Enam Pemain Yang Pernah Beraksi Untuk Manchester United dan Liverpool

Permusuhan antara Liverpool dan Manchester bukanlah satu perkara baru, malah telah berlanjutan sejak penghujung abad ke-18 dan ketika itu, pertelingkahan ini lebih kepada perlumbaan ekonomi antara dua bandar yang jaraknya hanyalah kira-kira 60km.

Kau bayangkan pegawai daerah Nilai berlumba dengan pegawai daerah Padang Jawa untuk menaikkan taraf ekonomi daerah masing-masing. Tak ke Padang Jawa tu dah jadi bandaraya sekarang kan?

Ok kita berbalik ke England.

Sebenarnya Manchester dan Liverpool ni adalah dua bandar di bawah county masing-masing. County tu kalau di Malaysia bolehlah kita anggap sebagai mukim. Contoh perbandingan adalah seperti di bawah.

Negara Malaysia United Kingdom
Negeri Selangor England
Daerah Klang North-West of England
Mukim Padang Jawa Greater Manchester
Bandar Alam Avenue Manchester

Cuma kalau di England, daerah lebih dirujuk kepada region, atau bahagian. Secara geografinya, Manchester dan Liverpool berada di bawah bahagian yang sama iaitu North-West of England (Barat Laut England) dan terdapat lapan county dalam bahagian ini, Chesire, Merseyside, Greater Manchester, Cumbria dan Lancashire.

Nak mudahkan pemahaman anda, ringkasan berkenaan bandar-bandar ini adalah seperti berikut, walaupun dah lari dari tajuk asal.

Liverpool Manchester
Negara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland
Negeri England
Bahagian Barat Laut England
County Merseyside Great Manchester
Bandar Liverpool Manchester
Kelab bola sepak terkemuka Liverpool, Everton Man United, Man City

Kalau nak info lebih siapa datuk bandar, siapa tokoh politik penyelamat bola sepak Manchester FA, siapa wakil rakyat, siapa pembaca berita TV3 Britain, sila google sendiri. Malas nak layan.

Permusuhan bola sepak.

Disebabkan ketidak berlagaa angin antara dua bandar ini, maka apa sahaja yang dilakukan oleh satu pihak akan mengundang kebencian daripada pihak yang lagi satu dan sifat buruk ini turut dibawa ke sukan bola sepak.

Selama tiga dekad, dari than 1960-an sehingga awal 1990-an, Liverpool nyata lebih unggul dan berbanding Manchester United dengan kejuaran demi kejuaraan.

walaupun skuad Manchester United bangkit seketika di bawah pimpinan bekas kapten Liverpool, Sir Matt Busby pada lewat 1960-an, apabila United memenangi gelaran eropah pertama mereka.

Perbandingan kedudukan akhir liga setiap musim antara Manchester United dan Liverpool [1]
Peristiwa Munich pada tahun 1958 ternyata memberi kesan yang cukup mendalam kepada skuad United. Andai peristiwa Munich itu tidak berlaku, tidak mustahil dekad 60-an kita dapat saksikan persaingan yang lebih sengit antara dua kelab ini.

Berikut adalah pencapaian kedua-dua kelab setakat ini.

Kelab Liverpool Manchester United
Kejuaraan Eropah 6 3
Piala UEFA/Liga Europa 4 0
Piala Super Eropah/UEFA 3 1
UEFA Cup Winner’s Cup 0 1
Liga Perdana Inggeris/Divisyen 1 19 20
Piala FA 7 12
Piala Liga 8 4
Piala Emirates 0 0
Jumlah kejuaraan 41 41

Jumlah kejuaraan antara kedua-dua kelab juga hampir sama namun amat malang kerana mereka tidak pernah memenangi Piala Emirates seperti Arsenal.

Disebabkan perseteruan antara kedua-dua kelab ini, jumlah pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab amatlah sedikit. Dalam rekod, hanya terdapat Sembilan pemain yang berpindah secara terus dan beberapa pemain lain yang berpindah bukan secara terus, iaitu berkelana ke kelab lain sebelum menyertai salah satu daripada kelab Barat-Laut England ini.

Berikut adalah enam pemain pilihan yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab.[2]

Tom Chorlton

Tom Chorlton menjadi pemain pertama yang berpindah secara terus antara kedua-dua kelab iaitu dari Liverpool ke Manchester United, setelah melakukannya pada tahun 1912.

Walaupun bermain sebagai pertahanan, Chorlton pernah menjadi pengambil tendangan penalti dan menjaringkan 8 gol.

Tidak banyak info tentang pemain ini memandangkan bola sepak belum direkodkan seperti hari ini.

Posisi : Pertahanan

Karier Liverpool : 1904-1912 (121 penampilan, 8 gol)

Karier Man Utd : 1912-1914, (4 penampilan, tiada gol)

Tom Miller

Liverpool telah membayar sebanyak £400 untuk membawa penyerang Scotland ini ke Merseyside dan dalam sekelip mata, pemain ini telah menjadi bintang. Dia telah membantu Liverpool memenangi Piala FA buat pertama kali pada 1914.

Walaubagaimanapun, disebabkan Perang Dunia Pertama yang tercetus di eropah ketika itu, Miller dipanggil untuk menjalani misi ketenteraan pada 1914, dan terlepas lima tahun daripada beraksi buat Liverpool.

Walaubagaimanapun, selepas era perang, Miller kembali ke prestasi asalnya dan memikat hati Manchester United dan dibeli pada harga £2000!

Tom Miller – dua dari kiri

Akan tetapi, di sebalik harga yang tinggi tersebut, Miller sekadar beraksi semusim dengan 28 penampilan dan lapan gol, sebelum berpindah kelab lain.

Posisi : Penyerang

Karier Liverpool : 1912-1920 (146 penampilan, 56 gol)

Karier Man Utd : 1912-1914, (28 penampilan, 8 gol)

Phil Chisnall

Phil Chisnall bukanlah satu nama penyerang lagenda yang disebut-sebut seperti Ferenc Puskas. Kalau tidak, pasti Faiz Subri dicalonkan sebagai pemenang anugerah Chisnal.

Sepanjang lima musim bersama United, Chisnall sekadar membuat 47 penampilan dan 10 gol dan dibeli Bill Shankly pada tahun 1964. Chisnall boleh dikatakan sebagai pemain yang telah mengukuhkan asas skuad Liverpool sebelum mereka mendominasi dekad-dekad berikutnya.

Selepas tiga tahun bersama Liverpool, Chisnall bersara dari sukan bola sepak dan namanya kekal setakat ini sebagai pemain terakhir yang berpindah secara terus antara dua musuh tradisi ini.

Ketika ditemuramah wartawan Liverpool Echo pada tahun 2013, Chisnall berkata:

“Saya agak kagum kerana tiada berpindah yang berpindah (secara terus) selepas saya. Permusuhan ketika itu bukanlah seperti sekarang. Liverpool juara pada 1964 tetapi mereka hanya menaiki liga pada 1962 manakala United pula adalah kelab yang lebih gah.”[3]

Posisi : Penyerang

Karier Man Utd : 1959-1964, (47 penampilan, 10 gol)

Karier Liverpool : 1964-1967 (9 penampilan, 2 gol)

Peter Beardsley

Peter Beardsley telah menyertai Manchester United pada tahun 1982 dari Vancouver Whitecap, dengan harapan mampu untuk mencipta nama di England setelah berbuat demikian bersama Carlisle United, namun gagal untuk memikat hati Ron Atkinson di mana Beardsley sekadar membuat satu penampilan lalu dia kembali bersama Whitecaps di Kanada.

Pada tahun 1983, Newcastle United mengetuk pintu pemain ini dan Beardsley menunjukkan kemampuannya sebenar sehingga 1987, dengan 150 penampilan dan lebih 60 gol.

Prestasi ini mengundang rasa cinta Kenny Dalglish untuk membawa pemain ini ke Anfield pada 1987 dan hasilnya, Beardsley telah memenangi dua kejuaraan liga dan satu Piala FA.

Pada 1991, dia menyertai musuh setempat Liverpool. Memang suka cari pasal gamaknya dia ni.

Beardsley bersama Barnes

Posisi : Penyerang/Tengah

Karier Man Utd : 1982-83, (1 penampilan, 0 gol)

Karier Liverpool : 1987-1991 (175 penampilan, 59 gol)

Paul Ince

Pemain gergasi ini memulakan karier bersama West Ham United sebelum disambar Alex Ferguson pada tahun 1989, dan memenangi Piala FA pada 1990 – yang juga merupakan piala pertama Ferguson sejak 1986 di Old Trafford.

Bersama Eric Cantona dan lain-lain, Ince telah membawa kejuaraan liga pertama ke Old Trafford sejak 1967 pada 1993. Walaubagaimanapun, dengan kemunculan pemain muda dari akademi, terutamanya Paul Scholes dan Nicky Butt, Ince dijual kepada Inter Milan dan berada di Itali selama dua musim.

Ince hadir dengan reputasi tinggi ke Anfield namun pada penghujung musim, mereka berada di tangga ketiga, satu tangga di belakang United. Pada musim berikutnya Liverpool terperosok ke tangga ketujuh dan gagal bermain di peringkat eropah pada musim berikutnya.

Selepas dua musim, Ince dibeli Middlesbrough dan berkelana ke beberapa kelab sebelum menggantung but.

Ince ketika tiba di Old Trafford

Posisi : Tengah

Karier Man Utd : 1989-95, (277 penampilan, 28 gol)

Karier Liverpool : 1997-1999 (81 penampilan, 17 gol)

Michael Owen

Michael Owen mula mencipta nama di peringkat dunia setelah menjaringkan gol sensasi buat England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 1998, menentang Argentina. Sejak detik itu, Owen tidak lagi menoleh ke belakang dan menaringkan 150 di bawah 300 perlawanan.

Pada 2001, Owen membantu Liverpool memenangi treble – Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA. Pada 2003, selepas Gerard Houlier dipecat, Owen bagaikan tawar hati untuk bermain bersama The Reds, lantas menyertai Real Madrid.

Semusim bersama Real, Owen dibeli Newcastle United dan bermain selama dua musim sebelum diambil Manchester United. Bersama Syaitan Merah Durjana, Owen banyak bermain dengan tampil dari bangku simpanan dan paling diingati penyokong United adalah gol kemenangan dijaringkan Owen dalam perlawanan Manchester derby pada minit ke 96, ketika kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Pada musim 2010-2011, Owen berjaya mendapat medal kejuaraan liga perdana yang pertama dalam kariernya setelah United muncul juara liga. Benarlah kata orang tua, Owen berkembang di Liverpool, tetapi memenangi liga di Manchester United.

Owen bersama piala

Posisi : Penyerang

Karier Liverpool : 1996-2004 (297 penampilan, 158 gol)

Karier Man Utd : 2009-2012 (49 penampilan, 17 gol)

Nota :

1- Gambar dipetik dari Wikipedia

2- Diolah dari susunan di 90min.com

3- Liverpool Echo

BACA:  Solskjaer Akhirnya Diangkat Menjadi Pengurus Tetap Manchester United