Paul Pogba berkemungkinan akan berpindah untuk sertai kelab dari Premier League pada musim panas akan datang, selepas dua kelab kini tampil menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.
Dua kelab dari saingan Premier League kini dilaporkan sedang dalam usaha mereka untuk menandatangani Paul Pogba memandangkan kontraknya bersama setan merah akan tamat pada musim panas ini.
Ketika Man Utd menandatangani Paul Pogba dari Juventus pada musim panas 2016, mereka telah mengeluarkan dana memecah rekod bernilai £89 juta untuk mendapatkan semula pemain yang mereka lepaskan secara percuma sahaja sebelum itu.
Paul Pogba contacted by two Premier League clubs as he slams past five seasons at Man Utdhttps://t.co/fijjug2C2T pic.twitter.com/ki06mKP2ex
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 23, 2022
Kini, gergasi Premier League itu sepertinya akan sekali lagi kehilangan produk akademi kelab itu secara percuma sahaja memandangkan kontraknya bakal tamat penghujung musim ini.
Walaupun masih belum rasmi lagi yang beliau akan meninggalkan kelab, namun sepertinya agak mustahil untuk pemain berusia 29 tahun itu kekal di Old Trafford.
Dengan masalah dalaman kelab pada ketika ini, ditambah pula dengan masalah ketiadaan pengurus tetap, maka sukar sebenarnya untuk Pogba yakin dengan kelab.
Menurut sumber laporan dari Sky Sports News, dua kelab dari saingan Premier League sudah mula menghubungi Pogba untuk menawarkan kontrak kepadanya pada musim panas nanti.
Nama kedua-dua kelab tersebut masih dirahsiakan oleh Sky Sports News dengan mereka hanya memberi gambaran bahawa ada dua kelab yang sudah menghubungi pemenang Piala Dunia itu.
As well as Real Madrid, PSG and Juventus, two Premier League clubs have shown interest in signing Paul Pogba in the summer on a free transfer. pic.twitter.com/LQA2g0ohK2
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 23, 2022
Laporan sama turut mendedahkan yang masih belum ada tawaran rasmi dari mana-mana pihak, namun sudah ada rundingan secara tak langsung yang dilakukan oleh Pogba bersama kelab tersebut.
Selain kelab dari Premier League, ada juga kelab luar seperti Real Madrid dan Paris Saint Germain yang turut berminat mahu menandatangani Paul Pogba pada musim panas nanti.
PSG merupakan antara pasukan yang sangat terdesak mahu menandatangani Paul Pogba memandangkan mereka berpotensi untuk kehilangan Kylian Mbappe.
Kylian Mbappe sendiri sudah memberi gambaran jelas kepada Paul Pogba yang beliau sedang tak gembira bersama PSG dan tentunya beliau bakal pasti meninggalkan kelab pada musim panas nanti.
Kepulangan semula menyertai Juventus juga berpotensi untuk berlaku, dengan pemain midfield itu seolah-olah macam bola ping pong dari Old Trafford ke Turin.
Sejak kepulangan semula beliau ke bumi Old Trafford, Pogba sepertinya telah melalui pelbagai suka dan duka serta turut berdepan pelbagai kecaman dari pelbagai pihak.
Beliau gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dan turut gagal untuk menunjukkan konsistensi sepanjang kariernya bersama setan merah.
❗️𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐍𝐄𝐖𝐒: Paul Pogba is in talks with two Premier League clubs with his contract set to end at the end of the season. 🇫🇷
Source: @SkySportNews pic.twitter.com/2zzMEoBnuJ
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) March 23, 2022
Sejak beberapa musim kebelakangan ini, aksi dan persembahan Pogba sering terjejas dek kerana beliau diganggu oleh beberapa siri kecederaan.
Bukan hanya beliau, bahkan United sendiri turut bergelut untuk mendapatkan persembahan terbaik mereka pada ketika ini.
Selain masalah di atas padang, pemenang empat kali gelaran Serie A itu turut mendedahkan yang beliau bergelut dengan masalah mental sejak kebelakangan ini di Old Trafford.
Pogba mendedahkan yang masalah itu mula muncul ketika United di bawah kendalian Jose Mourinho dan ia kekal sehingga hari ini.
Beliau sering meragui diri sendiri selepas beliau diketepikan oleh pengurus dari Portugal itu.
Memandangkan gaji Pogba yang agak tinggi, maka jelas sekali dua pasukan dari Premier League yang berani menawarkan kontrak kepadanya itu bukan kelab biasa-biasa.
Sudah tentu mereka merupakan kelab yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh dan stabil dan kerana itulah mereka berani untuk mendapatkan Pogba.
Newcastle United jelas antara pasukan paling kaya dalam dunia bola sepak hari ini dan mereka sangat berpotensi menjadi kelab yang mampu membayar gaji Pogba.
Satu lagi pasukan sukar untuk diramal, mungkin Manchester City, mungkin Arsenal atau mungkin kelab pertengahan yang merasakan mereka mampu.
Along with Real Madrid, PSG and Juventus, two Premier League clubs have also been in contact with Paul Pogba's entourage. [@SkyFootball] pic.twitter.com/pf5mZBXj8u
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 23, 2022
Adakah Pogba akan kekal? Atau akan sertai kelab Premier League lain? Atau akan keluar dari England? Bincangkan diruangan komen.
Sumber: SPORTbible