Dortmund Sudah Menemui Pengganti Sancho

Borussia Dortmund dilaporkan kini sedang giat mengenal pasti calon paling sesuai untuk menggantikan Jadon Sancho.

Ini bermaksud, Sancho sudah hampir pasti untuk meninggalkan pasukan dari Jerman itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Penyerang pasukan Borussia Dortmund itu kini merupakan antara pemain paling hebat di dunia dengan aksi mantap yang ditunjukkan musim ini.

Ternyata berita yang sering menular tentang Sancho bakal meninggalkan Borussia Dortmund itu adalah benar.

Sancho sering dikaitkan dengan perpindahan untuk kembali ke premier league.

Dortmund sangat dikenali dengan kemampuan mereka dalam urusan penjualan pemain. Setiap musim pasti akan ada pemain dari pasukkan mereka dijual ke pasukan lain.

Apa yang menariknya, Dortmund tidak mempunyai masalah untuk menggantikan pemain yang dijual dengan bakat-bakat muda yang mereka jumpai.

Menurut sumber dari Mirror, Borussia Dortmund kini sedang mengintai Ferran Torres sebagai pengganti untuk Jadon Sancho.

Ferran Torres kini sedang melalui musim yang cemerlang dan mengagumkan bersama pasukan Valencia.

Dan menurut sumber sama juga, Borussia Dortmund sudah memulakan sesi rundingan dengan pasukan dari La Liga itu untuk mendapatkan pemain sayap muda mereka.

Sebelum virus Covid-19 ini menular dengan teruk, pemain berusia 20 tahun itu dijangka akan mendapat panggilan pertamanya untuk menyertai pasukan kebangsaan Sepanyol.

Ferran Torres berjaya menyumbangkan empat gol dan empat bantuan gol dari 20 penampilan bersama pasukan Valencia dalam saingan La Liga musim ini.

Beliau turut berjaya menjaringkan dua gol dan menyumbangkan dua bantuan jaringan dari enam penampilan dalam saingan liga Juara-juara musim ini.

Valencia telah tersingkir dari saingan Liga Juara-juara selepas tewas kepada Atalanta di pusingan 16 terbaik sebelum kesemua saingan bola sepak digantung.

Berbicara tentang Sancho, minggu lalu, Chief executive pasukan Borussia Dortmund, Hans- Joachim Watzke telah mengeluarkan satu kenyataan:

“Kita sentiasa menghormati apa sahaja kehendak para pemain”.

“Sebelum virus Covid-19 melanda, kami sudah nyatakan bahawa kami mahu Sancho kekal bersama pasukan. Terus terang saya katakan, sekaya mana pon sesebuah pasukan itu, dengan keadaan seperti sekarang, mereka jangan pernah fikir untuk ambil kesempatan kepada kami.”

“Kami tidak perlu menjual sesiapa dengan harga bawah dari pasaran.”

Pemain berusia 20 tahun itu telah mempamerkan aksi hebatnya sejak tiba di Westfalenstadion pada tahun 2017.

Beliau telah berjaya menjaringkan 14 gol dalam saingan liga dan telah menyumbangkan 15 bantuan jaringan untuk pasukan sepanjang saingan liga musim ini.

Sancho menyertai Dortmund dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta sahaja dari Manchester City.

Sancho meninggalkan City kerana beliau tidak mendapat tempat dalam pasukan dibawah kendalian Pep Guardiola.

Jadon Sancho tidak memerlukan masa yang panjang untuk membuktikan kemampuannya ketika beraksi bersama pasukan Borussia Dortmund.

Setelah berjaya menempatkan diri dalam senarai pemain terbaik dunia, Sancho kini menjadi rebutan pasukan-pasukan gergasi di Eropah.

Antara pasukan yang benar-benar terdesak mahu mendapatkan khidmat beliau adalah Manchester United, Chelsea dan Liverpool.

Sekiranya Dortmund sudah mendapat pengganti untuknya, adakah beliau akan sertai United?

Sancho kini menjadi buruan utama pasukan setan merah, tetapi sehingga kini masih belum ada bidaan rasmi yang dilakukan oleh United.

Kemana destinasi seterusnya untuk Sancho? Seperti yang dikatakan oleh
Hans- Joachim Watzke, siapa cepat dia dapat, jangan cakap banyak tapi tidak menunjukkan usaha untuk mendapatkannya.

BACA:  Sancho Mulakan Gerakan Dengan Backheel Padu Sebelum Menyudahkannya