Rekod luar biasa menakjubkan 37 perlawanan tanpa kalah Itali akhirnya lebur di tangan Sepanyol selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 2-1 di San Siro awal pagi tadi.
Itali bertemu Sepanyol dalam aksi peringkat separuh akhir saingan UEFA Nations League, dan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 selepas beraksi dengan kurang seorang pemain.
Skuad kendalian Roberto Mancini itu beraksi hambar pada aksi babak pertama permainan, selepas bintang Manchester City, Ferran Torres meledak dua gol untuk Sepanyol mendahului perlawanan 2-1.
Roberto Mancini told off Milan supporters for jeering Gianluigi Donnarumma during Italy’s Nations League match with Spain. ‘Italy are meant to come before everything else.’ https://t.co/aCkxCfQJaZ #ACMilan #ITAESP #ITASPA #PSG #NationsLeague #Azzurri #UNL #UNLFinals
— footballitalia (@footballitalia) October 6, 2021
Malang untuk Itali kerana terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, selepas Leonardo Bonucci dilayangkan kad merah pada penghujung aksi babak pertama permainan.
Sepanyol memanfaatkan kelebihan seorang pemain dengan mereka berjaya mendominasi sepenuhnya permainan dalam perlawanan ini.
Ketinggalan 2 gol dan kekurangan seorang pemain, The Azzurri akhirnya berjaya memperoleh gol saguhati pada penghujung aksi babak kedua permainan.
Walau bagaimanapun, gol tersebut gagal membantu Itali untuk bangkit dengan mereka terpaksa akur tewas 2-1 di tangan Sepanyol.
Kekalahan itu menyebabkan Itali tersingkir dari pertandingan, dan lebih teruk lagi ini merupakan kekalahan pertama mereka selepas mengharungi 37 perlawanan tanpa kalah.
Be the Italian hero at Euro 2020 ✅
Return to San Siro a few months later ✅
Get destroyed by the fans 😢— Goal News (@GoalNews) October 7, 2021
Sebelum perlawanan ini, Juara saingan Euro 2020 itu telah berjaya memecahkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Brazil sebelum ini.
Brazil memegang rekod 36 perlawanan tanpa kalah bermula tahun 1993 sehingga 1996 dengan Itali berjaya memecahkan rekod tersebut ketika aksi menewaskan Lithuania 2-0 pada awal bulan lalu.
Pencapaian Itali juga lebih baik berbanding pencapaian skuad ikonik Sepanyol dari tahun 2007 hingga 2009 dan Algeria yang sudah merekodkan 29 perlawanan tanpa kalah sejak tahun 2018 yang lalu.
Sebagai tambahan selain menjuarai saingan Euro 2020 dan mara ke aksi peringkat separuh akhir saingan Nations League, pencapaian Itali turut mencatatkan statistik yang menakjubkan.
Dari kesemua 37 perlawanan, pemenang empat kali gelaran Piala Dunia itu menjaringkan 93 gol dan hanya mencatatkan 12 bolos.
• Conceded twice ❌
• Booed by supporters 😕
• Italy's 37 game unbeaten run ended 😩
Gianluigi Donnarumma's return to San Siro didn't go as planned 😬
Not Too Bad.
pic.twitter.com/OKQifqygIs— Football Guy (@RobotFootball) October 7, 2021
Pencapaian tersebut diakui yang terbaik dek kerana dari kesemua perlawanan itu, hanya enam sahaja darinya merupakan perlawanan persahabatan.
“Setiap perlawanan merupakan perlawanan yang sukar.”
Jelas Mancini ketika ditanya tentang rekod tersebut.
“Ketika kita beraksi bertemu lawan yang lemah, ia sangat sukar untuk bermain kerana mereka sangat beri tumpuan kepada bertahan.”
“Tidak ada satu cara sahaja untuk menang. Ia bukan hanya dengan pamer aksi terbaik. Sudah tentu, jika kita boleh menang dengan pamer aksi terbaik dan menghiburkan, itu lebih baik. Tapi sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menang.”
“Persepsi terhadap skuad Itali sudah berubah, tapi kita tak boleh lupa yang Itali merupakan sebuah negara yang sudah memenangi empat Piala Dunia. Kita Juara Eropah dan kita ada sejarah menakjubkan.”
This is the first time Gianluigi Donnarumma has conceded two goals while playing in a match for Italy.
He's been playing for the national team for FIVE years 🤯🇮🇹 pic.twitter.com/vaTB7uJo4x
— ESPN FC (@ESPNFC) October 6, 2021
Walaupun Itali terpaksa memulakan semula rentak kemenangan mereka selepas kekalahan hari ini, mereka tetap berbangga dengan skuad sedia ada.
Penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dan Federico Chiesa merupakan nadi yang bakal membawa Itali untuk menjadi pasukan terbaik pada masa hadapan.
Mancini percaya kedua-dua mereka mempunyai masa hadapan yang cerah selepas ini.
“Gianluigi Donnarumma mula bermain di usia yang sangat muda.”
Jelas Mancini.
“Dia ada kualiti yang cemerlang. Dia sentiasa bertambah baik dari tahun ke tahun dalam usahanya untuk menjadi penjaga gol terhebat dunia. Sudah tentu, kita bertuah kerana ada penjaga gol yang menjadi pemain terbaik ketika aksi EURO sebelum ini.”
▪️ 37 games, 28 wins, 9 draws, 0 losses
▪️ Last defeat was Sept. 10, 2018 against Portugal
▪️ Broke the record for longest streak of clean sheets at 1,168 minutes
▪️ Won Euro 2020Italy's 37-game unbeaten run is over, but what a run it was 👏 pic.twitter.com/Vncvt7W8lC
— B/R Football (@brfootball) October 6, 2021
“Saya juga fikir yang Federico boleh berkembang dengan lebih baik. Dia nampak semakin bagus dari pelbagai segi. Dia bagus dari segi fizikal dan kemampuan teknikalnya. Dia perlu berkembang lagi dari segi mental dan mencari kestabilan.”
Donnarumma tidak dinafikan sememangnya antara pemain terbaik Itali, dengan rekod yang beliau cipta sebenarnya sungguh luar biasa menakjubkan.
Walau sudah lama beraksi bersama skuad kebangsaan Itali, namun hanya aksi bertemu Sepanyol sahaja beliau mencatatkan bolos lebih dari satu gol.
Donnarumma jelas pemain terpenting sebalik kejayaan cemerlang Itali pada ketika ini, namun ia tidak mampu untuk mengubah tanggapan peminat terhadapnya.
Ketika aksi bertemu Sepanyol awal pagi tadi, setiap kali beliau menyentuh bola, Donnarumma sentiasa kena boo dengan para penyokong.
Spain defeat Italy to reach the UEFA Nations League final! 🇪🇸 pic.twitter.com/POsNR6msmF
— B/R Football (@brfootball) October 6, 2021
Salah satu sebab kerana di mata penyokong di San Siro, Donnarumma dianggap pemain yang gila duit dan beliau menyertai PSG juga hanya kerana duit semata-mata.
Agak menyedihkan untuk melihat wira mereka ketika di temasya Euro 2020 menjadi mangsa boo para penyokong sepanjang perlawanan ini.
Selain berdepan tekanan dari pasukan lawan, beliau juga terpaksa berdepan dengan tekanan yang diberikan oleh para penyokong sendiri.
Kerana hal ini juga peminat menganggap penyokong Itali tak kenang budi dan tak tahu membezakan aksi peringkat kelab dan negara.
Walau bagaimanapun, penyokong Milan tetap mempunyai alasan mereka sendiri, tentang mengapa layanan seperti itu diberikan kepada Donnarumma.
Sumber: SPORTbible