Debut Hambar Martial Buat Pengurus Sevilla Rasa Kecewa

Bintang Manchester United yang kini dipinjamkan kepada Sevilla, Anthony Martial dihentam oleh Julen Lopetegui kerana mempamerkan aksi hambar ketika aksi debutnya.

Beliau diharapkan agar mampu untuk dapatkan rentak persembahan terbaiknya selepas mempamerkan aksi yang hambar hingga menyebabkan beliau dikeluarkan.

Bintang berusia 26 tahun itu melengkapkan perpindahannya menyertai Sevilla dari Manchester United dengan perjanjian pinjaman sehingga akhir musim ini pada awal bulan lalu.

Martial masih lagi mempunyai kontrak bersama setan merah sehingga 2024 nanti, dengan beliau sudah menyatakan hasratnya kepada Ralf Rangnick yang beliau mahu meninggalkan Old Trafford.

Beliau meminta untuk meninggalkan kelab kerana mahu menyertai kelab yang boleh memberikan beliau minit permainan yang mencukupi.

Sevilla sendiri sebenarnya sudah beberapa bulan dikaitkan dengan Anthony Martial, namun tiada syarat pembelian tetap yang diletakkan oleh United dalam perjanjian pinjaman bintang Perancis itu.

Martial melakukan debutnya bersama Sevilla ketika aksi bertemu Osasuna awal pagi semalam, namun beliau gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Julen Lopetegui sendiri bahkan turut kecewa dengan Anthony Martial dan memutuskan untuk mengeluarkan penandatanganan terbarunya itu pada minit ke-77 permainan.

Beliau mempamerkan aksi hambar dan turut dianggap sebagai antara punca mengapa Sevilla keciciran mata selepas sekadar mampu mencatat keputusan seri sahaja dalam perlawanan tersebut.

Ekoran dari aksi terikat 0-0 bertemu Osasuna di El Sadar, Lopetegui sedar yang Martial mungkin nampak lemau kerana beliau sudah lama tak bermain.

Pengurus Sevilla itu beranggapan Martial pamer aksi dungu seperti itu kerana beliau sudah terlalu lama diperam oleh Manchester United sebelum ini.

Julen Lopetegui juga turut menegaskan yang beliau sangat berharap agar pemain kebangsaan Perancis itu akan mampu dapatkan semula rentak persembahan terbaiknya selepas ini.

“Dia perlu berikan lebih lagi kepada kami.”

Jelas Lopetegui.

“Ini merupakan perlawanan pertama dia, memang bukan mudah untuk dia biasakan diri.”

“Dia datang dengan sedikit lemau kerana dia jarang bermain. Sikit demi sikit dia perlu segera bangkit.”

Martial hanya membuat 11 penampilan sahaja bersama setan merah sepanjang musim ini dan beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja sepanjang tempoh tersebut.

Walaupun ramai yang menganggap Martial beraksi sangat hambar serta menjadi punca Sevilla gagal menjaringkan gol, namun rakan sepasukannya, Oliver Torres pula memiliki sudut pandangan yang berbeza.

Oliver Torres percaya yang pemain kebangsaan Perancis itu sebenarnya masih malu-malu kucing dan beliau turut mengakui yang dirinya sangat teruja dengan apa yang beliau lihat ada pada diri bintang United itu.

“Memandangkan pemain berkaliber seperti dia memilih Sevilla, maka ia jelas membuktikan Sevilla ada sesuatu.”

Jelasnya kepada Mucho Deporte.

“Dia pemalu. Sikit demi sikit, kita akan bantu dia biasakan diri di sini. Dia dah tunjukkan tanda-tanda yang dia seorang pemain yang menakjubkan.”

“Dia baru beberapa hari berada di sini. Kami di sini menjalani latihan dengan tahap kelajuan yang tinggi dan dia sedar itu. Dia sendiri kata, ‘memang kena banyak berlari di sini’.”

“Di hadapan gawang, jika dia ada kesempatan, dia akan sempurnakannya dan itu yang membuatkan dia berbeza.”

Keputusan seri itu menyebabkan Sevilla semakin jauh ditinggalkan oleh Real Madrid dengan mereka kini sudah enam mata dibelakang pendahulu saingan La Liga itu.

Walau bagaimanapun, perbezaan enam mata tidak lah begitu sukar untuk Sevilla kembali mengejar Real Madrid, seterusnya mencabar kejuaraan La Liga pada musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Giggs Beri Amaran Kepada Rashford & Martial Supaya Tingkatkan Permainan Jika Mahu Bermain Lebih Kerap