Dele Alli Percaya Tottenham Bertambah Kuat Setiap Tahun

Pemain tengah Tottenham Hotspurs, Dele Alli percaya Spurs bakal mempunyai masa depan yang cerah dan mendakwa Tottenham telah menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Tottenham kini menduduki tangga ke-4 dalam Liga Perdana Inggeris, di atas pasukan lebih ternama seperti Chelsea dan Arsenal.

Alli yakin Spurs bakal menjadi pencabar utama musim hadapan. Sama seperti Liverpool, next year is our year !

Mereka juga semakin hampir untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan dengan penghuni tangga ke-5, Chelsea ketinggalan 7 mata di belakang Spurs dengan liga berbaki 5 perlawanan.

Di peringkat Eropah pula, Spurs menunjukkan prestasi yang baik apabila menjuarai peringkat kumpulan walaupun diundi dalam satu kumpulan bersama Real Madrid dan Borussia Dortmund. Walaubagaimanapun, perjalanan mereka tersekat di pusingan kedua sahaja apabila disingkirkan oleh juara Itali, Juventus.

Spurs masih lagi berpeluang untuk memenangi sesuatu musim ini. Mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA dimana mereka bakal bertemu Manchester United hujung minggu ini di Wembley, stadium yang dijadikan ‘rumah’ musim ini.

Spurs sengaja tumpas 3-1 di tempat sendiri kepada sang juara

Spurs bakal bertemu Brighton dalam perlawanan liga minggu ini dan sekiranya mereka menang, Spurs akan mengakhiri musim di kedudukan lebih tinggi daripada Arsenal untuk dua musim berturut-turut.

Spurs juga bakal membina kelebihan 10 mata ke atas Chelsea sekiranya mengutip mata penuh awal pagi nanti dan pemain utama mereka, Dele Alli percaya Tottenham sedang menuju ke arah tepat.

“Kami bermain sangat baik musim ini dan berada dalam prestasi yang terbaik. Anda boleh nampak kelab ini berada dalam landasan yang tepat. Skuad ini semakin bertambah kuat setiap tahun.”

“Kami memiliki pengurus yang hebat dan skuad muda yang dahagakan kejayaan. Jadi saya rasa sekarang adalah waktu yang terbaik untuk menjadi penyokong Spurs.”

Tottenham tumpas 3-1 di tangan Manchester City hujung minggu lalu di hadapan penyokong sendiri, Dibantu kekalahan mengejut Manchester United ditangan pasukan tercorot West Brom, Manchester City akhirnya berjaya mengesahkan status mereka sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk musim 2017/2018.

Anak buah Maurcio Pochettino ketinggalan 20 mata di belakang The Citizens tetapi pemain antarabangsa England itu percaya mereka bakal menjadi lebih baik dan bersaing merebut gelaran juara liga musim hadapan.

In Poket Tino We Trust !

“Saya harap kami tidak terlalu jauh dengan Manchester City. Kami memiliki skuad yang hebat dan pengurus yang bagus. Kami berada dalam landasan yang tepat. Sebagai seorang pemain, perkara yang saya mampu lakukan adalah terus bekerja keras supaya dapat bersedia untuk menghadapi cabaran getir musim hadapan.”

“Anda boleh nampak bagaimana kami bermain bolasepak. Kami berjaya mempamerkan permainan yang cantik. Dari segi mental dan fizikal, kami cukup kuat dan Pochettino berjaya membuatkan para pemain bekerjasama dengan baik.”

“Kami tidak mahu berpeluk tubuh dan berkata ini sahaja tahap kami. Kami perlu bekerja lebih keras untuk mencapai sesuatu yang bermakna dan menjadi pasukan yang lebih bagus musim hadapan.”

BACA:  Kelab Misteri Cuba 'Hijack' Kane Daripada Bayern Munich Dengan Tawaran Lebih Lumayan