Dana untuk misi pencarian penyerang Cardiff City, Emiliano Sala semakin membina momentum apabila Lionel Messi menggesa pihak berkuasa untuk meneruskan kembali misi mencari yang telah dihentikan selepas 3 hari.
Selain Messi, Diego Maradona juga menggesa pihak berkuasa untuk meneruskan kembali misi mencari untuk mencari kapal terbang yang membawa Sala yang hilang dari radar awal minggu ini berdekatan dengan English Channel.

Presiden Argentina, Mauricio Macri turut memberitahu menteri luar negara supaya menghantar permohonan rasmi kepada kerajaan Britain dan Perancis untuk meneruskan misi pencarian, menurut satu kenyataan rasmi dari pejabat Presiden Jumaat lalu.
Kempen untuk mencari dana bagi operasi tersebut juga telah dilancarkan oleh agensi sukan dari Perancis, Sport Cover untuk meraih wang berjumlah £259,000. Kempen ini dilancarkan kerana situasi yang semakin genting dan keputusan pihak berkuasa untuk menghentikan proses mencari walaupun baru 3 hari operasi dilakukan.
Lionel Messi urges rescuers to resume the search for the Argentine footballer, who disappeared after his plane fell off the radar#LionelMessi #Sala #EmilianoSala #MiddaySports #MissingPlanehttps://t.co/G278rYlhHn
— mid-day (@mid_day) January 26, 2019
Menerusi laman web GoFundMe, kempen ini adalah laman yang paling banyak dilawati pada hujung minggu ini dan telah menarik perhatian pemain terkemuka dunia seperti Ilkay Gundogan, Geoffrey Kondogbia, Corentin Tolisso, dan Maxime Gonalons untuk menderma.
Adik perempuan Sala, Romina juga memohon para penyelamat untuk terus mencari sambil menggambarkan pemain berusia 28 tahun itu sebagai seorang ‘pahlawan’ dan tidak akan berputus asa.

Dalam kejadian yang berlaku pada hari Isnin lalu, sebuah kapal terbang ringan yang bertolak pada pukul 7.15 pm dari Nantes telah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik di Jersey selepas meminta kebenaran untuk turun mendarat di pusat bandar Wales.
Selepas menandantangani kontrak bersama Cardiff dan menjadi pemain termahal dalam sejarah kelab tersebut, Sala meminta kebenaran untuk pulang ke Nantes untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukannya selain mengambil barang-barangnya.
Image: Arsenal defender Laurent Koscielny has donated €2,000 to the GoFundMe page set up by Emiliano Sala’s friends & family to continue the search for him. #PrayForSala #afc pic.twitter.com/8fHZqT8NSD
— afcstuff (@afcstuff) January 26, 2019
Sehingga saat artikel ini ditulis, dana untuk misi pencarian Sala telah mencecah angka €268,722 dan seramai 3596 individu telah menderma walaupun ia baru sahaja dilancarkan sehari.
Pemain tengah Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot menjadi pemain paling pemurah apabila menderma £21,500 kepada dana tersebut. Manakala kapten Arsenal, Laurent Kosciely dan Ilkay Gundogan masing-masing menderma sebanyak €2,000.
PSG Midfielder Adrien Rabiot has just donated €25,000 and Marseille Winger Dimitri Payet has donated €10,000 to a GoFundMe page setup to help continue a private search for Emiliano Sala and Pilot Dave Ibbotson. Very generous donations. Top Guys. ?#FACup #PrayForSala pic.twitter.com/rLlBt6qPN7
— FPL 24/7 (@chance_h_) January 26, 2019
Pemain Marseille, Dmitri Payet juga menghulurkan bantuan dengan menderma sebanyak €10,000 kepada dana tersebut.
Jika anda ingin turut serta menghulurkan bantuan dalam misi mencari Sala, anda boleh berkunjung ke laman web GoFundMe dan dermalah seikhlas hati anda.
Untuk perlawanan Cardiff yang seterusnya menentang Arsenal Rabu nanti, staff dan peminat Cardiff akan meletakkan bunga Daffodil pada baju mereka untuk memperingati insiden yang berlaku terhadap Sala. Kapten kedua-dua kelab juga akan meletakkan jambangan bunga di tengah padang sebelum bermulanya perlawanan.