Detik Dan ketika Liverpool Menjulang Trofi Premier League

Liverpool sah bergelar juara Premier League ketika perlawanan liga masih berbaki 7 perlawanan dan kejayaan itu telah diraih tanpa perlu turun beraksi dan tidak menitiskan peluh pun.

Julangan trofi yang dilakukan oleh Liverpool musim ini sangat unik dan penuh sejarah kerana majlis diadakan tanpa kehadiran penonton ekoran wabak yang melanda ketika ini.

Kemenangan Chelsea ke atas Manchester City telah mengesahkan Liverpool sebagai juara rasmi Premier League bagi musim 2019/20 buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Liverpool mencatatkan rekod sebagai pasukan paling pantas meraih gelaran liga yang sebelum ini disandang Manchester United dan Manchester City dengan 5 baki perlawanan.

Selepas 31 perlawanan Liverpool mencatatkan 28 kemenangan, dua seri dan satu tewas dengan mengumpul 86 mata.

23 mata meninggalkan Manchester City di tangga kedua. Guard of honour atau perbarisan penghormatan telah dinikmati Liverpool dalam kesemua baki perlawanan.

Itulah kisahnya bagaimana Liverpool mengesahkan gelaran sebagai juara dan detik menjulang trofi Premier League yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

Perlawanan terakhir musim Liverpool di Anfield musim ini adalah bertemu pasukan suruhan mereka yang membantu The Reds mengesahkan kejuaraan iaitu Chelsea.

Sudah pasti kemenangan dicari Liverpool untuk tidak mencacatkan majlis julangan trofi dan itulah dilakukan oleh Liverpool ke atas Chelsea.

Lapan gol yang padu dan cantik terhasil di Anfield terutamanya daripada Naby Keita dan Trent Alexander-Arnold, lima gol milik Liverpool dan tiga milik Chelsea.

Chelsea yang mahu memastikan slot ke Champions League menjadi milik mereka cuba melakukan kebangkitan selepas ketinggalan empat gol.

Tetapi percubaan Chelsea telah tersekat di skala 3, satu nombor keramat mereka kini samada menang atau tewas, angka 3 pasti ada.

90 minit permainan tamat dan detik yang dinanti selama 30 tahun oleh pemain dan penyokong Liverpool di seluruh dunia telah tiba.

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan diberikan penghormatan untuk mengambil dan membawa trofi ke pentas utama untuk dijulang.

Pertunjukkan bunga api juga sudah menjadi kewajipan dan hanya saudara terdekat para pemain dijemput untuk memeriahkan suasana.

Detik yang pasti akan menitiskan air mata buat penyokong setia Liverpool.

Walaupun tanpa kehadiran sebarang penyokong, upacara keraian ini telah diatur dengan begitu meriah dan pentas untuk Jordan Henderson menjulang piala telah siap dihias.

Pertunjukkan bunga api juga sudah menjadi kewajipan dan hanya saudara terdekat para pemain dijemput untuk memeriahkan suasana.

Wabak yang melanda seluruh dunia menyaksikan Premier League ditangguhkan ketika Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk menjadi juara.

Selepas tiga bulan, situasi mula terkawal dan Premier League kembali bersambung dengan norma baharu yang perlu dihadap seluruh umat manusia.

Jika sebelum ini setiap tahun atau musim bermula, penyokong Liverpool setiap tahun melaungkan ayat keramat mereka berbunyi:

This year is our season!!! Tapi tidak lagi buat musim ini. Mereka kini angkuh dan tidak boleh disentuh lagi kerana akan melantun-lantun.

BACA:Β  RB Salzburg 1-0 Liverpool