Dua Jaringan Padu Akhyar Letakkan Harimau Malaya Didepan

Malaysia bermula baik dengan permainan penuh meyakinkan ketika menentang Filipina di kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 terutamanya untuk tempoh 10 minit pertama permainan.

Seawal minit ketiga Malaysia sudah berada dihadapan hasil jaringan Akhyar Rashid dengan satu jaringan padu selepas melakukan satu gerakan cantik sebelum melepaskan rembatan deras.

Gol tipikal Akhyar Rashid yang selalu dijaringkan di kejohanan Piala AFF.

Akhyar Rashid menerima lorongan cantik dari Corbin Ong dan terus melakukan larian sehingga ke garisan gol sebelum menarik bola memperdayakan pertahanan Filipina.

Pemain sayap lincah itu berpusing kebelakang dan memilih untuk terus melakukan satu percubaan yang membuahkan hasil.

Malaysia datang lagi kali ini melalui hantaran silang Dions Cool yang mencetuskan huru-hara di bahagian pertahanan Filipina.

Satu rembatan kencang hampir menggandakan kedudukan buat Harimau Malaya namun palang mencemburui lalu menjadi penghalang.

Selepas itu permainan pantas dan lancar Harimau Malaya mula kendur kerana Filipina sudah mula mendapat rentak dan kembali mengimbangi perlawanan.

Malaysia terus merencana gerakan untuk menambah jaringan walaupun tidak sekerap pada 10 minit pertama tadi.

Pada minit ke-24 Akhyar Rashid terus mengasah ketajaman penyudahnya dengan gol kedua yang terhasil dengan begitu cantik dan merkoket sekali lagi.

Gol berpunca dari satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh Safiq Rahim yang terus menghantar bola ke atas mencari Syafiq Ahmad.

Akhyar Rashid segera melakukan larian melihat Syafiq Ahmad datang di sebelah kanan untuk menerima umpanan.

Tanpa dikawal Akhyar Rashid menerima bola membuat kawalan yang kemas sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri.

Permain pantas dan kemas Harimau Malaya agak terencat menuju penamat separuh masa pertama dengan aksi keras dan kasar Filipina.

Untuk separuh masa pertama, satu permainan yang sangat positif dipamerkan oleh Harimau Malaya yang seperti memberi satu harapan.

Kesebelasan utama Malaysia vs Filipina

Sebelum ini Kim Pan Gon memanggil 30 orang pemain untuk latihan pusat yang bermula pada 14 Mac 2022 dengan 10 pemain diletakkan dalam senarai bersedia.

Dan untuk senarai akhir hanya 25 pemain sahaja yang dibawa Kim Pan Gon ke Singapura untuk kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 selepas ada yang digugurkan dan menggugurkan atas pelbagai alasan.

Inilah senarai kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Kim Pan Gon:

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias, 36 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lwarence, 31 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Dion-johan Cools, 26 tahun – SV Zulte Waregem
Shahrul Mohd Saad, 29 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Ahmad Khuzaimi Piee, 29 tahun – Negeri Sembilan Fc

Tengah

Safiq Rahim, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamed Syamer Kutty Abba, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, 24 tahun – Petaling Jaya City Fc

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad, 27 tahun – Kedah Darul Aman Fc
Arif Aiman Mohd Hanapi, 20 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 23 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pemain Simpanan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Safawi Rasid, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamadou Sumareh, 28 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 22 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 33 tahun – Selangor Fc
Quentin Cheng Jiun-ho, 23 tahun – Selangor Fc
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27 tahun – Petaling Jaya City Fc
Khair Muhammad Jefri Jones, 33 tahun – Negeri Sembilan Fc
Mohamad Faisal Abdul Halim, 24 tahun – Terengganu Fc
Dominic Tan Jun Jin, 25 tahun – Sabah Fc
Muhamad Nor Azam Abdul Azih, 27 tahun – Sri Pahang Fc
Luqman Hakim Shamsudin, 20 tahun – KV Kortrijk
Liridon Krasniqi, 30 tahun – Odisha Fc
Zhafri Yahya, 28 tahun – Kuala Lumpur City Fc

BACA:  Worawut Srimaka Digelar Pembunuh Harimau Malaya Selepas Rekod 6 Perlawanan Tanpa Kalah