Diego Maradona Legakan Hati Peminat Yang Risaukan Tahap Kesihatannya

Legenda Argentina, Diego Maradona melegakan keresahan peminat bola sepak yang risaukan tahap kesihatannya dengan mengumumkan beliau tidak dimasukkan ke hospital seperti yang didakwa banyak pihak.

Maradona berkata beliau mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan ketika rehat separuh masa selepas mengadu sakit di bahagian leher.

Doktor yang memeriksa Maradona menasihatkannya untuk pulang ke hotel penginapan untuk berehat tetapi ikon bola sepak itu tidak sanggup untuk meninggalkan pasukan kesayangannya begitu sahaja.

Diego Maradona ditenangkan rakan-rakannya ketika beliau meraikan jaringan gol Argentina

Maradona yang kini berusia 57 tahun mengendahkan nasihat doktor dan nyata ia keputusan yang amat berbaloi apabila Marcus Rojo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 untuk menghantar Argentina ke pusingan kalah mati.

Maradona dirakam meraikan jaringan Rojo dengan menunjukkan jari tengah kepada peminat Nigeria yang berada di hadapannya.

Hero Piala Dunia 1986 itu juga menafikan dakwaan beliau dimasukkan ke hospital sebaik sahaja perlawanan berakhir dan mendakwa beliau hanya mengalami sakit-sakit biasa di bahagian leher ketika menonton perlawanan tersebut.

Seperti biasa, Maradona menarik perhatian peminat bola sepak yang menyaksikan perlawanan di stadium dengan gelagatnya 

Maradona dirakam memerlukan bantuan dari rakan-rakanya untuk meninggalkan tempat duduknya selepas perlawanan tamat dan video tersebut mencetuskan spekulasi Maradona bakal dimasukkan ke hospital.

Tetapi segala keresahan tersebut telah ditamatkan Maradona sendiri menerusi satu posting di laman Instagram beliau yang memberitahu beliau berada dalam keadaan yang baik.

https://twitter.com/Cruyffootball/status/1011715407026294790

“Saya ingin memberitahu kepada semua yang saya berada dalam keadaan baik dan saya juga tidak ditahan.” Tulis Maradona bersama gambar beliau menerima rawatan daripada paramedik yang bertugas di stadium.

https://www.instagram.com/p/Bkgtn_ahCQo/?utm_source=ig_embed

“Ketika rehat separuh masa pertama perlawanan Argentina menentang Nigeria, saya mengalami kesakitan di bahagian leher. Saya diperiksa oleh doktor dan beliau menasihatkan saya supaya pulang ke hotel sebelum separuh masa kedua bermula.”

“Tetapi saya mahu kekal kerana Argentina sedang mempertaruhkan segala yang kami ada. Bagaimana mungkin saya tinggalkan Argentina begitu sahaja ?”

“I send a kiss to everyone, thanks for the support!”

Diam la ko !
BACA:  Pemain Argentina Ini Masuk Guinness World Record Kerana Gagal Sempurnakan Penalti