Dianggap Kembar Bruno Fernandes, Ini Jawapan Atlet Taekwondo Tunisia

Ramai yang percaya bahawa Bruno Fernandes ketika ini sedang berada di Tokyo dan melibatkan diri secara langsung dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Apa yang menariknya lagi, kebanyakkan peminat percaya Fernandes bukan terlibat dalam sukan bola sepak, sebaliknya beliau beraksi dalam sukan taekwondo di Tokyo.

Peminat bahkan mendakwa yang Fernandes akhirnya berjaya memenangi pingat emas, selepas melihatnya naik ke podium kemarin.

Walau nampak seperti dia, tapi percayalah yang individu tersebut bukan Bruno Fernandes, dan mereka langsung tak ada pertalian darah sama sekali.

Individu tersebut sebenarnya merupakan atlet dari Tunisia, Khalil Jendoubi yang memenangi pingat perak dalam acara taekwondo kategori 58kg kemarin.

Atlet berusia 19 tahun itu terlepas kesempatan untuk memenangi pingat emas selepas kekalahan kepada lawannya dari Itali, Vito Dell’Aquila.

Aksi heroic beliau di kejohanan pada musim panas ini berjaya mencuri tumpuan peminat, apa lagi selepas melihat wajahnya yang sama persis seperti Bruno Fernandes.

Para peminat memuat naik gambar beliau di media sosial, lalu membandingkannya dengan Fernandes, dan hasilnya hampir kesemua bersetuju wajah mereka sangat seiras.

Jendoubi bahkan turut ditanya tentang perbandingan tersebut ekoran dari kejayaan beliau memenangi pingat di sukan Olimpik Tokyo.

Beliau sebaliknya merasakan yang wajahnya lebih seiras dengan Mesut Ozil berbanding bintang Manchester United, Bruno Fernandes.

Salah seorang wartawan bertanya:

“Adakah kamu sedar yang wajah kamu sama seperti Bruno Fernandes?”

Beliau dengan segera menjawab soalan tersebut dengan menyatakan:

“Saya tak kenal siapa pemain ini, tapi kawan-kawan saya kata wajah saya lebih seiras seperti Mesut Ozil.”

Walau bagaimanapun, memang tak dinafikan wajah beliau benar-benar sama persis seperti Fernandes, dan mungkin matanya saja yang nampak seperti Ozil.

Perjalanan Jendoubi di kejohanan Olimpik Tokyo memperlihatkan beliau berjaya menewaskan atlet Ethiopia, Solomon Demse dan atlet Korea Selatan, Jang Jung.

Fakta menarik, pada tahun 2019, kembar Bruno Fernandes itu telah dihalang untuk sertai kejohanan taekwondo dunia di Manchester.

Pada tahun ini, di temasya Sukan Olimpik, beliau berjaya menewaskan atlet yang memenangi kejohanan taekwondo dunia di Manchester itu untuk mara ke perlawanan akhir.

Beliau berjaya menewaskan Jang Jung di peringkat separuh akhir sebelum ditewaskan oleh Vito Dell’Aquila dalam aksi perlawanan akhir.

Tunisia berjaya mencatatkan rekod yang baik di kejohanan Olimpik Tokyo ini dengan mereka sudah mengesahkan dua pingat dari atlet muda.

Ahmed Hafnaoui yang baru berusia 18 tahun berjaya membawa pulang pingat emas dari kolam renang, sementara Khalil Jendoubi yang kini berusia 19 tahun pula berjaya memenangi pingat perak acara taekwondo.

Khalil Jendoubi mungkin tidak mempunyai nama besar seperti Mesut Ozil atau Bruno Fernandes, namun selepas memenangi pingat di Sukan Olimpik, tidak mustahil untuk beliau ada peminat sendiri selepas ini.

Jadi para peminat boleh lah berhenti menuduh Fernandes pergi ke Tokyo untuk mendapatkan pingat kerana beliau gagal melakukan hal sama di Old Trafford.

Bruno Fernandes sedang bercuti pada ketika ini dan beliau sememangnya sangat perlukan rehat selepas beliau benar-benar digunakan oleh Ole Gunnar Solskjaer pada musim lalu.

Aksinya bersama skuad kebangsaan Portugal juga agak terjejas ketika beraksi dalam saingan Euro 2020 bulan lalu, dan sebab utamanya mungkin kerana beliau terlalu penat.

Melihat kepada penandatanganan terbaru United dan perancangan yang disediakan oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, peminat setan merah tentunya sudah tidak sabar untuk melihat Bruno kembali ke Old Trafford.

Kalau Fernandes gigit pingat perak premier league mesti nampak sama kan?

Selepas mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kedua musim lalu, dan berjaya mara ke perlawanan akhir Europa League, setan merah tidak dinafikan bakal menjadi pencabar utama City dalam saingan liga musim baharu nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bruno Fernandes Nafi Khabar Angin Akan Ke Arab Saudi Dan Tegaskan Gembira Di Man Utd