EFL Cup 2021/22: Liverpool 3-3 Leicester City (Penalti 5-4)

Skuad Liverpool turun melayan kunjungan Leicester City ke bumi Anfield untuk aksi peringkat suku akhir saingan EFL Cup.

Liverpool membariskan skuad ketiga mereka dalam perlawanan ini dengan Neco Williams bermain di posisi sayap bergandingan bersama Takumi Minamino dan Roberto Firmino di posisi penyerang.

Sementara Leicester City pula, mereka dalam perlawanan ini telah menurunkan kesebelasan terbaik yang mereka miliki dalam usaha untuk mencatat kemenangan dan melayakan diri ke pusingan seterusnya.

Perlawanan bermula dengan The Foxes lebih banyak mengatur gerak masuk ke kubu Liverpool, dan turut dominan di bahagian midfield.

Liverpool dilihat lebih kerap bertahan dan gagal untuk melakukan build up serangan kerana mereka terlalu kerap diasak.

Pada minit ke-9, pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan menerusi Jamie Vardy yang menyempurnakan hantaran cantik dari James Maddison.

Maddison melorongkan bola ke dalam kotak penalti untuk mencari Vardy yang kemudiannya melakukan satu sentuhan sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Kelleher untuk Leicester mendahului 1-0.

Beberapa minit selepas itu, Jamie Vardy sekali lagi meledak gol untuk Leicester City, seterusnya menggandakan kedudukan menjadi 2-0.

Patson Daka membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dari sudut tepi, seterusnya melorongkan bola cantik mencari Vardy yang berada di tengah.

Vardy kemudiannya dengan mudah menolak masuk bola ke gawang Liverpool untuk memastikan Leicester City selesa mendahului perlawanan 2-0.

Pada minit ke-19, Alex Oxlade-Chamberlain berjaya menjaringkan gol pertama untuk Liverpool dalam perlawanan ini, seterusnya mengubah kedudukan menjadi 2-1.

Ketika skuad Liverpool sedang melancarkan serangan di dalam kawasan Leicester, Roberto Firmino melakukan set up yang cantik untuk membenarkan Chamberlain melepaskan rembatan padu menewaskan Kasper Schmeichel.

Leicester City kemudiannya berjaya melancarkan serangan bertali arus ke kubu Liverpool, dalam usaha mereka untuk mencari tambahan jaringan.

Pada minit ke-33, James Maddison berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, selepas meledak gol yang sungguh cantik dari luar kotak penalti.

Tamat aksi babak pertama, Leicester City selesa mendahului Liverpool dengan keputusan 3-1, dan tentunya mereka mahu berusaha menambah lagi gol pada aksi babak kedua nanti.

Liverpool melakukan tiga pertukaran segera dengan mengeluarkan Billy Koumetio, Conor Bradley, Tyler Morton dan memasukkan James Milner, Diogo Jota dan Ibrahima Konate.

Hasil tiga pertukaran segera ini, The Reds dilihat berjaya untuk menyeimbangkan permainan dan tidak begitu membenarkan Leicester City terlalu dominan.

Pada minit ke-68, Diogo Jota berjaya menjaringkan gol kedua untuk Liverpool, seterusnya merapatkan kedudukan menjadi 3-2.

Takumi Minamino bijak melorongkan bola mencari Jota yang sedang melakukan larian masuk ke dalam kotak penalti, dengan bintang Portugal itu cemerlang mengawal bola sebelum melepaskan rembatan padu untuk gol kedua Liverpool.

Ketika perlawanan sudah masuk ke minit-minit akhir tambahan masa, Takumi Minamino berjaya meledak gol ketiga Liverpool untuk mengikat Leicester City 3-3.

Leicester City pada ketika itu sudah bersedia untuk meraikan kejayaan mereka untuk mara ke pusingan separuh akhir, namun gol dari Minamino berjaya membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan penalti

Leicester City

Youri Tielemans – gol
James Maddison – gol
Marc Albrighton – gol
Luke Thomas – diselamatkan penjaga gol
Kelechi Iheanacho – gol
Ryan Bertrand – diselamatkan penjaga gol

Liverpool

James Milner – gol
Roberto Firmino – gol
Alex Oxlade-Chamberlain – gol
Naby Keita – gol
Takumi Minamino – tersasar
Diogo Jota – gol

Liverpool berjaya menewaskan Leicester City dengan keputusan 5-4 seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Kesebelasan utama Liverpool vs Leicester City

LiverpoolΒ (4-3-3) Kelleher 7.5; Bradley 6 (Milner 45mins 6.5), Gomez 5, Koumetio 5 (Konate 45mins 6), Tsimikas 6.5 (Beck 79mins 6); Morton 6 (Jota 45mins 7.5), Henderson 6 (Keita 58mins 6), Oxlade-Chamberlain 6; N Williams 5.5, Firmino 6.5, Minamino 6.5.

Penjaring: Oxlade-Chamberlain 19, Jota 67, Minamino 90+5

Kad kuning: Morton

Pengurus: Jurgen Klopp 7

Leicester CityΒ (4-1-3-2) Schmeichel 6; Pereira 6 (Albrighton 42mins 6), Soyuncu 6.5 (Vestergaard 59mins 6) , Ndidi 7, Thomas 6.5; Soumare 6.5; Tielemans 7, Maddison 8, Dewsbury-Hall 8 (Bertrand 59mins 6); Daka 7 (Iheanacho 55mins 6), Vardy 7.5.

Penjaring: Vardy 9, 12 Maddison 33

Kad kuning: Maddison

Pengurus: Brendan Rodgers 7

Pengadil: Andrew Madley 6

BACA:Β  Milner: Liverpool Sudah Bersedia Hadapi Ujian Separuh Akhir Yang Sukar Menentang Barcelona