DFB Pokal Final: Borussia Dortmund 4-1 RB Leipzig

Borussia Dortmund berjaya muncul juara DFB Pokal atau Germany Cup bagi musim 2020/21 selepas mudah menewaskan RB Leipzig empat gol berbalas satu dalam perlawanan akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Olympia Stadion itu menyaksikan Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland masing-masing telah menjaringkan dua gol.

Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari England dan Norway menjaringkan gol di perlawanan akhir DFB Pokal.

Pada separuh masa pertama menyaksikan Borussia Dortmund nyata unggul dan terlalu sensasi apabila mendahului RB Leipzig 3-0 yang semakin sendu di penghujung musim/

Jadon Sancho membuka tirai jaringan seawal minit kelima perlawanan apabila melencongkan bola dicelahan pemain pertahanan RB Leipzig.

Pada minit ke-28, Erling Braut Haaland menggandakan kedudukan dengan mempamerkan kekuatan fizikal yang sejati dengan satu penyudah yang tenang.

Sebelum tamat separuh masa pertama Jadon Sancho sekali lagi meledak dengan memperdayakan pertahanan RB Leipzig selepas menerima hantaran Marco Reus.

Daniel Olmo cuba memberi sinar kebangkitan kepada RB Leipzig dengan gol pertama pada minit ke-71 namun jaringan rembatan padu cantik tersebut hanya menjadi gol saguhati.

Erling Braut Haaland menjaringkan gol keempat tiga minit sebelum tamat perlawanan dan melengkapkan kemenangan bergaya Borussia Dortmund.

Walaupun tergelincir ketika cuba melakukan rembatan gol tetap terhasil dan mengelirukan penjaga gol RB Leipzig.

Jadon Sancho menjadi pemain termuda menjaringkan dua gol di perlawanan akhir DFB Pokal di usia 21 tahun dan 49 hari.

Ini merupakan kejuaraan kelima Borussia Dortmund dalam sejarah DFB Pokal yang menang pada tahun 1965, 1989, 2012, 2017 dan terkini pada tahun 2021.

Dortmund XI: Burki, Guerreiro, Hummels, Akanji, Piszczek, Can, Dahoud, Bellingham, Reus, Sancho, Haaland.

Subs: 40. Drljaca, 6. Delaney, 10. Hazard, 14. Schulz, 19. Brandt, 20. Reiner, 24. Meunier, 32. Reyna, 36. Knauff

RB Leipzig XI: Gulacsi, Mikiele, Upamecano, Haidara, Olmo, Kampl, Halstenberg, Klostermann, Sabitzer, Hwang, Sorloth.

Subs: 4. Orban, Konate, 9. Poulsen, 10. Forsberg, 18. Nkunku, 21. Kluivert, 33. Martinez, 39. Henrichs

BACA:  Teknik Latihan Bola Golf Yang Jadikan Bintang Baharu Liverpool Pemain Genius