Dulux Troll Spurs Selepas Diumumkan Sebagai Rakan Penaja Rasmi

Dulux telah melakukan troll tanpa belas selepas Tottenham Hotspur mengumumkan mereka sebagai rakan penaja rasmi dan pengedar cat rasmi pertama buat pasukan daripada London itu.

Sejarah tercipta buat Spurs apabila buat pertama kali dalam sejarah kelab telah menamakan Dulux sebagai pengedar cat rasmi kelab, senang sikit nak cat stadium warna pink lepas ni.

Dalam pengumuman itu anjing ikonik dan popular seantero dunia yang menjadi maskot Dulux telah membuat penampilan dalam poster pengumuman.

“Kami dengan berbesar hati mengumumkan @duluxuk, jenama cat nombor satu negara, Pembekal Cat Rasmi pertama kami.”

Melalui laman sesawang rasmi Tottenham Hotspur ucapan penghargaan dan kepoweran Dulux sebagai jenama cat nombor satu di United Kingdom itu telah dipuji melambung-lambung.

Namun satu tindakan agak kejam telah dilakukan oleh pasukan yang menguruskan akaun Twitter rasmi Dulux UK yang telah melakukan troll yang bertahap satu penghinaan kepada Spurs.

Ada seorang peminat telah bertanya soalan yang tak patut dijawab:

“Adakah anjing itu boleh bermain sebagai centre-back.”

Satu jawapan balas yang tidak patut telah dibalas Admin Dulux:

“Anjing ini boleh bermain lebih baik.”

Selain itu laman Twitter Dulux UK juga telah memuat naik gambar kabinet trofi Spurs untuk dijual dan senada dengan peminat yang mahukan kabinet trofi dijadikan tempat simpanan tong cat.

Trofi kabinet Spurs terus menjadi bahan jenaka apabila seorang peminat menyarankan supaya kabinet yang berdebu itu dicat.

Jawapan akaun Tiwtter Dulux UK bertambah kejam:

“Jangan jadi bodo la, permukaan wajib dibersihkan sebelum cat.”

Susulan kejadian yang sangat tidak diingini dan tidak profesional ini, Dulux telah membuat satu permohonan maaf di atas insiden ini.

“Kami sangat kecewa dan meminta maaf untuk hantaran daripada Dulux pada pagi ini, sebagai respon kepada pengumuman kerjasama kami dengan Spurs. Ini sama sekali tidak menggambarkan betapa bangganya kami menjadi pengedar cat rasmi kelab. Kami akan menyiasat apa yang berlaku dan meminta maaf daripada penyokong Spurs.”

Dan tidak dapat dipastikan samada pelaku yang membuat respon sedemikian diambil tindakan atau tidak dan pelaku tersebut disyaki sebagai penyokong Arsenal.

Tottenham Hotspur telah menerima permohonan maaf dengan satu ciapan yang agak sarkastik dengan badan Matt Doherty diletakkan dengan kepala anjing Dulux.

Gambar disebelah pula memaparkan, Dulux UK memadan ciapan lama pada tahun 2012 yang tertulis:

“Aku sayang Arsenal selamanya dan abadi dan abadi / I love Arsenal forever and ever and ever.”

Puji memuji sebelum adengan troll bermula

Sebelum acara troll bermula dengan begitu rakus sehingga membawa kepada permohonan maaf, kenyataan rasmi saling puji memuji dihamburkan Spurs dan Dulux.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan Spurs, Nuno Pena, Pengarah Pemasaran AkzoNobel di UK & Ireland, berkata:

“Hubungan kami dengan Tottenham Hotspur adalah sinergi sempurna dari dua jenama Britain yang ikonik.”

“Spurs adalah salah satu pasukan bola sepak terkenal di Liga Perdana dan Eropah, sementara di Dulux kekal sebagai jenama cat nombor satu negara.”

‘Penyelidikan dan komitmen kami yang luas untuk pengembangan produk baru bermaksud kami dapat memberikan Tottenham Hotspur produk berprestasi tinggi yang akan memenuhi syarat yang paling mencabar, selain memenuhi standard yang paling ketat.”

“Produk-produk ini akan digabungkan dengan palet warna yang telah dipilih oleh pakar warna kami untuk fokus pada peningkatan hasil kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik untuk staf, pengunjung, pemain dan staf kejurulatihan.”

Spurs pula menerangkan manfaat dan kelebihan yang kelab dapat nikmati dengan kehadiran Dulux dan memberi penghormatan kepada anjing.

“Kerjasama ini akan menyaksikan kami mendapat manfaat daripada kepakaran dalam cat dan warna yang tidak dapat ditandingi yang disediakan oleh Dulux.”

“Sebagai sebahagian daripada pelancaran tersebut, anjing Dulux yang terkenal di dunia ini telah diberi tour di belakang tabir di Stadium dan Pusat Latihan Club.”

“Anjing Dulux yang ikonik merasai pengalaman menyepak bola ketika Club mengumumkan jenama itu sebagai Pembekal Cat Rasmi.”

“Bekerja bersama, pakar warna Dulux telah mengenal pasti warna warna cat untuk warna Club ikonik kami – teknologi warna inovatif ini akan digunakan untuk menghidupkan ruang di Stadium Tottenham Hotspur, Lilywhite House dan Pusat Latihan untuk hidup dalam warna kelab.”

‘Rangkaian Dulux Trade cat berkualiti tinggi digunakan secara eksklusif oleh kelab, dengan Dulux Trade Scuffshield yang tahan lasak dan cat berasaskan air seperti Dulux Trade Diamond Eggshell dan Dulux Trade Quick Dry Satinwood memberikan pertahanan yang hebat terhadap kehausan.”

BACA:  Tadic: Ajax Tidak Patut Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Eropah