Edu Beri Penjelasan Tentang Kebijaksanaan Arsenal Pada Jendela Perpindahan Musim Panas Ini

Pengarah teknikal Arsenal, Edu secara terang-terangan mempertahankan aktiviti pembelian kelab sepanjang jendela perpindahan musim panas ini.

Ia merupakan permulaan musim yang sangat teruk untuk Mikel Arteta pada kempen 2021/22, dengan pasukan dari London itu kini berada di kedudukan tercorot dalam saingan liga.

The Gunners menderita tiga kekalahan secara berturut-turut dari tiga perlawanan awal liga bertemu Brentford, Chelsea dan Manchester City.

Selain aksi hambar Arsenal di atas padang, ramai pihak yang turut mempertikaikan tentang kesilapan pimpinan kelab dalam menguruskan pembelian pemain.

Ramai yang menyalahkan bekas midfield Gunners, Edu yang dikatakan sambil lewa dalam mengurus urusan pembelian pemain pada musim panas ini.

Arsenal membelanjakan lebih dari £150 juta untuk menandatangani enam pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Gunners menandatangani pemain centre-back, Ben White dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta, dan turut melengkapkan urusan perpindahan pemain midfield Martin Odegaard dari Real Madrid dengan nilai £31 juta.

Skuad kendalian Mikel Arteta turut menandatangani pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu pada hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup dengan yuran perpindahan bernilai £17 juta.

Namun walau sudah mengeluarkan belanja yang besar, ia sama sekali tidak membantu mengubah keputusan di atas padang.

Walau bagaimanapun, pengarah teknikal Arsenal, Edu tetap optimis dan yakin yang hasil dari usaha mereka akan memperlihatkan hasil selepas ini.

Dalam satu temu bual khas bersama Sky Sports, Edu telah menyentuh tentang beberapa perkara, termasuk dakwaan yang mengatakan Arsenal mengharungi jendela perpindahan musim panas ini dengan sangat teruk walau mengeluarkan belanja yang jauh lebih besar dari pasukan lain.

Menjawab persoalan dari para peminat yang tidak gembira dengan urusan pembelian pemain pada musim panas ini, Edu menyatakan bahawa:

“Ya, saya faham alasan itu kerana, pertama sekali mereka masih belum melihat semua pemain beraksi bersama. Itu merupakan salah satu sebab kenapa mereka anggap pembelian kita gagal.”

“Tapi saya fikir kita harus melihat dari konteks yang lebih dalam berbanding hanya melihat jumlah duit yang dikeluarkan.”

“Kita tandatangani enam pemain dibawah usia 23 tahun, yang mana ia jelas antara perancangan masa depan kami. Kebiasaannya orang suka lihat pada satu jendela perpindahan, jadi saya perlu kata ia merupakan gambaran besar kerana kita sudah merancang skuad ini sejak setahun lalu, dan kami berusaha untuk dapatkan asas yang lebih baik.”

“Jika kamu masih ingat, dalam tempoh itu kami memperpanjangkan kontrak Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli pada tahun lalu dengan harapan untuk kekalkan asas itu dalam pasukan.”

“Dalam tempoh setahun, kita tandatangani 10 pemain dan tujuh dari 10 pemain itu berusia bawah 23 tahun. Kita perbaharui kontrak tujuh pemain, semuanya dari skuad utama. Lima dari tujuh pemain itu berusia bawah 23 tahun.”

“Kenapa perlu kami lakukan itu? Kerana kita ada alasan untuk cuba lagi dalam membina asas yang baik dan kemudian, satu hari nanti, mungkin kita akan tandatangani satu ke dua orang pemain sahaja.”

“Tapi selepas itu, ia sangat mustahil untuk hanya tandatangani seorang atau dua orang pemain, kerana banyak perkara yang kita perlu lakukan.”

“Kita perlu seimbangkan skuad dengan baik. Kita perlu rekrut pemain dengan karakter yang betul dan profile yang betul untuk jadikan skuad lebih baik, lebih sempurna dan lebih konsisten kerana musim lalu, kita menderita kerana tiada konsistensi.”

“Sekarang, saya mahu beri Mikel Arteta dan pimpinan kelab sebuah skuad yang lebih baik.”

Ramai yang mempertikaikan tentang penandatanganan pada musim panas ini, dengan Martin Odegaard dan Ben White sahaja yang dianggap sebagai pemain utama, namun Edu percaya kesemua penandatanganan adalah untuk skuad depth.

Bulan lalu, anak perempuan kepada Edu Gaspar mendedahkan betapa teruknya gangguan yang beliau terima di laman media sosial miliknya, selepas Arsenal melalui kempen awal musim yang teruk.

“Lihat pada segalanya yang telah ayah saya menangi, lihat pada segala yang telah dia lakukan.”

Jelas Maria di story instagram miliknya.

“Saya tahun tentang potensi dia. Saya di sini bukan untuk bercakap tentang itu. Tapi ada ketika, membaca hal seperti ini, ia sangat menyakitkan. Tapi kita perlu biasakan diri untuk hidup seperti ini, betul kan? Dalam hidup ada pasang dan surut.”

“Ayah saya melalui semua itu, dari kritikan hingga pujian, dia sudah biasa dengan semua itu, tapi saya tidak. Ia sangat menyakitkan saya, tapi kita perlu belajar.”

“Setiap hari saya perlu lihat orang DM saya dan segelintir bertanya kenapa saya tak balas. Saya tak boleh buka DM saya lagi kerana ia penuh dengan hinaan, saya tidak ada tahap kesabaran yang tinggi.”

“Fikiran bercelaru pada ketika ini dan tak mampu untuk menjelaskan tentang mengapa mereka menghina ayah saya.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arsenal Terlebih Bayar Sekitar £50 Juta Untuk Yuran Perpindahan Musim Panas Ini