EPL: Baki Perlawanan Akan Berlangsung Dengan Bunyi Sorakan Palsu

Pasukan dari premier league bakal menggunakan bunyi sorakan penyokong palsu untuk baki perlawanan liga musim ini.

Premier League masih lagi digantung ekoran dari penularan wabak Covid-19 yang semakin memburuk.

Pelbagai spekulasi telah tersebar mengenai status saingan liga perdana musim ini. Awalnya saingan liga dijangka akan bersambung pada 3 April sebelum pihak FA mengumumkan lanjutan penggantungan lagi.

Pengumuman terbaru yang dikeluarkan oleh EPL adalah saingan liga tidak akan akan dibatalkan dan akan tetap dihabiskan tetapi mungkin dalam keadaan tanpa penonton.

Kerana beraksi dalam keadaan stadium kosong, setiap pasukan dibenarkan untuk menggunakan bunyi bising sorakan penyokong yang dirakam dan dimainkan semula di dalam stadium.

Menurut laporan dari The Times, pihak pengurusan sedang mengkaji kebarangkalian untuk menggunakan bunyi sorakan palsu untuk memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Bersemangat dengan sorakan dari para penyokong dan tidak terasa seperti mereka beraksi tanpa penyokong.

Mereka turut melaporkan bahawa pihak penganjur sangat prihatin dengan kerusi yang kosong dan akan menutup kekosongan itu supaya tidak terlihat.

Brighton & Hove Albion merupakan salah satu pasukan yang akan menjadi tuan rumah dan ketua pengarah mereka Paul Barber telah mengeluarkan kenyataan:

“Kami sudah mula berbincang secara dalaman dan boleh kah kami menggayakan stadium terlebih dahulu?”

“Boleh kah kami menjadikan keadaan stadium lebih menarik berbanding wujudnya kerusi biru kosong saja?”

“Perlukan kami mencari jalan untuk memastikan stadium tidak sunyi ketika perlawanan berlangsung?”

“Adakah itu yang dimahukan oleh para penyokong atau pihak media mahukan?”

“Dan cabaran terbesar untuk kami adalah, bagaimana untuk melaksanakannya dalam keadaan kecemasan? Apa yang pasti kami mahu menambah tekanan kepada pasukan pelawat.”

“Kami semua telah menyesuaikan diri dengan begitu cepat dalam beberapa hal dan ia adalah kemenangan yang nyata bagi kami, jadi saya berani mengatakan bahawa kami akan menyesuaikan diri dengan bermain dalam keadaan stadium tertutup.”

“Bunyinya macam aneh bukan? Dan seperti semua maklum sukan bola sepak tidak dimainkan dalam keadaan sunyi, tetapi jika bunyi palsu itu saja jalan yang ada, sudah tentu kami akan mendapatnya.”

Mereka juga berbincang untuk mengadakan pertunjukan cahaya dan pyrotechnic untuk setiap baki perlawanan.

Barber turut menjelaskan bahawa mereka ingin menggunakan pertunjukan lampu sorot sebagai cara untuk menghargai wira perjuangan menentang Covid-19.

“Saya lebih sanggup melihat kerusi biru itu ditutup.”

“Kami juga sedaya upaya akan cuba untuk menunjukkan penghargaan kami kepada NHS dan sudah tentu kami akan gunakan segala ruang yang ada untuk tujuan kebaikkan seperti itu.”

Menurut laporan pada jumaat lalu, Premier League dijangka akan kembali bersambung sebelum 8 Jun nanti.

Setiap pasukan mempunyai baki 9 atau 10 perlawanan liga musim ini dan kemungkinan kesemuanya akan dilangsungkan dalam tempoh lima minggu pada musim panas nanti.

BACA:  Premeir League 2020/21: Manchester United 0-1 Arsenal