Ederson Cipta Assist Genius Haaland Untuk Gol Ke-16, Adam Webster Lunyai Dirempuh

Penjaga gol Manchester City, Ederson telah mencipta assist untuk membolehkan Erling Haaland menjaringkan gol ke-16 Premier League musim ini dan Adam Webster lunyai dirempuh Haaland dalam proses gol itu terhasil.

Manchester City meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri apabila menewaskan Brighton 3-1 yang menyaksikan Haaland menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya Haaland telah menjaringkan 22 gol musim ini merentasi semua kejohanan dengan 17 gol dihasilkan di Premier League dalam 11 perlawanan sahaja.

Haaland setakat ini telah menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut di Ethihad. Satu rekod yang amat padu.

Gol pertama Manchester City terhasil pada minit ke-22 hasil pemikiran pantas lagi genius serta vision yang luas dari Ederson di gawang.

Ederson telah melakukan satu hantaran yang luar biasa dengan kaki kirinnya yang sempat membaca pergerakan Haaland yang terus melakukan larian kilat untuk menyambut bola.

Penjaga gol Brighton, Robert Sanchez sedar akan ancaman lalu mengambil risiko untuk keluar mencabar Haaland namun dengan mudah diperdayakan Haaland.

Bola menuju ke arah Adam Webster yang bermatian untuk menyekat Haaland tapi malangnya Webster dirempuh bodo je Haaland dengan bahu lalu terlentang di tanah.

Dengan gawang terhidang luas tanpa pengawal yang sudah tertewas dan pembantu pengawal yang rebah ke tanah satu tolakan mudah dilakukan Haaland.

Ederson telah mengikut jejak rakan senegaranya, Alisson Becker yang turut mencipta assist buat Mohamaed Salah dalam kemenangan 1-0 menentang Manchester City.

Sebelum gol ini terhasil Haaland cuba memohon sepakan penalti namun tidak cukup syarat walaupun dilihat seperti dijatuhkan Penjaga gol Brighton, Robert Sanchez.

Namun penelitian lanjut dari Video Assistant Referee (VAR) berjaya mencari kebenaran ada sentuhan dari Robert Sanchez tapi tidak cukup untuk diberikan penalti.

Pada minit ke-43 akhirnya Manchester City berjaya jua mendapat sepakan penalti selepas Lewis Dunk melakukan terjahan ke atas Bernardo Silva.

Sepakan penalti ini membolehkan Erling Haaland terus melebarkan rekod jaringannya ke-22 untuk setakat ini.

Di Premier League Haaland menyamai jaringan Harry Kane musim lalu dengan 17 gol dalam 37 perlawanan dan Haaland lakukan dalam 11 perlawanan sahaja.

Leandro Trossard telah cuba menghidupkan semangat kebangkitan Brighton namun jaringannya itu sekadar menjadi gol saguhati untuk buat raso-raso.

Ketika permainan berbaki 15 minit, Kevin De Bruyne terus membunuh perlawanan dengan satu gol bertaraf dunia melalui satu rembatan jarak jauh sesedap rasa.

Kevin De Bryune telah mengukuhkan kedudukannya sebagai Raja Gol Luar Kotak penalti di mana tiada pemain yang mampu menjaringkan gol jarak jauh sebanyak De Bryune sejak pemain Belanda itu melakukan debut bersama Manchester City.

Mata kanan Kevin De Bryune dalam perlawanan ini menjadi tanda tanya peminat bola sepak adakah matanya lebam atau De Bruyne memakai celak untuk menambah vision dalam perlawanan.

Pengulas BBC Radio Manchester City, Mike Minay mendedahkan bahawa mata hitam De Bruyne muncul selepas dia terkena bola di muka semasa latihan.

Pada 2021 bekas pemain Chelsea itu terpaksa menjalani pembedahan mata selepas cabaran kejam daripada Antonio Rudiger pada final Liga Juara-Juara menyebabkan dia mengalami soket mata yang rosak.

Kesebelasan Utama Manchester City: Ederson, Cancelo, Akanji, Dias, Laporte, De Bruyne, Rodri, Grealish, Silva, Mahrez, Haaland.

Pemain Simpanan : Moreno, Stones, Ake, Gundogan, Alvarez, Gomez, Foden, Palmer, Lewis.

Kesebelasan Utama Brighton: Sanchez, Veltman, Dunk, Webster, Gross, Mac Allister, Caicedo, Trossard, March, Lallana, Welbeck.

Pemain Simpanan : Steele, Lamptey, Colwill, Sarmiento, Enciso, Undav, Gilmour, Van Hecke, Estupinan.

BACA:  Guardiola: 'Treble' Domestik Lebih Sukar Dari Menangi Liga Juara-Juara Eropah