England berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Eropahselepas menewaskan Denmark 2-1 dalam masa tambahan, sekaligus menamatkan penantian 55 tahun mereka untuk bermain dalam final kejohanan utama di dunia – tetapi gol kedua mereka hadir dalam keadaan yang cukup kontroversi.
Harry Kane memenangi perlawanan tersebut selepas berjaya menolak masuk bola muntah tampanan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, ke kakinya selepas penalti lemahnya terlebih dahulu berjaya diselamatkan oleh Schmeichel.
Tetapi penalti itu pun sudah cukup kontroversi sebenarnya.
Encik Raheem Sterling berjaya memenangi sepakan tersebut apabila dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Joakim Maehle. Denmark ternyata tidak gembira dengan keputusan pengadil, walaupun sudah diteliti oleh VAR. Pada masa yang sama, banyak orang yang perasan terdapat sebiji lagi bola di atas padang ketika perlawanan sedang berlangsung sebelum Encik Raheem dijatuhkan.
Beberapa saat sebelum sepakan penalti diambil, kelihatan pancaran laser di muka Schmeichel.
Sebenarnya apakah tindakan yang patut diambil oleh pengadil?
Meh kita semak apa sebenarnya kata undang-undang bola sepak yang sebenar.
Kontroversi 1 : Dua Bola Ketika Penyerang England Menghampiri Kotak Penalti
Sebelum menggelecek bola masuk ke kawasan kotak penalti, Encik Raheem dicabar terlebih dahulu oleh Maehle di bahagian sayap kanan. Penyerang Manchester City itu bagaimanapun berjaya menewaskan pemain lawan tetapi hampir menggelecek sebiji lagi bola Adidas Unifora Finale yang secara tiba-tiba ada di dalam padang.
Dengan jarak bola kedua yang begitu dekat dengan Sterling, pemain Denmark boleh dan berhak untuk membantah keadaan tersebut dengan alasan ia mengganggu perlawanan.
Encik Raheem kemudiannya mencelah masuk ke dalam kotak penalti sebelum disentuh oleh Maehle, lantas membuatkan pengadil Danny Makkelie menganugerahkan sepakan penalti buat pasukan Tiga Singa, tanpa memberhentikan perlawanan walaupun hadirnya bola kedua di dalam padang.
Difahamkan, wujudnya bola lagi satu tu sepatutnya menarik perhatian Makkelie dan VAR. Fasa perlawanan ketika Encik Raheem dijatuhkan telah dinilai oleh VAR, namun kehadiran bola pula tidak dipandang langsung oleh mereka.
two balls on the pitch but play was never stopped …. i actually can’t believe their luck uno pic.twitter.com/VFOaTMtJH1
— charlie 😜 (@xchvrlie) July 7, 2021
Dalam undang-undang bola sepak, atau Law of the Game keluarkan Badan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), dalam Peraturan 5, Seksyen 5.3 menyatakan;
“(Jika) Adanya sebiji bola tambahan, objek lain atau haiwan memasuki padang ketika perlawanan berlangsung, pengadil seharusnya:
“Hentikan perlawan (dan mulakan semula menerusi jatuhan bola) jika ia mengganggu permainan – melainkan bola tersebut masuk ke dalam gol dan gangguan tersebut tidak menghalang pemain dari pasukan yang bertahan daripada memainkan bola tersebut. Gol akan dikira jika bola masuk ke dalam gol – melainkan gangguan datang daripada pemain di pasukan yang menyerang.
“Perlawanan diteruskan jika ia tidak mengganggu perlawanan dan perlu dialihkan secepat mungkin.”
Jadi, dalam perlawanan semalam kemungkinan besar Mahhelie dan VAR bersetuju bahawa bola tambahan tersebut tidak menggangu perlawanan secara langsung dan perlawanan tidak perlu dihentikan untuk membuang bola tersebut.
Kontroversi 2 : Keputusan Penalti Untuk England
Pemain Denmark ternyata tidak gembira bagaimana mudahnya Encik Raheem terjatuh ke tanah bagaikan pokok lulian musang king laud tumbang ketika ditebang. Terhempasnya Encik Raheem ke padang terus membuatkan Makkelie menganugerahkan sepakan penalti buat England.
Dalam kejadian ngeri tersebut, Encik Raheem mencelah masuk ke kotak penalti lalu dibentes oleh bek sisi Atalanta tersebut. Kakinya dilihat telah menghaland betis Encik Raheem, lalu membuatkan penyerang England tersebut jatuh.
Raheem Sterling heat map vs Denmark pic.twitter.com/gF4qsOyWZM
— Optimumsports 🌎♛ (@Optimumsportstv) July 7, 2021
Ketika ditanya tentang penalti tersebut, Sterling berkata selepas perlawanan;
“Aku masuk ke kotak penalti dan dia [Maehle] hulurkan kaki dan sentuh kaki aku, jadi memang sah la penalti.”
Insiden ini juga mengundang perdebatan di kalangan pundit di seluruh Eropah dan ramai yang mengatakan bahawa Makkelie tidak seharusnya memberikan penalti.
“Nampak nau dive,” ujar Dimi Hamann, bekas pemain Jerman. “Aku rasa itu adalah keputusan yang memalukan.”
Peter Schmeichel, ayah kepada Kasper penjaga gol Denmark berkata, keputusan pengadil tersebut adalah satu kesilapan yang cukup besar ketika menjadi pundit di BeIN Sports.
“Benda ni akan diperdebatkan untuk masa yang sangat sangat lama,” katanya.
“Lagipun, memang susah nak terima sebab memang bukan penalti.”
Selepas Makkelie menganugerahkan penalti kepada England, walaubagaimanapun, keputusan tersebut tidak akan dicabar oleh VAR.
Ini kerana VAR hanya digunakan untuk mengubah keputusan yang subjektif jika ada kesilapan yang jelas dan terang. Dalam kes seperti dalam perlawanan tersebut, keputusan pengadil diperlukan kerana kejadian berada betul-betul di sempadan penalti atau tidak.
Kontroversi 3 : Laser di Muka Kasper Schmeichel
Beberapa saat sebelum Kane berlari menendang sepakan penalti tersebut, Schmeichel dilihat menjadi sasaran lampu laser berwarna hijau di kawasan mukanya. Tidak dapat dipastikan sama ada penjaga gol Leicester City ini terkesan atau tidak dengan pancaran laser tersebut tetapi dia berjaya menyelamatkan sepakan lemah daripada Kane, walaupun tewas juga kemudiannya.
Ini adalah bukan kali pertama penggunaan laser dikesan dalam perlawanan tersebut dan UEFA difahamkan menyedari bahawa ramai pemain Denmark menjadi sasaran para penyokong di stadium, terutamanya sebelum bermulanya 30 minit masa tambahan.
UEFA kini sedang menunggu laporan perlawanan daripada Makkelie sebelum mengambil sebarang tindakan, jika ada.
Badan bola sepak Eropah tersebut sebelum ini telah menghukum beberapa kelab di mana penyokong mereka telah mensasarkan para pemain dengan laser. Lyon didenda £2,520 pada tahun 2008 selepas Cristiano Ronaldo menjadi buta seketika dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Lyon.
Pada tahun 2011 pula, bekas pengurus England Fabio Capello meminta penyokong di Stadium Millennium di Cardif didenda, selepas pemainnya diganggu dengan laser ketika mereka menewaskan Wales 2-0.
Laser adalah satu alat yang diharamkan dalam Euro 2020 dan sebarang penggunaan benda ni boleh menyebabkan pasukan atau pengajur didenda. Tapi kalau denda England pun, tak ada masalah rasanya.
FA England kan kaya.
Sumber : The Athletic