De Bruyne berjaya Dapatkan Lesen Kejurulatihan Kelas A UEFA

Kevin De Bruyne baru sahaja mendapatkan lesen A kejurulatihan UEFA sehari selepas kejayaan beliau memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Premier League musim ini.

Beliau jelas sekali merupakan bintang terbaik Man City pada ketika ini dan memandangkan beliau kini sudah memiliki lesen A, maka apa saja yang tak ada pada Kevin De Bruyne?

Pemain kebangsaan Belgium yang kini berusia 30 tahun itu cemerlang menjadi nadi penting sebalik kejayaan Man City menjuarai gelaran Premier League keempat mereka dalam tempoh lima tahun ini.

Musim ini beliau berjaya menjaringkan 15 gol dan turut mencatatkan lapan assists untuk melayakkan dirinya memenangi anugerah pemain terbaik tahunan musim ini.

Ketika beliau dianggap sebagai pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak, De Bruyne turut sibuk menyempurnakan lesen kejurulatihan kedua tertinggi di bawah UEFA.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mail, De Bruyne kerap membantu melatih skuad muda di akademi Man City.

Dan pengalaman beliau melatih skuad muda termasuk skuad bawah 16 itu menyumbang kepada kejayaan beliau untuk mendapatkan lesen kejurulatihan.

Dalam satu temu bual bersama media Belgium, HLN, pemain midfield itu mendedahkan yang kadang kala beliau memerlukan berjam-jam untuk sediakan satu sesi.

Walau bagaimanapun, bekas pemain Chelsea itu mendedahkan yang beliau mahu meneruskan falsafah Pep Guardiola kepada generasi masa hadapan selepas beliau bersara nanti.

“Ketika kamu berpeluang untuk bekerja dengan individu seperti Pep Guardiola, kamu akan lihat sukan ini dengan pandangan yang berbeza.”

Jelas Kevin De Bruyne menurut The Mirror.

“Demi nasib bola sepak di negara saya di Belgium, saya akan sampaikan semua pengatahuan menakjubkan ini kepada generasi akan datang.”

“Ini lah sebabnya kenapa saya tak pernah kata tak untuk menjadi jurulatih. Saya sudah mulakan kursus kejurulatihan dan saya sediakan segala pembelajaran yang mana saya diminta lakukan.”

“Pada masa sama, saya turut mengaku yang ada beberapa perkara di luar bola sepak yang saya tahu.”

De Bruyne bukanlah satu-satunya pemain Belgium yang berjaya mendapatkan lesen A kejurulatihan UEFA.

Dalam usaha untuk memastikan perkembangan positif dunia bola sepak di Belgium, Roberto Martinez menasihatkan para pemainnya untuk mengambil kursus kejurulatihan dan seramai 19 orang pemain sudah berdaftar.

Secara keseluruhannya, sembilan pemain baru-baru ini layak untuk mendapatkan lesen tersebut seperti Youri Tielemans, Jan Vertonghen, Axel Witsel, Leandro Trossard, Dedryck Boyata, Dennis Praet, Dries Mertens, Simon Mignolet dan Matz Sels.

Pep Guardiola sendiri sementara itu sebelum ini pernah menamakan IIkay Gundogan sebagai pemainnya yang berpotensi untuk menjadi pengurus di masa hadapan.

Pep Guardiola Namakan Bintang Man City Yang Bakal Ikuti Jejaknya Ke Dunia Pengurusan

Pep Guardiola telah menamakan IIkay Gundogan sebagai pemain yang berpotensi untuk mengikuti jejak langkah beliau ke dalam dunia pengurusan.

Dari kesemua pemain yang ada dalam skuadnya pada ketika ini, Pep Guardiola nampak potensi yang tinggi pada Gundogan untuk menjadi seorang pengurus yang hebat.

Gundogan merupakan pemain pertama yang Pep Guardiola tandatangani di Etihad dengan beliau membayar £20 juta kepada Borussia Dortmund pada tahun 2016 lalu untuk dapatkan bintang Jerman itu.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah berjaya memenangi sembilan Piala utama sepanjang kariernya di Etihad, dengan beliau turut berjaya menjaringkan lebih dari 45 gol dalam saingan Premier League sepanjang tempoh tersebut.

Gundogan pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan lesen kejurulatihan sendiri dan beliau juga pada musim ini kerap turun melatih skuad U-16 Man City.

Usaha pemain kebangsaan Jerman itu kini dipandang oleh Pep Guardiola yang memberikan pujian menggunung kepada kemampuannya dalam menjadi pengurus.

Ketika ditanya pemain mana yang berpotensi untuk menjadi pengurus pada satu hari nanti, Guardiola kemudiannya memberitahu Sky Sports News bahawa:

“Pemain midfield.”

“Saya rasa (IIkay Gundogan) adalah orangnya. Ada ramai pemain yang lepas mereka bersara, mereka akan bosan duduk di rumah dan tak buat apa-apa, dan kerana itu mereka jadi pengurus.”

“Tapi saya fikir, pemain midfield ada kesempatan untuk jadi pengurus, saya rasa pemain itulah yang fikir tentang permainan bola sepak sebagai permainan global, dan bukan hanya fikirkan diri dia sahaja.”

“Ketika mereka semua dah mula faham permai ini tentang sepasukan, semuanya bersatu, mereka ada kemampuan untuk jadi pengurus.”

Guardiola sendiri sudah melihat ramai bekas pemainnya yang masuk ke dunia pengurusan seperti, Xavi, Thierry Henry dan Vincent Kompany.

Pengurus Manchester City itu percaya Gundogan bakal menjadi salah seorang pemain yang akan turut masuk ke dunia pengurusan selepas ini.

“Kita bercakap tentang taktik.”

Tambah Guardiola lagi.

“Dia seorang yang bijak dan kerana itulah dia ada passion untuk lakukan itu.”

“Saya rasa pemain akademi patut bersyukur ada sesi latihan seperti ini bersama dia. Saya rasa IIkay seorang pemain yang sangat bijak.”

“Dan sudah tentu, jika kamu seorang manusia yang bijak kamu akan terus jadi pemain yang bijak.”

“Dengan kualiti itu dan skill yang dia ada, jika dia memutuskan untuk menjadi pengurus, memang sangat menarik untuk lihat dia di masa hadapan.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kevin De Bruyne Dihentam Kerana Jadi Pemecah Belah Skuad Belgium