EURO 2020: Belanda 0-2 Republic Czech

Pertemuan Belanda dengan Republic Czech akan di pusingan 16 terbaik akan menjadi medan ujian sebenar Belanda dalam saingan Euro 2020 ini.

Di peringkat kumpulan C, Belanda berdepan saingan mudah apabila diundi bersama pasukan Austrioa, Ukraine dan North Macedonia.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan agak hambar dan membosankan dengan hanya satu percubaan tepat sahaja berjaya dihasilkan oleh Republic Czech.

Bersambung babak kedua Republic Czech memperkemaskan permainan dengan melancarkan serangan demi serangan yang sangat mengancam.

Bakcheel pass Memphis Depay berjaya menemui Donyell Malen yang berjaya mengelirukan pemain belanda hingga terjatuh dan berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Matthijs de Ligt menggunakan tangan pengadil terus melayangkan kad kuning dan sepakan percuma diberikan, pengadil merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) untuk rujukan.

Penilaian dibuat semula adakah Matthijs de Ligt dikasari Patrik Schick sehingga terjatuh terlebih dahulu atau Matthijs de Ligt sengaja memegang bola dengan tangan.

Penilaian semula menunjukkan Patrik Schick dan Matthijs de Ligt terlibat dalam perebutan bola 50-50 maka didapati De Ligt telah memegang bola dengan sengaja, kad kuning bertukar menjadi merah.

Minit ke-65 Pavel Kaderabek cuba melencong bola secara leret namun Denzel Dumfries berjaya membaca dan melakukan satu hadangan.

Sepakan penjuru dari Pavel Kaderabek telah berjaya mencari kepala Tomas kalas yang di tiang jauh menanduk kembali bola ke tengah.

Tomas Holes pantas menyambar untuk melakukan satu sundulan tajam untuk meletakkan Republic Czech dihadapan pada minit ke-68.

Pada minit ke-80 berpunca daripada sepakan percuma penjaga gol Republic Czech yang pada mulanya berjaya ditanduk oleh pemain Belanda.

Namun Tomas Holes berjaya merampas bola tersebut dan melakukan satu larian ke ke kiri kotak penalti sebelum dihantar kepada Patrik Schick.

Satu penyudah yang tenang, sempurna lagi klinikal disajikan oleh Patrik Schick yang mudah menewaskan Maarten Stekelenburg buat kali kedua.

Belanda beraksi dengan teruk yang sangat cemerlang dalam perlawanan ini walaupun menguasai bola apabila gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

Buat pertama kali sejak 1980, Belanda gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam kejohanan utama dunia seperti Euro dan juga piala dunia.

Giorginio Wijnaldum yang menjadi nadi pasukan Belanda hanya mencatatkan 10 hantaran yang sempurna sahaja sepanjang 90 minit perlawanan dan disebabkan itulah antara punca kenapa Belanda gagal untuk melakukan percubaan tepat.

Republic Czech akan bertemu Denmark di pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada 3 hari bulan julai nanti.

Netherlands: Stekelenburg; De Vrij, De Light, Blind; Dumfries, De Jong, De Roon, Van Aanholt; Wijnaldum; Malen, Depay

Subs: Krul, Bizot, Veltman, Aké, Wijndal, Berghuis, Promes, Klaassen, Gravenberch, Weghorst, Timber, Gakpo

Czech Republic: Vaclik; Coufal, Celustka, Kalas, Kadarabek; Holes, Soucek; Masupost, Barak, Sevcik; Schick

Subs: Mandous, Koubek, Brabek, Krmencik, Jankto, Hlozek, Vydra, Kral, Mateju, Pekhart, Pesek, Sadilek

Referee: S Karasev (Rus)

BACA:  UEFA Akan Ambil Tindakan Jika Pemain Terus Bergaduh Dengan Botol Minuman Penaja