Deschamps Kritik Penyokong Perancis Yang Mengecam Pogba

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mahu penyokong pasukan berkenaan menurunkan sedikit jangkaan mereka selepas melihat Paul Pogba di ‘boo’ peminat Perancis sendiri ketika mereka menewaskan Itali 3-1 kelmarin.

Pemain tengah Manchester United mengharungi perlawanan yang senyap tanpa menjaringkan sebarang gol tetapi memainkan peranan penting mengawal bahagian tengah pasukan dalam perlawanan tersebut.

Deschamps mahu penyokong Perancis tidak meletakkan harapan setinggi gunung Everest terhadap pasukan beliau

Perancis mencatatkan kemenangan menerusi jaringan Samuel Umtiti, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele manakala Itali pula memperolehi gol tungga mereka menerusi Leonardo Bonucci.

Pogba dikeluarkan pada lewat permainan dan apa yang lebih mengejutkan adalah Pogba menerima sorakan ‘boo’ dari peminat Perancis sendiri ketika pertukaran pemain dilakukan.

Perancis mempunyai satu lagi perlawanan pemanas badan menentang Amerika Syarikat Ahad nanti sebelum memulakan kempen Piala Dunia dan Deschamps percaya penyokong Perancis meletakkan jangkaan yang terlampau tinggi terhadap skuad beliau.

“Paul Pogba ‘diboo’ penyokong sendiri ? Saya rasa bukan Pogba seorang sahaja yang menjadi mangsa kerana pada satu masa ketika memiliki penguasaan bola, penyokong Perancis turut melakukan perkara yang sama. Perkara ini juga pernah berlaku sebelum ini.”

Ba, lupakan kecaman penyokong Perancis. Mereka ni hanya tahu membawang

“Penyokong mahu kami 5 atau 6 gol dalam setiap perlawanan, tetapi ini saingan peringkat tinggi dan terdapat satu pasukan di hadapan kami. Para peminat telah melakukan perkara yang betul.”

“Adakah pemain saya terkesan dengan insiden ini ? Saya pon tidak tahu… Saya tidak akan mengingati insiden ini tetapi lebih baik jika ia tidak berlaku.”

Walaupun terdapat segelintir penyokong Perancis tidak berpuas hati dengan permainan yang ditampilkan anak buah Deschamps, skuad Perancis sebenarnya bermain dengan cukup baik ketika menentang Itali.

Perancis mampu menang dengan jaringan lebih besar yang mana Dembele dan N’golo Kante melihat percubaan mereka sekadar mengenai tiang dan palang gol.

“Kami melepaskan beberapa peluang kepada Itali pada separuh masa kedua. Kami sebenarnya mempunyai kebolehan untuk melakukan serangan balas dengan pantas dan mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol. Kami harus lebih efisien untuk memastika perlawanan berada dalam genggaman.”

Deschamps pernah merasai nikmat menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 1998 di hadapan penyokong sendiri

“Kesemua pemain telah menunjukkan mentaliti yang saya kehendaki daripada mereka. Tetapi kami tidak akan berasa terlalu yakin. Terdapat satu lagi perlawanan pemanas badan menanti pasukan ini.”

“Kami harus kekalkan cita-cita dan semangat yang kumpulan ini telah pamerkan. Mungkin pasukan ini tidak bermain ‘sempurna’ lagi, tetapi niat untuk mencapai sasaran tersebut sudah ada.”

Perancis dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung dua minggu lagi.

Perancis bakal membuka kempen mereka dengan perlawanan menentang Australia pada 16 Jun, diikuti dengan pertemuan menentang Peru dan Denmark selepas itu.

BACA:  Perjalanan Argentina Ke Final Piala Dunia Bagi Melengkapkan Kegemilangan Karier Messi