Darwin Nunez Tutup Mulut Pengkritik Dengan Meledak 4 Gol Bertemu RB Leipzig

Darwin Nunez berjaya meledak empat gol bertemu RB Leipzig dalam aksi perlawanan persahabatan ketiga beliau bersama Liverpool.

Ketika ramai yang tampil menghentam dan mengkritik beliau, Nunez menutup mulut mereka dengan meledak empat gol membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 5-0.

Pemain kebangsaan Uruguay itu telah melalui dua aksi perlawanan persahabatan sebelum ini tanpa menjaringkan sebarang gol.

Liverpool menandatangani Darwin Nunez dari Benfica dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £85 juta pada bulan lalu.

Beliau pada awalnya dihentam teruk oleh para peminat kerana gagal menunjukkan impak seperti yang diharapkan.

Nunez walau bagaimanapun berjaya menutup mulut para pengkritiknya dengan meledak empat gol pada aksi babak kedua dalam perlawanan yang dilangsungkan di Jerman semalam.

Beliau berjaya membantu Liverpool untuk mencatatkan kemenangan 5-0 dalam perlawanan tersebut, seterusnya mengakhiri kemarau gol beliau pada aksi pra musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya memerlukan lapan minit sahaja untuk mendahului permainan, selepas Mohamed Salah meledak gol pembukaan untuk gergasi Premier League itu.

Nunez merupakan antara salah seorang dari empat pemain Liverpool yang dimasukkan pada aksi babak kedua permainan dan beliau hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk meledak gol pertamanya.

Selepas Luis Diaz dijatuhkan di dalam kotak penalti, skuad the Reds telah dihadiahkan sepakan penalti dan Darwin Nunez kemudiannya tenang menewaskan Janis Blaswich untuk gol kedua Liverpool.

Beliau kemudiannya meledak gol kedua peribadinya dan gol ketiga Liverpool tidak lama selepas itu menerusi satu tap in yang mudah.

Pemain penyerang itu melengkapkan hat-trick beliau pada minit ke-69 permainan, dengan meledak gol dari jarak dekat hasil kerjasama berpasukan yang menakjubkan.

Beliau kemudiannya telah meledak gol keempat peribadinya sebelum wisel penamat dibunyikan selepas menerima umpanan cantik dari Fabio Carvalho.

Para penyokong Liverpool jelas sekali sangat teruja melihat aksi hebat dan persembahan mantap Nunez ketika bertemu RB Leipzig.

“Nunez sedang dalam kemarahan sekarang, dia terus meledak empat gol untuk buktikan kualiti yang dia ada.”

“Pengkritik dia sekarang tengah cari alasan lain untuk terus hentam dia, bukan satu, bukan dua, bukan hat-trick, tapi empat gol.”

“Nunez memilih keganasan untuk menutup mulut pengkritik dia, saya betul-betul tak sangka dia mampu ledak empat gol dalam satu perlawanan bertemu kelab yang ada dalam saingan Champions League.”

“Mustahil untuk ada lagi yang meragui dia, saya yakin dia akan jadi mesin pencetak gol terbaik untuk Liverpool.”

Akinfenwa percaya Nunez akan mampu jaringkan 18 gol pada musim baharu nanti

Legenda Football League yang juga merupakan penyokong tegar Liverpool, Adebayo Akinfenwa tampil mempertahankan Darwin Nunez dari terus dikritik ramai.

Akinfenwa percaya yang penandatanganan terbaru Liverpool itu akan mampu untuk setidak-tidaknya menjaringkan 18 gol pada musim baru nanti.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai The Reds dari Benfica dengan yuran perpindahan memecah rekod.

Beliau ketika bersama Benfica pada musim lalu telah berjaya menjaringkan 26 gol dari 28 penampilan dalam saingan Premeira Liga.

Tanda harga £68 juta jelas sekali telah memberi beban yang berat kepada Nunez dan ramai yang bimbang beliau akan tertekan dek kerana tanda harga tersebut.

Impak dari hal itu sudah boleh dilihat ketika Nunez beraksi pada pra musim ini dengan beliau gagal untuk menunjukkan impak seperti yang diharapkan.

Beliau telah melepaskan beberapa percubaan emas ketika beraksi bertemu Manchester United dan Crystal Palace sebelum ini.

Ramai penyokong dari pasukan seteru yang menghentam teruk Nunez di media sosial dan tidak ketinggalan beliau juga teruk diejek kerana gagal mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.

Walau bagaimanapun, Akinfenwa percaya yang Nunez akan berjaya di Anfield dan bakal menjadi antara pemain penyerang terbaik pada musim baharu nanti.

“Jangan pernah risau tentang dia.”

“Jurgen Klopp, bagi saya, Klopp tak akan pernah terlepas dan dia tak akan gagal dengan pemain yang memang dia sendiri nak beli. Jadi saya memang tak risau tentang itu.”

“Saya tak kata yang dia akan mampu jaringkan 25 gol kerana saya rasa Mo Salah yang akan bagi kita gol dengan kuantiti seperti itu.”

“Saya tak kesah kalau dia dapat 18 gol, dia akan mampu dapatkan 18 gol.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Sasaran Liverpool Setuju Sertai Bayern Munich Musim Hadapan