EURO 2020: Belanda 3-2 Ukraine

Belanda atau Holland atau Netherland merupakan pasukan yang sama namun nama sahaja berbeza turun untuk perlawanan pertama mereka di Euro 2020 menentang Ukraine.

Euro 2020 menjadi medan terbaik buat Frank De Boer untuk membuktikan kepada peminat bahawa beliau adalah insan tepat untuk mengembalikan era kegemilangan Belanda.

Frank De Boer tidak menampilkan sesuatu yang meyakinkan pada awal beliau menjawat jawatan pengurus Belanda.

Belanda berada dalam kumpulan C bersama Austria, North Macedonia dan juga Ukraine dilihat sebagai pasukan pilihan menjadi juara kumpulan.

Perlawanan Belanda menentang Ukraine yang berlangsung di Johan Cruijff ArenA, Amsterdam berlangsung dengan sangat menarik dan dramatik.

Belanda yang turun selaku pasukan menunjukkan dominasi dalam perlawanan ini apabila menguasai perlawanan dan melakukan 10 percubaan pada separuh masa pertama.

Segalanya sudah dilakukan Belanda namun jaringan tidak juga hadir, Ukraine bukanlah pasukan yang tidak berkaki apabila melakukan beberapa serangan tapi tiada hasil.

10 percubaan dilakukan Belanda dengan hanya tiga percubaan tepat, empat percubaan tersasar dan tiga dihadang berbanding Ukraine melakukan empat percubaan dengan dua percubaan tepat.

Perlawanan separuh masa pertama agak menarik walaupun tiada jaringan gol dan babak kedua kegilaan terjadi menyaksikan lima gol terhasil.

Ini merupakan perlawanan pertama dalam sejarah Euro menyaksikan lima gol terhasil pada separuh masa kedua selepas terikat tanpa jaringan pada 45 minit pertama.

Ketika 15 minit digunakan sepenuhnya Belanda untuk mengasah ketajaman kaki pemain selepas tujuh minit bersambung Belanda sudah berada di depan.

Denzel Dumfries membuat hantaran rendah mencari Memphis Depay dan penjaga gol Ukraine, George Buschan keluar melakukan tepisan yang memotong.

Malangnya tepisan menyelamat George Buschan telah menjadi satu setting cantik buat Georginio Wijnaldum yang terus merembat kencang.

Lima minit kemudian iaitu pada minit ke-58, Belanda menggandakan kedudukan melalui Wout Weghorst selepas gelecekan Denzel Dumfries tersangkut.

Bola melantun kepada Wout Weghorst yang terus merembat deras untuk menewaskan George Buschan sekali lagi dalam tempoh yang singkat.

Belanda berjaya mengekalkan kelebihan dua gol sehinggalah minit ke-75 Andriy Yarmolenko bermain 1-2 dengan Roman Yaremchuk.

Andriy Yarmolenko masuk ketengah dan terus menarik kaki kiri untuk melepaskan satu rembatan lencong padu dari luar kotak penalti.

Indah, cantik, padu dan menakjubkan gol Andriy Yarmolenko yang menyaksikan bola tepat ke penjuru atas kiri gawang, Maarten Stekelenburg tewas.

Empat minit kemudian Ukraine memperoleh sepakan percuma dan Ruslan Malinovsky membuat satu sepakan mencari kepala Roman Yaremchuk yang terus menghantuk deras bola ke gawang.

Penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg bolos dua kali dalam tempoh empat minit. Namun Belanda tidak mengalah.

Denzel Dumfries yang menjadi dalang dan punca kepada dua gol Belanda sebelum ini akhirnya mencatat nama selakuk penjaring dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-86.

Hantaran silang Nathan Ake terus ditanduk masuk Denzel Dumfries dengan sundulan bola berputar yang sungguh jahat, gagal George Buschan menyelamatkan gawang Ukraine.

Aksi yang meyakinkan Denzel Dumfries membolehkan beliau diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan atau Star of the match.

Netherlands Starting XI : Stekelenburg; Dumfries, Timber, De Vrij, Blind, Van Aanholt; F. De Jong, De Roon, Wijnaldum; Depay, Weghorst

Subs: Tim Krul, Veltman, Aké, Wijndal, Berghuis, de Jong, Klaassen, Gravenberch, Malen, Bizot, Koopmeiners, Gakpo

Ukraine Starting XI : Bushchan; Karavaev, Zabarnyi, Matviyenko, Mykolenko; Zinchenko, Sydorchuk, Malinovskyi; Yarmolenko, Yaremchuk, Zubkov

Subs: Sobol, Kryvtsov, Stepanenko, Shaparenko, Marlos, Pyatov, Makarenko, Besedin, Trubin, Tymchyk, Popov, Dovbyk

Referee: F Brych (Ger)

BACA:  Sepakan Penalti Yang Dahsyat Dari Gareth Bale