Saya Telah Buktikannya !