Dortmund Sahkan Sancho Kekal, Manchester United Gigit Jari

Selepas berbulan bulan lamanya Manchester United menghebahkan ke serata buana bahawa Jadon Sancho 99.999% milik mereka.

Itu tak cerita lagi cerita Sancho minum air pun dianggap isyarat Sancho akan datang ke United.

Mereka mendakwa itu adalah petanda Sancho akan datang ke kota Manchester dan menyertai Setan Merah.

Namun pada hari ini Man United dikejutkan dengan kenyataan tidak berperikemanusiaan oleh Pengarah Sukan Borussia Dortmund yang mengesahkan rundingan dengan Manchester United tamat.

Sancho akan terus kekal bersama Dortmund pada musim hadapan.

Sambil Zorg membelek youtube menaip nama Sancho United lalu beliau mengetik like video itu satu satu.

Zorg seraya berkata kepada media: “Kami merancang untuk menyertakan Sancho dalam pasukan kami musim ini,” tegas beliau sambil menahan gelak.

“Saya rasa itu sudah menjawab kesemua persoalan kita semua,” tegas Zorc yang kemudian terus scroll YouTube.

Sebelum ini Borussia Dortmund sudah memberikan tarikh akhir kepada Man United jika mahukan Sancho.

Namun pasukan yang dicalit logo tandas berteknologi tinggi pada lengan mereka itu berterusan tawar menawar harga dengan Borussia Dortmund.

United yang kaya raya itu menyatakan mereka mahu membayar ansuran pemain tersebut seperti mana orang lain membayar ansuran motosikal di Seng Heng.

Dortmund tidak mengendahkannya dan akhirnya menyuruh United menyediakan wang secukupnya dalam €140 juta untuk mereka mendapatkan Sancho.

United terus menawar harga agar ia menjadi lebih murah. Di mana mereka hanya sanggup membayar €120 juta dengan 3 kali bayaran. €75 juta dibayar pada bayaran pertama dan bakinya dibayar dalam dua tahun berikutnya.

Dortmund mesti masih teringat dengan AS Monaco yang kena scam menerima tawaran itu pada Martial di mana dimasukkan klausa bonus €30 juta kalau Martial menang Ballon d’Or dalam tempoh pertama kontrak beliau. Sampai ke sudah tak dapat.

Jadi, berdasarkan pemantauan kru kami di sekitar UK, sudah ramai peminat United tiba tiba menganggap harga Sancho ni terlalu mahal. Lebih baik tak payah.

BACA:  Boss Dortmund Sedih Mengenang Nasib Sancho Di Old Trafford