Empat pemain Tottenham Hotspur telah dianggap tidak bermaruah selepas kekalahan skuad Spurs bertemu NS Mura dalam saingan Europa Conference League awal pagi tadi.
Bahkan salah seorang pundit turut mencadangkan agar kesemua empat pemain itu jangan pernah bermain untuk Tottenham Hotspur lagi.
Ia jelas sekali hari yang sangat memalukan untuk skuad kendalian Antonio Conte itu, yang tewas 2-1 kepada pasukan kerdil yang berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir permainan.
Jamie O'Hara held nothing back when asked about Tottenham's losshttps://t.co/6lzl41s1Rt
— talkSPORT (@talkSPORT) November 26, 2021
Kelab kerdil dari Slovenia itu tewas dalam kesemua empat perlawanan awal mereka dalam saingan Conference League sebelum ini, termasuk ketika dibelasah 5-1 oleh Tottenham Hotspur.
Satu-satunya fakta yang boleh menutupi kelemahan Tottenham dalam perlawanan ini adalah mereka bermain hampir sepanjang perlawanan dengan kekurangan seorang pemain, selepas Ryan Sessegnon dilayangkan kad merah.
Walau bagaimanapun, ia tidak cukup untuk menidakkan kedunguan skuad kendalian Antonio Conte itu, yang tewas kepada pasukan yang baru sahaja ditubuhkan pada sembilan tahun lalu.
Kerana terlalu bengang, Conte tidak teragak-agak membantai para pemainnya di hadapan media, selepas tamat perlawanan tersebut.
Jamie O'hara:
"Ndombele we paid £60m for him, Sanchez £40m, Ryan Sessegnon, £30m, Doherty £15m! Your talking about £100m worth of players playing like that against NS Mura."
"Get them OUT of Tottenham because that is nowhere near good enough." pic.twitter.com/BqBtJCNSOz
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) November 25, 2021
“Saya sangat gembira untuk kekal di sini, tapi kita masih banyak yang perlu diusahakan perlu diperbaiki terutama dari segi kualiti skuad.”
Jelas Conte kepada media.
“Kita Tottenham Hotspur tapi masih ada jarak penting yang memisahkan kita dengan pasukan besar, tapi saya tak pernah takut.”
Penyampai talkSPORT yang juga bekas pemain Spurs, Jamie O’Hara turut meluahkan pendapat beliau, dengan membantai empat pemain Tottenham Hotspur tanpa belas.
Dele Alli, Tanguy Ndombele, Matt Doherty dan Davinson Sanchez dianggap pemain paling teruk dalam skuad pada ketika ini, dan beliau turut mengecam teruk kesemua empat pemain tersebut.
“Mereka merupakan pasukan dari liga teratas Slovenia, yang mana saya rasa mereka sama seperti liga kebangsaan sahaja.”
O'Hara demands four Tottenham stars NEVER play for club again after Mura defeat https://t.co/w21ql3C328
— Sun Sport (@SunSport) November 26, 2021
Jelas O’Hara kepada Sky Sports News.
“Ia sangat memalukan untuk segelintir pemain, dan saya namakan juga mereka, Doherty, Ndombele, Dele Alli, Davinson Sanchez, mereka sungguh memalukan.”
“Pada pandangan saya, mereka tak sepatutnya menyarung jersi Tottenham Hotspur lagi.”
Menurut bekas pemain Fulham dan Wolves itu, sikap segelintir pemain dalam skuad jelas sekali tidak benar, yang mana Conte sendiri tidak akan bertahan dengan mereka.
“Pemain-pemain ini sekadar bersiar-siar di padang, seolah-olah mereka menolak untuk bermain dalam perlawanan macam ini, mereka rasa mereka terlalu bagus untuk main perlawanan macam ini.”
O'Hara names 'disgraceful' Spurs players embarrassing Kane and 'don't deserve shirt' https://t.co/5digCnGEWR via @NewsNowUK
— Lynn Hamer (@evilbluebird) November 26, 2021
“Ia sangat memalukan untuk melihat mereka, dan Conte perlu membuat perubahan besar, keluarkan mereka dari kelab, buang mereka, jangan bebankan kelab bayar gaji mereka. Kami tak mahu mereka, kami meluat.”
Tottenham Hotspur diabkan oleh pasukan kerdil dari Slovenia
Tottenham Hotspur berdepan dengan kekalahan mengejutkan kepada sebuah kelab kerdil dari Slovenia, NR Mura dalam saingan Europa Conference League awal pagi tadi.
Spurs wajib mencatatkan kemenangan dalam aksi perlawanan terakhir mereka selepas ini, dalam usaha untuk layak beraksi di pusingan kalah mati.
Skuad kendalian Antonio Conte itu telah ketinggalan sejak dari minit ke-11 permainan selepas Tomi Horvat meledak gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah.
Antonio Conte really isn't hiding his feelings on Tottenham 😧#THFC #bbcfootball pic.twitter.com/N59LUGlS1u
— Match of the Day (@BBCMOTD) November 25, 2021
Kedudukan Spurs semakin parah selepas Ryan Sessegnon dilayangkan dengan layangan kad merah pada minit ke-31 permainan.
Ketinggalan satu gol dibelakang dengan bermain kekurangan seorang pemain sudah tentu menjadi beban untuk skuad Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini.
Harry Kane kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Tomi Horvat itu pada minit ke-72 permainan.
Ketika Spurs percaya yang mereka akan pulang dengan satu mata berharga, muncul Amadeja Marosa meledak gol kemenangan pada minit ke-94 permainan.
🗣 Antonio Conte: "We have to work, to have patience and I’m saying this especially for our fans. I want to say thanks to the fans because they didn’t deserve this type of performance." pic.twitter.com/NEbQYIYvNj
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 25, 2021
Perlawanan tamat dengan NS Mura berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-1 di halaman mereka sendiri.
Kemenangan ini merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk para penyokong pasukan tuan rumah, dengan ia merupakan kemenangan pertama mereka di pentas Eropah.
Walau sekadar Europa Conference League, namun ia tetap sangat besar untuk kelab seperti Mura, yang baru sahaja ditubuhkan sembilan tahun yang lalu.
Agak mengejutkan untuk melihat pasukan pilihan seperti Tottenham Hotspur tewas kepada pasukan kerdil seperti Mura, apa lagi selepas melihat rekod kalah semua perlawanan mereka sebelum ini.
Full-time. pic.twitter.com/olfS2k8Ihs
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 25, 2021
Mura merupakan sebuah kelab yang berpengkalan di Murska Sobota yang mana ia berada di Timur laut Slovenia dengan populasi penduduk seramai 11,000 orang sahaja.
Tottenham are beaten 2-1 by Slovenian PrvaLiga side NS Mura in the Europa Conference League.
NS Mura were only founded nine years ago. 🤯
They had also lost all four of their group games prior to tonight… They’ve just beaten Spurs. 😲 pic.twitter.com/ss64jbxdPR
— PurelyFootball®️ (@PurelyFootball) November 25, 2021
Mura, a club from a village of 11,000, didn't even exist a decade ago.
They were formed in 2011 and are the lowest ranked team in the Conference League. They rank 5th in the Slovenian division and have just beat Spurs with Kane and co.
A sad reality check.
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) November 25, 2021
Berbaki satu perlawanan sahaja, Spurs kini sedang terikat dengan tujuh mata bersama pasukan dari Belanda, Vitesse Arnhem.
Bahkan seandainya mereka berjaya menewaskan pendahulu kumpulan, Rennes pada 9 Disember nanti, mereka tetap berpotensi untuk tersingkir.
Hal ini kerana Vitesse baru sahaja mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu Rennes, dan aksi terakhir mereka selepas ini adalah bertemu dengan Mura.
Seandainya mereka berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua, Spurs secara tidak langsung akan terlibat dengan aksi di pusingan kalah mati.
What a bad performance from Tottenham #NSMTOT #THFC #UECL
— talkSPORT (@talkSPORT) November 25, 2021
Pemenang dalam aksi kalah mati yang akan dilangsungkan dengan konsep two-legged itu akan mengesahkan tempat untuk mereka dipusingan 16 terbaik.
Di kejohanan Eropah, Spurs telah melalui 10 perlawanan di tempat lawan tanpa mencatatkan sebarang clean sheet secara berturut-turut.
Melihat kepada persembahan mereka pada ketika ini, tidak akan mengejutkan andai Antonio Conte melakukan rombakan besar-besaran, dan melepaskan kayu mati yang ada dalam skuad selepas ini.
Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, Antonio Conte ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:
NŠ Mura:
▪️ 5th in the Slovenian league
▪️ were only formed in 2012
▪️ don’t have a club crest when you search them on Google
▪️ had never won a group game in Europe until today
▪️ just beat Tottenham 2-1Damn. pic.twitter.com/EzOYzOAVtC
— B/R Football (@brfootball) November 25, 2021
“Selepas tiga minggu, saya sudah mula faham dengan situasi sebenar. Ia bukan mudah. Pada ketika ini tahap di Tottenham adalah tidak begitu tinggi.”
Sumber: SPORTbible